Monday, October 31, 2011

Segmen Wanita : Ragut satu nyawa setiap enam saat

Info from Harian Metro.Peringatan untuk diri saya & juga rakan2 wanita yg lain.
Semalam je 4 round saya ber'jogging di kawasan tasik perumahan saya tu! terasa badan dah naik sikit...walau saya aktif juga bersukan!! Seriau juga bila badan makin naik ni...sebelum terjadi akan perkara2 yg tak diingini baiklah kita mencegah sebelum TERKONO!!

PESANAN khas untuk wanita: Tekun dan tegas dalam menjaga kesihatan kerana semakin meningkat usia, semakin tinggilah peluang penyakit jantung dan strok mendekati kita. Bagi wanita yang memiliki faktor risiko untuk penyakit jantung, mereka juga berisiko tinggi mendapat strok.



Ketika bertemu dengan Pakar Neurologi Hospital Assunta, Datuk Dr Raihanah Abdul Khalid, beliau berkongsi fakta menggerunkan iaitu strok bukan saja menjadi punca kematian keempat utama di hospital kerajaan, malah lebih ramai wanita diserang penyakit ini berbanding lelaki. Bahkan kematian akibat strok adalah dua kali lebih tinggi berbanding kanser payudara.

Nisbah mudahnya, satu daripada lima wanita selepas menopaus diserang strok berbanding satu dalam enam bagi lelaki. Sehari selepas bertemu Dr Raihanah, sahabat di kampung memberitahu ibunya kini berada di hospital kerana strok dan beberapa bulan lalu penulis kehilangan ibu saudara akibat penyakit yang sama.

Kenapa strok atau serangan otak lebih tinggi pada wanita sedangkan faktor risikonya sama saja dengan lelaki? Dr Raihanah berkata ia ada kaitan dengan kehilangan perlindungan hormon estrogen (yang sangat rendah parasnya selepas putus haid) menyebabkan risiko wanita mendapat sakit jantung dan strok meningkat mendadak setanding lelaki.

Kajian dijalankan penyelidik dari Universiti Toronto, Kanada pada 2004 mencadangkan beberapa kemungkinan antaranya faktor jangka hayat kerana wanita hidup lebih lama berbanding lelaki. Ini kerana risiko strok melonjak dengan peningkatan umur.

Masalah migrain yang kerap dihadapi wanita dikatakan meningkatkan risiko dua kali ganda untuk mendapat strok. Selain itu mengalami tekanan darah tinggi ketika hamil didapati meningkatkan risiko strok sebanyak 60 peratus dan bagi sesetengah wanita, pengambilan pil pencegah kehamilan juga boleh meningkatkan peluang mendapat penyakit ini khususnya bagi wanita yang merokok dan kerap alami migrain.

Malah, terapi penggantian hormon juga boleh meningkatkan risiko strok bagi sesetengah wanita. Namun, janganlah ada yang tidak mahu mengambil pil perancang atau mendapatkan terapi penggantian hormon atas alasan ini, berbincanglah dengan doktor supaya anda boleh mengambil keputusan bijak dan bermanfaat kepada diri sendiri.
Pun begitu, menurut Dr Moira Karpal yang mengetuai kajian berkenaan, ada satu aspek yang memerlukan kajian lanjut mengapa lebih ramai wanita meninggal dunia akibat strok iaitu kebanyakan wanita berumur tinggal sendirian dan tidak mendapat sokongan sosial. Bahkan wanita juga lebih cenderung menyembunyikan penyakit dan tidak mendapatkan bantuan sewajarnya apabila diserang penyakit ini sedangkan strok perlu dirawat secepat mungkin untuk mengurangkan kesan kerosakan akibat berlaku ‘kecederaan’ dalam otak.

“Semua orang tahu apa itu penyakit strok. Ia penyakit yang semakin biasa di negara membangun seperti Malaysia, malah insidennya lebih tinggi berbanding negara maju. Antara sebabnya ialah negara maju mempunyai kemudahan rawatan dan penjagaan pesakit yang lebih baik dan berjaya mengawal risiko penyakit.

“Strok adalah penyakit golongan tua berumur 60 tahun ke atas. Pada pesakit muda, biasanya pesakit memang ada penyakit berkaitan darah, pembentukan otak tidak normal kongenital (dilahirkan dengan keadaan begitu) atau penyalahgunaan dadah khususnya dadah pesta,” katanya sempena Hari Strok Sedunia yang disambut pada 29 Oktober setiap tahun.

Organisasi Strok Sedunia (WSO) menganggarkan penyakit ini meragut satu nyawa dalam setiap enam saat. Sememangnya serangan strok sangat menakutkan kerana jika tidak membawa maut, ia akan menyebabkan pesakit menjadi orang kurang upaya - sama ada lumpuh separuh badan atau sepenuhnya. Bukan itu saja, pesakit juga akan hilang pelbagai kemahiran termasuk bertutur, kemahiran bahasa dan kebolehan menggerakkan anggota - bergantung kepada bahagian otak yang mengalami serangan.

Strok boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu iskemia (apabila aliran darah tersekat akibat kehadiran darah beku - yang mewakili 87 peratus kes strok), berdarah (berlaku apabila salur darah yang lemah pecah) dan serangan iskemia transien (TIA) yang juga dipanggil strok kecil. Untuk TIA, walaupun namanya ‘kecil’ tetapi jangan diabaikan kerana ia disebabkan kehadiran darah beku sementara. Segeralah dapatkan nasihat doktor supaya serangan strok yang besar dapat dicegah.

Faktor risiko

Faktor risiko strok sama seperti serangan jantung. Bezanya hanyalah lokasi.


Jika serangan jantung berlaku di mana-mana bahagian jantung, strok pula berlaku di otak sama ada disebabkan salur darah pecah atau tersumbat sehingga mengakibatkan terputusnya bekalan oksigen.
“Mereka yang berisiko tinggi mendapat serangan jantung, juga berisiko tinggi untuk diserang strok. Oleh kerana faktor risikonya sama, maka tiada alasan untuk berkata tidak tahu kerana kerana kedua-dua penyakit ini mempunyai kaitan rapat dengan gaya hidup. Justeru, faktor risiko seperti obesiti, tekanan darah tinggi, masalah kolesterol tinggi, merokok dan kurang bersenam perlu diberikan perhatian.
“Kebanyakan faktor risiko untuk strok (dan penyakit jantung) boleh dikawal kecuali peningkatan umur. Justeru, jika anda menjaga kesihatan jantung, anda juga secara tidak langsung menjauhkan diri daripada serangan strok,” katanya.
Malah, individu yang ada sejarah keluarga mengalami penyakit jantung juga dinasihatkan supaya lebih berhati-hati kerana kebarangkalian mendapat strok adalah tinggi apatah lagi jika dia sendiri mempunyai masalah tekanan darah tinggi.

“Jika anda merokok, berhentilah sekarang kerana rokok meningkatkan risiko strok sebanyak dua kali ganda. Begitu juga dengan tekanan darah tinggi. Jadi berusahalah mengurangkan semua faktor risiko kerana serangan strok berlaku secara tiba-tiba tanpa sebarang tanda. Malah, satu pertiga kes serangan strok berlaku ketika tidur,” katanya.

Tanda amaran


Tiadakah tanda amaran yang boleh diperhatikan? Ada tetapi biasanya ia jarang dipedulikan. Ini kerana tanda amaran strok datang sekejap-sekejap dalam masa beberapa minit atau jam. Ia datang, hilang dan datang kembali menyebabkan ramai pesakit menganggap ia sebagai masalah biasa. Penting untuk diketahui, ia tidak menyebabkan rasa sakit.
Antara tanda amaran itu ialah:
•Rasa kebas secara tiba-tiba terutama pada sebelah badan
•Badan terasa lemah
•Ada masalah penglihatan (pandangan berganda) pada sebelah atau kedua-dua mata
•Pening kepala, sakit kepala secara tiba-tiba
•Hilang keseimbangan atau keupayaan untuk berjalan dengan tiba-tiba
•Rasa keliru, susah bercakap atau memahami percakapan orang lain
•Susah hendak menelan
•Rasa pening dan sekeliling nampak berpusing


Jika anda mengalami tanda-tanda di atas, segera minta ahli keluarga atau rakan sekerja membawa anda ke hospital kerana serangan strok boleh berlaku pada bila-bila masa.
Ada ujian mudah yang boleh dilakukan iaitu senyum, lambai dan cakap atau F.A.S.T.

•F - Face (muka). Suruh senyum. Adakah sebelah mukanya kelihatan ‘jatuh’?


•A - Arm (lengan). Minta dia mengangkat kedua-dua belah lengannya. Adakah sebelah lengan melorot ke bawah?

•S - Speech (cakap). Suruh bercakap dan perhatikan sama ada pertuturannya menjadi tidak jelas.

•T - Telefon. Segera hubungi ambulans. Jika tiada, segeralah bawa individu ini ke hospital.

Apa yang perlu dilakukan apabila ahli keluarga diserang strok?


Bagi individu yang diserang strok, setiap saat sangat berharga kerana kerosakan otak berlaku berterusan sehinggalah dia diberikan rawatan. Apabila otak tidak mendapat oksigen dalam masa beberapa minit, sel-sel otak akan mula mati. Sebaik tisu otak mati, anggota badan yang dikawal oleh bahagian otak berkenaan tidak boleh berfungsi dengan baik dan inilah yang menyebabkan pesakit hilang keupayaan.


“Segera bawa pesakit ke hospital. Baringkan pesakit supaya lebih banyak bekalan darah (dan oksigen) sampai ke kepalanya. Jika dalam kereta, baringkan pesakit di tempat duduk belakang dengan membengkokkan kakinya.
“Jangan berlengah dengan menelefon saudara-mara untuk bantuan kerana bagi pesakit strok, masa amat kritikal. Lebih cepat pesakit dihantar ke hospital dan diberikan rawatan sepatutnya, peluang untuk sembuh lebih tinggi kerana kini kita ada terapi akut untuk pesakit.

“Rawatan seharusnya diberikan dalam tempoh tiga hingga empat jam selepas pesakit mengalami serangan strok. Rawatan ini adalah untuk mencairkan darah beku supaya halangan dalam salur darah dapat diatasi.

“Ingat, dalam perjalanan ke hospital jangan beri apa-apa kepada pesakit termasuklah air, makanan atau aspirin kepada pesakit kerana kita tidak tahu keadaan kesihatan pesakit. Jika pesakit mengambil ubat untuk sakit jantung, pemberian aspirin akan memburukkan keadaan. Sekiranya pesakit muntah, baringkan pesakit dalam keadaan mengiring untuk mengelakkan muntah daripada termasuk ke dalam saluran pernafasannya.

“Bawa sekali ubat yang diambil pesakit dan rekod kesihatannya. Ini akan membantu memudahkan doktor memberi rawatan yang bersesuaian dengan pesakit,” sambungnya lagi.


Dr Raihanah juga mengingatkan supaya tidak percaya dengan e-mel yang mendakwa boleh mencegah strok dengan mencucuk jari menggunakan jarum kerana ia tidak berasas.

Bolehkah serangan strok dicegah?

Ya. Seperti penyakit jantung, strok juga boleh dicegah. Inilah sasaran Kementerian Kesihatan yang sejajar dengan kempen Organisasi Strok Sedunia yang bertema ‘Satu Dalam Enam’ untuk meningkatkan kesedaran mengenai strok. Tema ini dipilih berdasarkan hakikat bahawa satu daripada enam orang akan diserang strok. Ini bermakna semua orang berisiko mendapat strok dan peluang penyakit ini menyerang sangat tinggi jika tiada langkah pencegahan diambil.
Kempen ini bukan saja untuk mencegah strok, tetapi memberitahu bahawa pesakit strok boleh pulih dan kembali menjalani kehidupan sebaik mungkin jika diberikan rawatan dan sokongan yang diperlukan. Kempen dua tahun ini juga bertujuan mengurangkan beban strok dengan bertindak ke atas enam halangan mudah iaitu:

1. Ketahui faktor risiko anda sendiri: sama ada tekanan darah tinggi, kencing manis atau masalah kolesterol tinggi.

2. Menjadi individu yang lebih aktif dan kerap bersenam

3. Elakkan masalah obesiti dengan mengamalkan pemakanan sihat

4. Hadkan pengambilan minuman beralkohol

5. Elakkan asap rokok. Jika anda merokok, dapatkan bantuan untuk berhenti sekarang.

6. Belajar mengenali tanda amaran strok dan tindakan yang boleh dilakukan.

Saranan Dr Raihanah: Jaga pemakanan (kurangkan makanan berlemak) dan pengambilan garam (had maksimum ialah enam gram sehari atau satu sudu teh), hadkan pengambilan daging merah (hanya satu hidangan sebesar kotak mancis sehari), lebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan (sekurang-kurangnya enam hidangan sehari).

Paling penting, bersenam 30 minit sehari atau dua setengah jam seminggu kerana senaman boleh mengurangkan risiko strok sebanyak 64 peratus. Senaman sederhana cergas (selepas 30 minit anda masih boleh bercakap tetapi tidak mampu menyanyi). Senaman ringan seperti berjalan pada kelajuan sederhana juga sangat bermanfaat untuk mengekalkan kesihatan dan mengawal penyakit yang dihidapi.


Kehidupan selepas serangan strok

“Perkara pertama yang perlu dilakukan ialah menjalani fisioterapi. Kapasiti latihan berbeza antara pesakit mengikut kemampuan masing-masing. Fisioterapi ini bertujuan memberi latihan kepada anggota badan yang hilang fungsi. Dalam tempoh ini, sokongan keluarga sangat penting.

“Fahami keadaan pesakit dan kenali tanda-tanda amaran untuk mengelakkan berlakunya serangan kedua. Dalam tahun pertama, pesakit ada risiko 12 peratus untuk mengalami serangan strok lagi. Satu pertiga pesakit akan dapat serangan kedua dalam tempoh lima tahun dan jika ini berlaku kerosakan otaknya bertambah teruk,” katanya.

Apa yang ahli keluarga boleh lakukan? Banyak. Pastikan pesakit mengambil ubat seperti diarahkan, bawa pesakit ke hospital atau pusat terapi untuk fisioterapi, sebaiknya pelajari senaman yang diajar supaya anda boleh bersama-sama melakukannya di rumah sebagai pencetus semangat kepada pesakit dan beri sokongan moral.

Kajian mendapati 40 peratus pesakit strok mengalami kemurungan. Apabila kehilangan banyak keupayaan, memang mudah untuk pesakit berasa putus asa, sedih, kecewa hingga membawa kepada kemurungan. Ingat, tekanan juga boleh menyebabkan seseorang mengalami serangan strok.

Jika pesakit suka, bawa dia menyertai aktiviti sosial. Ia sedikit sebanyak boleh menghilangkan kekecewaannya. Bagaimanapun, kaedah ini tertakluk kepada personaliti pesakit kerana ada yang tidak mahu keadaan mereka diketahui ramai.

“Strok adalah penyakit yang memberi beban besar kepada pesakit dan ahli keluarga. Kira-kira 10 hingga 15 peratus pesakit boleh sembuh sepenuhnya, tetapi hampir 60 peratus pesakit terlantar.

“Memang ramai pesakit strok yang lewat diberikan rawatan. Ramai yang ‘terbiar’ selepas dibenarkan keluar dari hospital dan terus menjadi orang kurang upaya.


Namun, jangan biarkan keadaan ini berterusan kerana rawatan seperti fisioterapi masih boleh diberikan walaupun selepas setahun diserang strok. Jangan biarkan pesakit terus menjadi orang tidak upaya,” katanya.






Rindu Haziq!!

Selamat Pagi....Assalamualaikum! semoga ceria d'pagi Senen ni:-)


~Haziq~

Rindu pada my Hero terubat juga!! seminggu si Abg pulang ke kampung (sebelah usben) cuti sekolah sempena Hari Deepavali last wiken.Sampai demam si Adik Rafiq rindukan si Abg!! Semalam Abg Haziq dh selamat pulang ke pangkuan kitaorg....winddduuuuuuu sesangat! Sbb si Abg ni tak pernah berpisah lama dari ktaorg! Tinggal 2 week je lagik minggu persekolahan....dah hint2 nak tinggal di Kampung lagi. Best katanya di Kampung!! Semua yg diminta DAPAT.....apa yg tak diminta pon boleh DAPAT! Cuculah katakan... Atuk & Opah mana yg x sayangkan cucu??

Gambar bersama Atuk & Opah kesayangan Haziq...muka masam mencuka tu sila abaikan!

Hero semuanya.....mana heroin??

Tapi Opah kata.... kalau semua cucu2 Opah ada (2 org lagi hero & 4 heroin Cucu Opah & Tok yg tiada dlm gambar diatas) ni balik utk bercuti sekolah kat Kampung, Opah ngan Tok surrender nk jaga. Sebab apa? bila dah ramai2 tu...paham2 jelah kan. Mula2 jumpa baik ...pastu?? Anak Cina Makan Pengat, Sendiri Mau Ingat!! hehehe....ok.bubaii:-)







Friday, October 28, 2011

Sofiyya vs Cinta Ellysa

Happy Friday!!

Lately ni saya terlebey melayan cerita melayu! Best jugak dari melayan cerita2 hantu seram tuh...merosakkan minda anak2 kita je.Saya sendiri x suka tgk cerita2 seram kat TV tu...bukan penakut, tapi ermmmm?? Terlampau banyak sgt citer seram ni...menci! tak shuker!! tak shuker!!



Sekarang ni saya tgh syiok melayan slot Akasia TV3 Drama Soffiya setiap Hari Isnin sampai Khamis pukul 7.00pm. Pelakon2 hebat seperti Tiz Zakiyah & Azhar Sulaiman. Memang superb la beb! sapa yg layan citer tu tau ler ke'best'sannya camne!! Ha, satu lagi Drama 'Cinta Elysa' setiap hari Selasa kol 9.00 mlm tu I polo gak...walau pon pelakonnya Si Fasha Sandha tu x masuk list peberet saya tp jalan citer mmg best! Class ko Senah!!

Sinopsis : Soffiya (Slot Akasia - TV3)




 Ikuti kisah Soffiya, seorang gadis lincah dan periang yang tinggal di sebuah kampung bersama bapanya, Sulaiman seorang doktor dan ibunya, Aishah, yang sering menghadapi masalah kesihatan. Selepas satu kejadian hitam, rutin kehidupan Soffiya mula berubah termasuklah sikapnya yang lebih suka menyendiri dan sering kelihatan murung.
 Nasib buruk terus mengikuti dirinya ke mana sahaja dia pergi hinggalah dirinya meringkuk di penjara. Baru mula mengenal erti cinta, namun, dia terpaksa merelakan pemergian kekasihnya ke luar negeri. Setelah berkahwin dengan seorang jutawan yang penyayang, ketabahannya diuji sekali lagi apabila cinta pertamanya merupakan anak tirinya sendiri. Bagaimanakah dia mengharungi konflik demi konflik yang melanda dirinya?




Sinopsis Cinta Elysa:




Cinta Elysa mengisahkan dilema yang dialami oleh Aril lakonan (Botak Juvana) yang terpaksa menjalankan tanggungjawab menjaga ibu saudara dan sepupu-sepupunya yang membenci dan memusuhinya. Watak ibu saudara yang benci sangat kat Aril dipegang oleh Zila Bakarin dan sepupunya yang perempuan nama Elysa ( lakonan Fasha Sandha).


Jasman membawa pulang Aril ke rumah kerana Aril ni anak yatim piatu yg membesar tanpa kasih sayang. Selepas disisihkan dari keluraga, dia tinggal dengan Jasman.
Jasman telah menempatkan Aril dan Elysa di satu kolej supaya Aril dapat menjaga keselamatan anaknya di kolej tu dari diganggu lelaki lain..(jd bodyguard le ni).
Jasman (lakonan Jalaluddin Hassan )bapa saudara kpd Aril ni mahu Aril menjaga dan memastikan keselamatan anak anak nya sebelum dia meninggal dunia, dia dah pesan kepada Aril supaya menjaga anak anaknya hingga mereka tamat pengajian. Aril ni seorang yang samseng dan dia dianggap pemuda bermasalah dan dibenci oleh Yasmin (Zila Bakarin) ibu saudara dan sepupunya.
Jadi dalam keadaan dia dibenci dia terpaksa menjalankan tanggungjawab besar tu walaupun terpaksa berdepan dengan ibu saudaranya yg jadi penghalang.
Walaupun Aril ni nampak jahat dan liar tetapi dia dalam diam menaruh hati dan mencintai sepupunya Elysa…(hehehe dalam hati ada taman gitu..seronok kan melihat Botak bercinta pulak kali ni ). Oleh sebab cinta yg kuat kepada Elisa lah Aril masih duduk di rumah tu walaupun dibenci oleh mak saudaranya hari -- hari.
Elysa gugup apabila berdepan dengan Aril bila mendapat tahu cerita buruk mengenai Aril. Mulanya dia tak suka kat Aril, almaklumlah , Aril ni samseng..lagi mau tanya!? ( skrip Johan dalam Cinta Elysa) namun begitu lama kelamaan dia melihat Aril ni baik dan selalu melindungi dia dari diganggu oleh lelaki lain maka berputik la sayang dia kat Aril..
Kisah menjadi panjang lagi, apabila ibu saudaranya menghalau Aril keluar dari rumah, dan waktu itu, Aril nekad membawa bersama Elysa. Aril menjalani kehidupan samseng untuk menyara diri dan Elysa. Elysa tak suka Aril hidup mencari rezeki cara tak elok. Elysa nak Aril cari kerja yang halal dan menjalani kehidupan yang baik. ( Botak botak…ni mesti tak insaf ni buat kerja samseng, kena masuk sekolah budak nakal lagi le ni heheh) . Demi cintakan Elysa, Aril cuba berubah dan mencari rezeki yang halal dan dia menerima segala nasihat dan teguran Elysa.
Aril dan Elysa lari tinggal di sebuah kampung menyamar sebagai suami isteri dan mencari orang yang dapat mengubati kaki Elysa yang cedera. Akhirnya orang yang mengubat kaki Elysa, sedar yang Aril dan Elysa bukan suami isteri, akhirnya mereka disuruh berkahwin.
Aril berjanji akan menceraikan Elysa selepas kaki Elysa sembuh. Kekasih Yasmin, Rashid pula sibuk menjejaki Elysa untuk mengetahui kandungan wasiat Jasman. Apakah yang akan berlaku selepas ini?

Antara Drama Soffiya vs Cinta Elysa ni ........yg manakah paling best?? sila angkat kaki....wakakakaka!!








 






Thursday, October 27, 2011

PROTON GAMES 2011

Jom kita bersukan!! Marilah bersukan utk kesihatan diri sendiri:-)

Saya terlibat dgn PROTON GAMES Subsidaries 2011 @ Proton Sport Complex Tg.Malim, Perak last wiken aritu!Masih tak hilang lagi tanda2 kulit separuh terbakor ni. Ada 6 pasukan yg terlibat ....PROTON HOLDING,PROTON SHAH ALAM, LOTUS/Miyazu, PROTON EDAR, PROTON Tg.Malim & PROTON Part Centre.Johan keseluruhan ialah PROTON Shah Alam.Tahniah u oals!! Dan yg paling memberi kejutan ialah PROTON Part Centre.Bukan main hebat lagi memberi tentangan!!ermmmm, dgrnya ramai players import!! iye ke idok??


 Saya mewakili PROTON Holding dlm acara Netball & Badminton (mix double). kelassss ko Jah!!! mmg supermak betol ko ni:-) jom layan gambar2 gediks ktorg ni....moh ler!!




With K.Tun a.k.a Manager Netball PHB:-)


My team:-)


kita enjoy:-)



classss kasut kitaorg kan?? mak jemah yg sponsor!! opsss...t'labey suda:-)

Wahh...menang bergaya ni: D




sempat lagi 'peace'!!

Napa ko tangkap bola cam 'kepit' gitu ?? hehehehe



Hahkak main 'C' dek....ko hada?? hehehe

Ni bukan kembar saya:-) dlm masa yg sama 2 in 1!!


Gaya seorang 'Super Mak'...wakakakaka!!

Sempat lagik bergambor ngan mamat Ikram ni :-) so sweety!! kihkihkih
 
ok...abis sudah!! dah malas nk upload gambor lain...ini pon dah ok kan??

Tuesday, October 25, 2011

Sekolah @ Bandar Saujana Putra

As salam...hi semua!!!

Seminggu saya tak hupdate citer kan?? sebelum saya cerita mengenai PROTON GAMES Subsidaries 2011 last weekend haritu, saya nk citer dulu pasal area tempat tinggal saya ni...yg tiada kemudahan seperti Sekolah, Masjid,Balai Polis dan lain2 lagi yg disediakan!!Sampai dah masuk Buliten TV3 Segmen 'Aduan Rakyat' haa...hamik ko!! (klik) (maklum la kan, dah dekat nak mengundi, rasanya kalo mintak hapa pon dapat! Tapi malas lah saya nk buka topik politik ni, nyemak kepala lutut je!!)

Ini le dia Balai Polis sementara di Bandar Saujana Putra tu....skrg ni nmpk cam x berapa nk operasi pon?? opssss:-)

Jalan yg pernah kami lalui sebelum h/way Bndr Saujana Putra belum beroperasi lagi...teruk kan??

Saya & Family telah berpindah ke Bandar Saujana Putra pd awal tahun 2008. Dengan keadaan jalan yg tidak sempurna (H/Way belum dibuka lg waktu tu) terpaksa melalui jalan shortcut di Kampung Batu 13, Puchong. Antara orang2 yg terawal juga berpindah di Apartment (Blok A) waktu tu...kamikaze rasanya kami waktu tu..sehinggakan rumah saya & jiran sebelah kena pecah masuk. Time siang hari lak tu buat kerja....hadoi!!! senak ko senah!!! Kena lak buat report nun jauh ke Balai Polis Jenjarom area Banting sana...lagi le Senok mak Jemah!!

Sekolah (Rendah/Menengah) pulak sehingga kini masih tiada lagi bayangan tapak utk dibina.Ntah kat ceruk mana saya pon tak tahu...kejap org kata kat tangki air tepi H/way tu...kejap kat sini. Ntah....mak jemah x amik tau!! tau2 je diaorg dh piket minta sekolah sampai masuk TV3 ko! Nak menunggu sekolah di Bandar Saujana Putra ni siap ntahkan bile!! Anak saya sekarang ni bersekolah di Sekolah Kebangsaan Sek 27(1) Alam Megah. Sekolah ni ada buat sesi petang khas utk Sek Agama KAFA Intergasi As-Sakinah. Memang senang sgtlah sbb saya tak perlu nk transit anak saya ke Nursery @ rumah org. Petang sebelum masuk ke kelas KAFA anak saya ni diberi transit di kantin sekolah tersebut. Siap ambil package mengaji dgn Ustazah Kelas masing2. Malam dah takyah sibuk2 nk mengantor ngaji rumah org dah....buleh concentrate buat homework kan? Rumah makin banyak dibina di Bandar Saujana Putra ni, tp kemudahan infastruktur ni yg kurang. Kalau saya, memang mengharapkan sekolah yg terdekat dgn tempat kerja .Apa2 hal senang nk berurusan.

ermmmm....harapannya cepat2lah bina sekolah di Bandar Saujana Putra tu! Sian pd parents yg terpaksa menghantar anak bersekolah jauh ke Puchong,Shah Alam & lain2 tempat.Kepada pihak yg bertanggungjawap tu....SILA BINA SEKOLAH cepat...kalo x, xmo ngundi!! kehkehkehkeh... apa kes ni??


Tuesday, October 18, 2011

MY BFF


Inilah kawan baik saya from kampung.Dlm bahasa singkatnya org panggil BFF (best pren forever). Actualy ada lagi beberapa org yg takde dlm gambar diatas. Zera,Norrie,Ana,Mazrena,Toy,Leha & saya a.k.a yg diorang panggil Not! (ntah, saya pn x igt camne nama not tu muncul) Kitaorg semua dah menetap di sini (KL area). Start kamcing dari standard 4 lg. Ptg2 lepas sekolah Agama kitaorg akan kayuh beskal g Sekolah Kebangsaan utk join aktiviti sukan lak....paling happening lepas je amik UPSR, plan nk mandi air terjun...sanggup naik&kayuh beskal lalu jalan ladang sawit tu. Kalu skrg nk g...x sanggup rasanya...hehehe.

 Masa sekolah Menengah lak (walaupon kitaorg terpisah masuk sekolah ASRAMA lain2), setiap kali cuti sekolah je mesti jumpa...lepak2 minum ABC kat Taman Selesa kat Kg kitaorg (taman x berapa nk selesa sebenarnya penuh semak samun) kadang2 join makcik2 kat situ main netball...hehehehe.

Setiap kali Hari Raya lak, kitorg x pernah miss dtg umah masing2. Time Sek rendah dulu naik beskal nk p beraya nih...pastu naik sekolah Menengah dah pandai naik motor, bila dah start keja ni dah pandai bawa keta lak...Bila dah ada yg berkawen, ngan usben2 skali terjebak join the group ktaorg ni. best kan?? Cuma, bila masing2 dah berkeluarga ni Perjumpaan Hari Raya tu dah tak cukup korum & meriah sikit dah. Ada yg turn balik umah mak mertua dululah...macam2. Memang dah susah sikit la nk jumpa walaupon sekampung. Alhamdulillah, masing2 dah berjaya dgn kehidaupan family...saya tumpang bangga nengok kawan2 makin maju, maju menambah bilangan ahli keluarga...maju pakai keta besor, umah besor & last skali...badan masing2 pon udah makin besor...kehkekehkehkeh!!

Apa pon, kenangan bersama korang memang d'best:-)

p/s : to  Norrie, boleh ko foward @ email ke aku gambar yg kita menari masa darjah 4 dulu...hehehe.Semua comel waktu tu kan?? thanks:-)

Monday, October 17, 2011

Besday RaFiQ


Majlis Besday Rafiq kali ni simple sahaja....special request by Rafiq 
'' Ibu, tahun ni xnk buat brithday kat sekolah.Afiq nak buat kat rumah...ibu ni paham ke tak?? adoi...anakku, main request je. Ibu yg pening nk uruskan besday Rafiq tau!! Sebabnya??? tahun2 sebelum ni,saya  just hulur kek & goodies ke sekolah@nusery tempat Rafiq & Abg Haziq stay.Memang nk kojo sonang jo kan??

Actualy, besday Rafiq in advance coz tarikh lahir Rafiq sebenarnya on 19 Oct (Wednesday).Majlis amatlah sederhana .... coz budget saya & usben utk besday Rafiq ni amatlah 'kemuted'. (Sorry kengkawan yg lain, x dpt nak jemput semua. Harap maklum)Just invite family terdekat & kawan2 BFF from kampug saya yg x dpt dtg masa hari raya haritu.Thank you to all of you yg sudi membawakan hadiah utk Rafiq...

Kek Indulgance coklat ni order from K.Ros@K.Ha from Klang. Sedap giler kek kakak ni....x rugi order beb.So, korang boleh visit kakak ni punyer blog K.Ros Kek .Kek ni bertemakan 'Agry Bird' yg tgh glemmer skrg ni kan??












                                                                                                                           







Abg Haziq & Rafiq yg dah x sabar sgt nk potong kek Agry Bird ni.....hamper membuatkan I angry le:-)





Bersama2 rakan sekolah Abg Haziq & jiran terdekat....


Hadiah Kezutan yg diterima daripada 'Abah & Mama' @PakLong&MakLong. Tenkiu2 bagi hadiah sepesel ni kat Rafiq.
Semoga murah rejki mereka:-) amin....


ok...abis suda setori  mori about Besday Rafiq!!

Friday, October 14, 2011

Friday!!

Salam Sumaat Semua:-) ceria tak arini??


Hari Sumaat@Friday selalunya time break lama kan? salah satu sebab memberi peluang kepada kaum lelaki untuk menunaikan tanggungjawab Solat Jumaat. So,bagi kita2 kaum wanita yg bekerja di opis2 ni... waktu senggangnya lama kan?? ada la dlm 2 jam gitu:-)


Cam korang (kaum wanita aje ok!!) selalu waktu lunch tghari Sumaat tu buat hapa?? adakah :-


A. Soping
B. Lunch kat Restoran Secret Resepi
C. Layan citer Korea
D. Tiada sangkut paut dgn di atas


Macam saya ikut (3M) mood, masa & money. Kalau ada mood, leh lepak ngan kawan2 makan kat luar. Kalau ada masa barulah best kita nk bergosip lama ngan kawan2 kan? & kalau ada money....barulah best nk sopingnya!! hehehe. Bak kata Mr.Usben, nasib baik le compny korang ni terletak jauh dari SOGO, MidVelly, Pavillion, KLCC semua tu...kalau tak, mau mati kering sbb duit gaji abis ke situ je. Paling dekat dgn company saya ni cuma Mydin Mall USJ,The Summit,PKNS,Alam Sentral,SACC Mall & bla...bla...bla. Nasib baik la urat soping saya belum putus!! kalau urat tu putus....kompom le lebam poket usben saya nk tanggung!! hehehehe. kalau gaji laki besau takpe!! 

kompom poket suami korang lebam kalo camgini le sopingnya!! hehehehe

So, moralnya ....Tagline utk diri saya 'belanjalah secara berhemah....ingatlah orang yg tersayang!! waaaaaa.....cam bagus je kan?? hehehe...

ok...jumpe lagi:-)

Thursday, October 13, 2011

Jom POLLOW me!!!

SEYES!! I jeles nengok kakak redmummy tu dpt duit ribu riban dari  nuffnang tu!! bila la hagaknya saya nk merasa camgitu khan??Itulah rezeki namanya setelah dia penat bertungkus lumus & x jemu utk terus ber'blogging ni. I nak jadi cam dia gak lah!! wah....tetiba semagat berkobar2 ni!!

Sorry K.Red....jgn saman saya!! saya xde duit sebanyak k.red!! saje nk tolong publishkan utk kengkawan tgk.Sebagai bukti pd diorg!!! jgn saman saya tau:-)

Kengkawan2....apa lagi, tolong le klik kan iklan2 kat blog saya tu.Mana tau saya leh kaya cam k.Red! InsyaAllah:-) 

Kalau betul saya boleh dpt check sebanyak ini...InsyaAllah, pada yg selalu jengah blog saya ni, saya akan belanja beli tiket tambang murah AAsia tak kisah le local @ ober the sea sekalipon. saya sanggup belikan. Tp dgn syarat :- kena la sign in jadi follower saya dulu, pastu kenalah rajin mengomen & seterusnya barulah saya boleh taja tiket tu. Dgn syarat juga kalau saya dapat duit RM cam di atas....muhahahaha. (baikkkk punye marketing strategi saya kan?? ) Sedara mara, waris terdekat tidak boleh menyertai program ini....harap maklum!!

Tapi saya serius sebenarnya. Kalau le saya dapat RM sebanyak itu ...saya sanggup  tunaikan. Doa2kanlah saya semoga tak bangga diri bila saya dpt duit sebanyak itu. Oleh itu, silalah jadi kawan saya:) promote lagik!!!

ok ....gud nite:-)

Kisah Rafiq

Ini adalah kisah my hero...Muhammad Rafiq Hazwan B KhairulAzli. Rafiq dilahirkan pada 19 October 2006 @ SJMC,Subang Jaya Medical Centre secara normal & berat 3.19kg. Nama Rafiq ni pula hasil dari pengaruh saya menonton drama bersiri 'Dairi Ramadhan Rafiq' yg disiarkan setiap hari pd bulan Ramadhan tahun itu.Kuat betul pengaruh TV ni kan?? 

Sempena ulang tahun k5 kelahiran Rafiq, saya saja nk imas kembali kisah perjalanan Rafiq.. Sekejap je Rafiq dah cecah usia 5 tahun. Alhamdulillah!!

Ibu, Ayah & Abang Haziq sayang sgt Rafiq....muahhhhh!!!


beberapa hari selepas Rafiq dilahirkan...

Rafiq 2 months...
Rafiq 1 yr 2 months...

Rafiq 1 yr 3 month
Rafiq 2 years


Rafiq 2 yr ..

Rafiq 3 yr

Rafiq 3 Yr

Rafiq with Abang Haziq!!

Rafiq Awesome!!

!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!

and the latest one....

Rafiq yg Gojes!!! 

60 Tahun Pencen

Adoiii...kelakau le tgk karektor kartun ni:-)

Tak dapat nak bayangkan kalau umur saya dah cecah 60 tahun!! Adakah saya masih nk bekerje lagi @ tidak?? 60 tahun pencen ni utk orang Gomen punya pelaksanaan...utk Swasta setakat ni maintain lagi umur 55thn. Minta2 kita semua ni sihat tubuh badan, waras akal fikiran & masih lagi boleh bekerja sehingga umur 60th ni kan?? bukan apa...mungkin kita boleh capai sasaran nk bekerja sampai umur 60 thn tu, tapi mungkin quality kerja kita makin menurun selaras anjakan paradigma dgn umur yg meningkat tu!!  Terpulang...masing2 ada pandangan & prinsip tersendiri. Samada meningkatnya umur kita ni nk kejar amalan dunia @ akhirat @ seimbangkan keduanya! Tepuk dada tanya IMAN.....WALLAHUALAM!!!

Wednesday, October 12, 2011

Special from FB

Khairul Azli Osman posted on your Wall.



"SELAMAT HARI JADI SAYANG.......Terima kasih krn jd isteri & ibu yg terbaik utk Abang & anak2.Semoga d permudahkan segala urusan dan d mrhkan rezeki utk kita sekeluarga insyaallah.....amin.I LOVE U SO MUCH..........mmmmmmmuuaaahhhhhhh......."
 
Today, I got special greeting from my husband loved one through the FB. I hereby appreciate!!


Thanks a lot Sayang.... I luv u too !!muaaahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh:-)

Tuesday, October 11, 2011

3 Series!!

I did not win the BMW 3 series but i've reached the age of three figures ....ye kengkawan!!
Esok 12.October.2011 ...... genaplah umur saya 30thn. As time went on short time!!

bila agaknya dapat pandu BMW 3 series ni??


Bila umur dah berganjak ke 3 series ni, mulalah terfikir nk :-

1.Tambah bilangan anak
2.Tingkatkan ekonomi rumahtangga
3. Tambahkan amal ibadat
4.Tingkatkan prestasi 
5. Kurangkan konterversi

Yg penting sebenarnya ....saya nk register p Mekah.
Jumaat lepas, lepas pembentangan issue Budget...bila PM Kita annouce je boleh buat pengeluaran KWSP akaun 2 utk ke Mekah...semangat saya makin berkobar2!!. Alhamdulillah, ada gak alternatif lain selain dari kumpul duit sendiri kan?? Doa2kan lah moga hasrat saya bersama suami untuk ke Mekah tercapai.Semoga impian kami akan terlaksana.Tahun bila tu belum pasti lagi...yg penting saya ngan usben nk g register dulu.Minta2 le Allah panjangkan usia kami....Amin:)

agaknya...sesuai x saya celebrate kek 3 tgkt ni?huhuhuhu

Saya tidak mengharapkan hadiah yang besar dari sang suami (wah...walaupon hint2 gitu!) I just hope hapiness in my family.Semoga Allah sentiasa memberikan kebahgiaan,kesihatan yg baik serta menambahkan rezeki buat diri saya dan juga family.Thanks to Mak & Abah yang telah melahirkan saya ke dunia ini!!

Monday, October 10, 2011

Jatuh Motor

Ini betul2 kejadian....saya pernah mengalami kemalangan patah pergelangan tangan kanan gara2 jatuh motor merempit.Eh, taklah!! dulu mana ada istilah merempit ni lagi kan?Motor kecik je....125cc!!yg tau jenis Yamaha warna merah!! kuikuikuikui....sapa yg tak pernah jatuh motor tu, sah2 le mmg bukan lasak orangnya!! hehehehe


agak2 saya jatuh motor camni ke??

Kejadian ni berlaku sewaktu saya tkgt 1 tahun 1994.Gara-gara GS (Gila Steering) motor. Konon2 dah teror sgt le saya bawa motor kan?yg nyata, memang saya x g sekolah selama 1 bulan.Sbb tangan dah terpeliot!! 

Nk citer sket camne saya leh jatuh motor sampai patah tangan tu??
Petang tu konon nk ronda2 kampung le kan sbb mmg dh GS sgt.Yang best tu, naik motor siap pakai kain batik lagi.Nasib le x londeh kain batik saya waktu tu...kalu x?? hahaha.
Camne ntah saya boleh terpulas minyak kuat sgt waktu tu.Sedar2 je dah masuk dlm longkang betul2 depan umah saya sendiri.Belum jauh pon lg perjalanannnya...Dgn motor + saya skali masuk longkang tu.Yg lagi kelakor sesgt saya leh duduk atas motor lagi dlm longkang tu.(Longkang tu besor le jugak) kalo korang nk imagine....ntah camne saya perasan yg tangan kanan saya dh terkulai layu.Apa lagik, keluarlah lagu 'Awallah dondang,dondanglah sayang' versi Noraniza Idris...eh,bukan!! versi saya la 'Mak,tangan dh patah' (waktu kejadian,mak saya berada di halaman rumah) Yg saya ingat mak saya berlari dapatkan saya'Ya Allah anak aku!!' ayat standard kan?? Waktu saya jatuh tu kawasan/area jalan depan rumah saya tu lengang....memang xde sebarang kenderaan pon lalu.Ntah, dalam sekelip mata dah ramai yg berkerumun datang nengok saya! adoi....malu tol waktu tu!! Alunan lagu Awallah dondang yg kuat tu kut membuatkan ramai yg dtg menjengah kot! hehehe.

Masa kejadian tu jugak arwah abah saya tiada di rumah.Memancing kot waktu tu.Bertambah saya kuat melalak sbb takutkan arwah bapa saya.Ayat tu masih terngiang2 sampai hari ni 'mak, takut abah marah mak' takut abah marah!! Mak saya panik gak waktu tu...memang macam2 lah dia bebelkan saya.Dah tak ingat sgt sbb bebel mak + saya punya melalak tu sama naik kan? hehehe
Hampir Magrib baru arwah abah saya balik...tp saya tgk arwah abah saya steady je!Saya risau gak dia marahkan saya.Rupanya tidak!! Yg saya ingat arwah abah dapatkan kereta (waktu tu mmg xde kereta) bawa saya nk g jumpa bomoh patah.Saya ingatkan nk p spital. Sbb tangan saya memang dah membengkak sangat waktu tu.So, ktorg pon g le rumah bomoh patah tu di F Bkt Puchong. 

Masa di rumah bomoh patah tu lagi le saya takut.Nengok muka bomoh patah yg garang tu lagi le buat hati saya x keruan! Bomoh tu leh cakap ngan saya 'ha, ko meh dekat sket...karang aku tarik tangan ko ni cabut terus!cara dia berubat tangan saya tu lagi le saya x leh nk caya.Bomoh tu cuma sapukan minyak pastu balut tangan saya ni dgn kain + ada buluh utk ampung tangan saya tu.Pastu dia kata 'ha, ko balik le umah...mlm ni ko berdendang sayang le'.Seminggu pastu ko datang balik!! Pastu kami pon balik le...(sbnrnya saya mmg tak paham langsung apa yg bomoh patah tu cuba sampaikan!!)
Malam tu....mmg semalaman saya takleh tidor...arwah abah saya le yg temankan saya.Mmg sakit sangat tangan saya ni.Tak terkatalah sakitnya camne...Tobat dah waktu tu mmg xmo naik motor lagik! Lepas seminggu saya datang kembali ke rumah bomoh patah tu utk buka balutan tangan.Masa dia buka tu nampak tangan saya masih kembung@membengkak lagi.Bomoh tu kata ..seminggu 2 lagi elok le tangan ko ni.Tapi masih berbedung lg! Cuma dah buka la buluh tu...

Tapi lepas 2, 3 minggu tangan saya masih begitu.Masih membengkak & tidak boleh makan menggunakan tangan pon.Apatah lg nk menuliskan??Saya dengar cerita dari arwah abah saya yg mengatakan bomoh patah tu dah meninggal dunia seminggu lepas saya buka balutan tangan tu.Arwah abah saya pon cam pelik gak tengok tangan saya masih tak surut lagi bengkaknya & mmg xleh nk bengkokkan tangan langsung.So, arwah abah cari ikhtiar lain utk ubat tangan saya tu.Saya sendiri tak tau kenapa arwah abah x bawa saya ke klinik mungkin arwah abah xde duit kot waktu tu...masih juga dapatkan rawatan dgn bomoh2 patah ni.Bomoh patah yg ke2 ni pulak ok sket le orgnya.Baik sikit cara percakapannya dari bomoh pertama saya jumpa tu.Bomoh k2 ni pulak cara ubatanya adalah secara MANUAL. Yg pertama tu adalah secara AUTO (mengurut secara batin ye korang...jeng...jeng...jeng) yg ni mmg susah saya nk percaya sampai le skrg.terpulang le pada korang yg pernah mengdengar org mengurut secara halus ni.Pak cik bomoh patah manual tu kata tangan saya ni bukan setakat patah dipergelangan tangan je.Tulang bahu saya pon terkehel jugak.Termasuk siku saya juga lari...adui, camne tu??korang paham ke ni??(Ni gara2 mengurut secara batin tu  kot!!)So, secara manualnya bomoh patah tu dah masukkan siku saya ni ketempat asal (sbb saya xleh nk bengkokkan tangan) & masukkan balik tulang bahu saya yg terkehel tu,Ya Allah, cara manual ini memang lagi sakit. Sampai saya terjerit2 terlolong sakitnya.Akhirnya Bomoh patah tu berjaya betulkan siku & bahu saya saje.utk pergelangan tangan saya tu dia tak sunggup nk buat bila tengok saya dh tak mampu lagi nk menahan sakit.Saya redho & terima je takdir dari Nya.Alhamdulillah saya boleh menulis & makan menggunakan tangan walau ada nampak sikit kecacatan pd pergelangan tangan kanan saya.Jgn tak tau....tangan kanan saya ni masih hebat lagi main badminton & netball tau! nasib le masa nk kawen aritu x turun rega hantaran!! kehkehkehkeh...
nasib tangan & kuku cantik lagik tau!!

Kejadian jatuh motor tu  buatkan saya makin berani nk cuba bawa motor lagi.Saya x truma langsung! Makin hebat lagi adalah...hehehe.Ada ati gak nk amik lesen motor ni.Tp bila pikir2 balik kalau nk bawa motor area bandar ni terlalu besar risikonya.kadang2 tu tak salah pon leh kena langor mati katak gak kan?? semua tu adalah KetentuanNYa...Sampai sekarang saya masih pandai bawa motor tp xde lesen ye kengkawan! Ini juga adalah kenangan paling manis bersama arwah abah saya yg tak akan saya lupa.Arwah abah x marahkan saya malah sanggup bersusah payah menjaga saya gara2 saya jatuh motor & patah tangan!! Ya Allah, rindunya pd arwah Abah. AlFatihah buat abah tersayang!!