Thursday, June 9, 2011


Rindu nyer kat zaman kecik2 dulu.....
Happy je memanjang....main je ngan kwn2 24hrs....
kalau anak2 kita zaman millenium ni, nk main kat depan rumah pon kita kena tunggu sama...bukan apa macam2 kes yg kita dgrkan saban hari? cam kes budak ilang pon boleh jadi depan rumah, depan mata @ taman permainan dekat rumah kita aje.
so, saja nk bagi korang enjoy...sure korang teringat balik zaman2 skolah dulu... tanda-tanda anda bayi tahun 70- 80-an:


gambar saya sewaktu darjah 6@1993. saya jadi penolong ketua kelas waktu ni...buruk tol sekolah saya waktu ni. tp skrg dah chantik!!


yg ini pula gambar saya sewaktu darjah 1@1988. ce cuba teka saya yg mana satu?? haa...yg pakai seluar merah sebelah member baju kuning tu la saya....cumel x? muhahaa, perasannya saya!!


• kita membesar dgn menonton G-Force, He-man, Transformers, Thundercats, Silver Hawk, Woody Woodpecker, Chipmunks and Mickey Mouse. Not to forget NinjaTurtles, Mask, Smurfs dan Voltron.

• berus gigi time waktu rehat kat skolah rendah?...hmm, mesti pegang cawan warna-warni kan. mencangkung kat tepi parit dgn classmates semua kat seblah...ingat tak, misi kat skolah masuk kelas dgn list dentist appointment. Pastu bunyi gigi member kite kene gerudi kat bilik sebelah.ada gigi yang berlubang,kene laa tampal.

• ni sure korang igt...program minum susu di skolah. nak galakkan budak2 time tuh minum susu. sekotak 30sen jek beb...


• cikgu2 kalau nak denda, mesti guna pembaris panjang warna kuning tu. Pukul tapak tangan...kan?


• semangkuk mi sup ke, mihun sup ke, 30 sen jek kat kantin.


Hankyu Jaya, Yaohan - shopping complex yang popular utk meluangkan masa dgn family. ni for those yg dok KL laa. aku tak!!!

• time skolah menengah, korang sure beli kasut skolah Bata BM Turbo atau Pallas Jazz. ada yang suka kasut high-cut yang buatan china tu...ada yang suka stoking tebal laaa...

• internet? email? mendalah ape tu? CD? ape tu? kaset tape penah laa dgr. tiket wayang pun 5 inggit je.


• kite pegi kedai runcit, beli Chickerdis, Mamee , Kum Kum, UFO, O-Ya, Ding Dang chocolate balls yang ada mainan kat dlm die, 'telur' keras warna warni, 'rokok' chewing gum, KIKI Bubble Gum tak dilupakan, 'Ti Kam'.

• bile dah abih exam, main Monopoly la,Donkey la, Happy Family laa dlm class.


• tapi bunyi loceng laa yang paling best skali. boleh beli aiskrim ngan apek kat luar skola tuh...lagi satu loceng masa nak pegi rehat. tinggal kan keje skolah, jom kita pegi makan. budak2 yg dpt Rancangan Makanan Tambahan (RMT) mesti kluar awal...aku dapat!!

• lagi satu yang seronok mase time Pendidikan Jasmani, PJ. main bolalaa, rounders laa...permainan kegemaran, main guli, batu seremban, penutup botol, batang aiskrim, 'Pepsi Cola one-two-three', 'Police &  Sentry', kejar2 duduk...

• kita hilangkan dahaga dgn aiskrim 10 sen. yang tube aiskrim, ada byk2 color tu. kalau nak makan, kene patahkan kat tengah2 die!

• lipat kertas kecik2, pastuh buat lastik.
hmmm..ni pun kita main dulu ni. baling2 kapur laa.

• hmm...budak2 kat university skarang, kebanyakan nye lahir thn 1987/88. skarang digelar  'remaja'.

• bagi diorg, diorg mane penah dgr lagu 'We Are the World, We Are the Children...' dan lagu 'Uptown Girl' yang diorg tau, yg Westlife nyanyi....bkn Billy Joel nyanyi...bagi diorg, ada satu je Jerman kat dunia ni, dan ade satu je Vietnam.


• AIDS wujud sejak diorg lahir.

• CD pun wujud time diorg lahir.

• Michael Jackson dah putih dah time tu

• Diorg percaya Spiderman dgn Incredible Hulk tu filem2 baru.

• Diorg tak bley bayangkan skrin hitam putih utk sebuah komputer.

• Diorg tak penah tau pun 'Atari' dgn 'Game & Watch'.

• Diorg tak percaya penah ada TV hitam putih...dan diorg skarang tak reti nak switch on TV kalau xde remote control.

• dan diorg tak paham macam mane kite boleh survive dkt universiti tanpa handphone...

• hmm...jom kite check, kite ni dah tua ke:


1. korg paham ape yang korang baca kat atas ni, dan korg sure tersenyum
2. kebanyakan member2 skolah menengah kite dah kawin
3. korg sure pelik bile nengok bdak2 kecik main komputer, selamba je
4. kita geleng kepala bile nengok bdak2 skolah menengah guna handphone
5. kita dah tak byk sembang2 dgn member melalui telefon lagi setiap hari
6. bile jumpe member lame dari semasa ke semasa, seronok bile bersembang
7. pasal cerite2 lame, cerite2 kelakar yang kite alami mase dulu time kecik2, nakal2 dulu...

 
last skali, bile dah bace email ni, korang akan terpikir utk teringat zaman2 dulukan? mesti suker.............





Dahsyatnya Doa Seorang Ibu

Saya tgh dlm process clean mail box yg penuh bersawang tu, so terjumpa satu artikel yg menarik ini utk di kongsi bersama. Untuk panduan diri saya sendiri sebagai seorang IBU, Ibu-Ibu  di luar sana serta bakal yg bergelar IBU suatu hari nanti. .  Agak panjang kalau malas nak baca, baca laa yang saya tanda ****

Ibu Kita dan Kita Sebagai Ibu



 Lapangnya masa kita ada kaitan dengan keberkatan hidup kita. Kita adalah di bawah siksa Allah bilamasa ada masa untuk buat benda tak baik tapi takdak masa nak buat yang baik

 Jika kita tak pernah kecukupan duit maksudnya kita disiksa Allah

 *** Setitik air mata ibu jatuh, 10 kebajikan anak hilang so ibu2 jangan jatuh air mata ye and anak jangan bagi ibu jatuh air mata. Menangis kerana anak berjaya dan bukan sedih kerana angkara anak

 Kalau balik tengah malam, buka lampu tengok dan tatap muka ibu, sebab wajah orang tidur akan menampakkan segalanya

 Ada 3 mata yang tak dijilat api neraka

 Melihat kaabah sehingga menitis air mata


 Membaca quran sehingga menitis air mata


 Memandang wajah ibu yg sedar tidur / sedar hingga berlinang air mata

 3 orang yg kita kena tengok dan selalu pandang dalam hidup, tengok masa tidor!


 Anak


 Ibu


 Suami


Selingan: kata ustaz kalau kita ada perselisih faham dgn suami sampai nak bercerai, tgk laa muka bila dia tidor kalau masih terbit perasan kasih, saying, cinta, rindu atau simpati, janganlah bercerai tapi jika tiada rasa tu semua maksudnya jodoh dah memang takde, boleh proceed pi mahkamah

 Orang yang selalu menatap and memandang ibunya takkan menangis di hari kematian ibunya… kira tak menangis teruk laa..Bagi siapa yg masih ada ibu, pandang laa selalu

 Adalah menjadi satu dosa jika kita mengguna jari telunjuk untuk menujukkan sesuatu pada ibu

 Kalau ada niat yang baik teruskan laa..Allah akan bersama, jangan takut

 Kalau tak mampu lakukan sesuatu, pasang niat pun mencukupi e.g. tak mampu tolong org, niat nak tolong pun dah memadai

 *** Kalau kita tak mampu letakkan diri kita di tempat yang terbaik, Allah akan letakkan kita di tempat terbaik dengan syarat letakan ibu kita di tempat yang terbaik

 Ada kaedah yang mana kita boleh minta pada Allah, “ungkit” kebaikan yang menimpa dengan tujuan untuk makbulkan doa kita. Kaedah tu dipanggil “wasilah amal”


 “Ya Allah semalam aku sudah bersedekah sebanyak RM1, kalau itu satu kebaikan jadikanlah ia penyebab makbulnya doaku ini”


 *** Paling banyak buat baik dengan ibu kita, lagi mustajab. Makna dia wasilah amal ni sangat berkesan kalau yg dituntut tadi adalah hal hal yang berkaitan kebaikan yang dibuat kepada ibu kita


 Tapi geng kalau sedekah RM1 takkan nak tuntutkan 

 Antara lain yang boleh dituntut adalah apabila kita ditimpa sakit/musibah


 Kalau ditimpa sakit, baca laa Innalillahiwainnaillaihirojjiun,,, then cakap dengan Allah


 “Ya Allah, berilah pahala besar untuk sakit yang aku tanggung ini”


 “Ya Allah, bagilah aku keampunan dosa atas sakit ku ini”


Even suapkan anak pun kita boleh tuntut, apatah lagi sedekah kepada ibu dan orang yang memerlukkan.

 *** Barang siapa yang tidak mendoakan ibu selepas sembahyang buat ibu yang sudah meninggal maka dikira dia anak derhaka walaupun pada waktu ibunya hidup dia tak pernah menderhaka. Maksudnya jika ibu masih hidup atau telah tiada, selepas setiap solat kita mesti doakannya!

 Doa orang yang masih hidup makbul untuk orang yang hidup dan mati. Jadi doakan ibu kita telah tiada!

 *** Doa orang yang mati makbul untuk orang yang masih hidup


 Masa ni ustaz tu bagi contoh sadis sket..sedeh gak laa.. pi ke pusara mak kita cakap..“Mak, esok anak saya nak kawin, kalau mak ada tentu mak bahagia engok cucu mak kawinkan” atau “bapa saya nak kawin esok, kalau bapa ada, pasti bapa akan gembira tengok sayakan..” Ustaz kata luahkan kepada ibu/bapa yang telah tiada kerana mereka mendengar dan mereka boleh mendoakan kita dari sana.

 Bila lalu kubur, perlahankan dan beri salam! Mereka akan doakan kita “berkatilah si A ini” dan jika tak bagi salam, mereka akan kata “celakahlah orang ini” Jadi, jangan lupa bagi salam next time

 Tanda tanda siksa Allah atas muka bumi ni antara lain simpan harta sampai mati tak pernah keluarkan

 Sesiapa yang bersedekah selalu, takkan miskin orang itu selamanya..

 Bila nak berbelanja @ shopping always spare duit untuk sedekah kerana dalam duit kita tu ada hak org susah. Jadi bila orang buta datang masa makan, bagi laa duit sebab kita nak cari org susah untuk sedekah dah amat susah masa sekrg and takde masa jadi Allah hantarkan org2 susah ini untuk kita dapatkan pahala!

 *** Jika mak kita sudah meninggal dan semasa hayatnya kita ada peruntukkan wang untuk dia, bila mak kita dah takde teruskan memberi peruntukkan tu sebagai sedekah. Jangan kurangkan peruntukkan!! “Ya Allah, aku sedekahkan bagi pihak ibuku, semoga pahala sedekah ni sampai kepada ibuku”. Itu yang yang buat ibu kita bahagia di sana.

 Kalau kita susah nak bersedekah, bayangkan wajah ibu kita baru kita ringan tangan nak bersedekah

 *** Allah panjangkan usia ibu dan bapa supaya dia sakit dan nyanyuk untuk beri syurga pada anak anaknya. Jagalah mereka dengan baik insyallah, syurga balasanya. Jadi kalau tahu ibu/bapa sakit, berebutlah menjaga ibu/bapa kita. Besar sangat pahalanya.

 Allah kalau boleh taknak kita masuk neraka jadi Allah takkan matikan seseorang dalam keadaan kotor dan berdosa jadi dia bagi kita sakit/malu/miskin untuk membersihkan kita sebelum dia mengambil kita

Selalu Bergaduh Dengan Ibu


 Jika ada antara kita yang selalu bergaduh dengan ibu, ada kemungkinan kita diganggu saka


 Antara ganguan saka, selalu mimpi bayi/budak. Dukung bayi, susu bayi or selalu mimpi jatuh dari tempat tinggi/ selalu sakit tulang belakang/ tulang belakang bengkok/ rasa mengantuk selepas asar


 Saka dipindahkan melalui Kasih saying/ Harta pusaka, walaupun sebiji pinggan / Amalan / Sentuhan


 Symptom dah terkena saka


 Tak boleh tidor lena tapi bila dekat azan subuh, senang lena


 Bila dah peringakat teruk, di usia tua kita, tgh malam selalu lapar


 Susah nak dapat anak, senang gugur


 Ada rasa kelibat orang lalu


 Yang lagi parah, saka bersetubuh dgn kita, mengandung tapi anak hilang dalam kandungan jadi bila nak beintim, bercakap laa sedikit kerana saka menyerupai suami kita dan dia datang dalam keadaan diam


 Cara hilangkan saka, Zikir “Laillahaillalah” 700,000 sampai habis, insyallah saka akan cair dan keluar dari badan

 Antara penyakit saka adalah breast cancer, cancer rahim and cancer tulang.
 3 penyakit yang tiada ubat yang penyakitnya adalah datang dari syaitan adalah cancer, aids and leukemia.

 Kalau dapat ni pi laa perawatan cara islam jugak.

 Kalau ibu kita sakit cancer dan dia tak mampu berzikir, kita tolong zikirkan

 Kalau ada penyakit was was, bacalah surah al-ikhlas.. “Qulhuwallahuahad…” 1000x sehari

Anak Lari Dari Rumah


 Kalau anak lari dari rumah, gantungkan bajunya dihanger dan anginkan dan hadiahkan surah al-ikhlas setiap hari

 Masa lauangan azan yang pertama, panggilah nama anak kita, insyallah akan sampai panggilan kita kepadanya