Thursday, December 29, 2011

Penangan Hilman Yong



Ayakkk!!! saya masih lagi dalam mood Novel 'Awak Suka Saya Tak'? Gara-gara Hilman Yong punya penangan.....kawan2 + saya yang baca Novel ni pon dah mula terguling2 dok gilakan si Hilman Yong ni..... Muhahahaha!! Masih lagi terbuai-buai ayat-ayat dalam Novel tersebut....meresap sehingga ke dasar lubuk hati saya ni. Misi ulang membaca Novel ASST lagi.....huhu!! (Novel yg borong aritu pon belum abis baca lagik...camne ni?) Memang tak pernah selama ni saya mengulang baca Novel.Impak Novel ASST ni memang amat-amat menyentuh hati saya.....pengsan lagik!!! Sedikit sebanyak ianya membantu saya untuk  menambahkan Ilmu Agama dalam diri sendiri....





Saya pastekan sebahagian ayat-ayat & gambar-gambar menarik mengenai Hilman Yong & Puteri Intan Zulaikha watak utama ASST ni ....jom kita pengsan bersama-sama!!








1. Benda yang kita suka, kita sayang, sampai masanya akan diambil kembali.Jadi jangan meletakkan sayang itu melebihi sayang dan cintakan Allah. Barulah kita Redha dan sabar di atas kehilangannya.

2. Islam bukan satu Agama yang asing bagi kami. Dalam Hadis Nabi SAW juga ada meyebut tentang Negara China. Baginda SAW juga menghantar para sahabat untuk berdakwah di China. China terlebih dahulu menerima Islam, ratusan tahun lebih awal. Sebelum Islam tersebar di sini (Malaysia). Malahan penganut Agama Islam di China lebih ramai. Di Malaysia sekarang, kaum Cina juga yang teramai memeluk Islam, medahului kaum lain. Lebih ramai dari kalangan Profesional dan educated.


3. 5 melambangkan 5 rukun Islam, Solat 5 waktu, pacaindera 5, jari kita ada 5 setiap satu tangan, kaki juga, jari kita yang 5 kalau digariskan membentuk Kalimah ALLAH, Rasul yg wajib dipercayai 25, still number 5 at the back…..


4. Tidak perlu menjadi samseng untuk mencapai kehendak di dunia ini. Untuk menguasai dunia. Cukup hanya dengan berusaha semaksima mungkin, azam yang kuat, tahu apa yang dikehendaki, tahu tujuan, ada perancangan, ada visi….seterusnya kekuatan kita datangnya dari pergantungan kepada Allah. Sentiasa berdoa dan tidak berhenti berharap….terakhir sekali, serahkan kepada Allah.


5. Berusaha mendapatkan sesuatu dengan cara yang HALAL, menjadikannya halal lebih bermakna. Lebih bermaruah. Lebih mulia. Diredai ALLAH dan RasulNya, direstui oleh ibu bapa, keluarga dan masyarakat.Lebih indah dan lebih bahagia.



6. “Saya tak pernah tinggalkan awak. Walaupun awak jauh, saya dapat melihat awak.Walaupun awak jauh, saya dapat merasa kehadiran awak. Walaupun awak jauh, saya dapat mendengar awak. Saya sentiasa di sisi awak. Awak sentiasa di sisi saya, di sini….”




7. “ Cinta bagi saya…saya mencintai seseorang kalau ia boleh menghampirkan saya lebih kepada Allah. Cinta itu terlalu suci bagi saya. Cinta ialah memelihara dan menjaga kesucian wanita yang saya suka. Saya tidak akan menyentuhnya selagi dia belum sah menjadi isteri saya. Cinta saya ialah membelai dan menyayangi dia sepenuh hati. Saya tidak akan menyakitinya, apa lagi melukakan hatinya. Saya akan menjaga dan melindunginya. Saya mahu menjadi pendengar setianya. Saya mahu memandangnya dengan penuh kasih sayang. Dia hanya untuk saya dan saya untuk dia. Matanya hanya memandang saya, bukan lelaki lain. Hati hanya untuk saya bukan untuk orang lain.”

8. “Cinta bukan berpegangan tangan, bercumbuan…itu nafsu. Cinta bukan sentiasa berjumpa dan bertemu sampai larut malam membawa ke pagi. Itu juga nafsu. Terlalu banyak nak dijelaskan mengenai cinta. Berbillion manusia di dunia, maka berbillion la rasa cinta dan takrif masing-masing. Bagi saya senang saja, semua cinta ada maknanya tersendiri dan ekslusif untuk setiap orang. Ia tak sama antara satu sama lain. Tidak mengapa, memang Allah ciptakan kita berbeza, sedangkan cap ibu jari pun berbeza, tidak pernah ada yang tersama lagi. Asalkan cinta itu tidak melanggar batas syariat maka bercintalah. Saya tidak mahu cemarkan kesucian cinta saya.”


9     “ Ke mana saja kita pergi, jangan lupa asal usul, keturunan dan Agama kita. Lebih baik, kalau dapat dipelajari dan dihayati. Barulah kita lebih menghargai apa yang kita ada. Bukan senang untuk mempelajari sesuatu bahasa dan mengenali sejarah sesuatu bangsa. Perlukan minat dan kecintaan yang mendalam.”


10.Cinta yang paling teratas adalah cinta kepada Allah swt. Nabi saw sanggup bangun malam berkiamullail kerana cintakan Allah swt sedangkan beliau dah terjamin disyurga. Mengucap shahadah, baca Al Fatihah dan ayat Kursi sebelum tidur.Jangan gunakan perkataan KALAU sebab Allah swt tak suka (bergantung pada ayat).Disebab belum ada sebarang ikatan... Awak suka saya tak? lebih sopan dari ...Do you love me? Jangan sesekali membuktikan cinta dengan menyerahkan diri. Tak perlu nak tunjuk 'aset' untuk memikat lelaki. Lelaki akan lebih terpikat pada yang tertutup.

11.Mengingatkan tetamu kalau menghadirkan diri ke masjid pakaian biarlah menutup aurat...ini bermakna bukan setakat bertudung tapi pakaian tidak jarang dan sendat.

12.Kasut dijadikan hantaran, kemudian diletakkan sebaris dengan Al Quran, sejadah dan telekung. Adakah tidak memberi hantaran akan menampakkan kurang kasih sayang? Kasih sayang bukan untuk ditunjuk atau dipamer.Kasih sayang bukan diukur dengan harga, jenama, buatan atau rekaan.

13.Kuda yang terbaik ialah baka kuda arab jenis pure breed, kalau yang asli ada tanda seolah2 cap ibu jari Rasulullah saw dilehernya.


Buat peminat-peminat Hilman Yong & Puteri Intan Zulaikha.....jika novel ini di adaptasikan pula ke Drama@Filem, sure boleh box office dari 'Ombak Rindu' kan? Agak2 korang la kan? siapakah hero yg layak untuk memegang watak Hilman Yong? Heroin utk watak Intan? Dah tentulah saya memilih Aaron Aziz & Izara Aishah (pelakon baru). mukanya memang sesuai sangat dgn watak si Intan ini....ermmmm!! sapa pengarah yg berani nk buat story ni ek???

3 comments:

Zie said...

mak oii hensem nyer hilman yong ni..tapi sapa? he he sorrylah x mengikuti novel la.. (hubby cemburu sebab bercinta dgn novel-nevel cinta ni hik hik)... Anyway thanks for sharing.. Tulis banyak-banyak lagi..tgk blog tapa..tak hayal kata si suami... :p

MaZnie said...

hahaha....jatuh cinta dgn novel tanpa orangnya xpe lg k.zie....memang ensam mamat ni. Ini si Daniel Henny pelakon korea. diorg imagine buat watak hero dlm novel ASST ni je. best novel ni...cuba baca dlm blog novelis ni http://melurjelita.com.

Anonymous said...

Dennis joseph..