Friday, October 28, 2011

Sofiyya vs Cinta Ellysa

Happy Friday!!

Lately ni saya terlebey melayan cerita melayu! Best jugak dari melayan cerita2 hantu seram tuh...merosakkan minda anak2 kita je.Saya sendiri x suka tgk cerita2 seram kat TV tu...bukan penakut, tapi ermmmm?? Terlampau banyak sgt citer seram ni...menci! tak shuker!! tak shuker!!



Sekarang ni saya tgh syiok melayan slot Akasia TV3 Drama Soffiya setiap Hari Isnin sampai Khamis pukul 7.00pm. Pelakon2 hebat seperti Tiz Zakiyah & Azhar Sulaiman. Memang superb la beb! sapa yg layan citer tu tau ler ke'best'sannya camne!! Ha, satu lagi Drama 'Cinta Elysa' setiap hari Selasa kol 9.00 mlm tu I polo gak...walau pon pelakonnya Si Fasha Sandha tu x masuk list peberet saya tp jalan citer mmg best! Class ko Senah!!

Sinopsis : Soffiya (Slot Akasia - TV3)




 Ikuti kisah Soffiya, seorang gadis lincah dan periang yang tinggal di sebuah kampung bersama bapanya, Sulaiman seorang doktor dan ibunya, Aishah, yang sering menghadapi masalah kesihatan. Selepas satu kejadian hitam, rutin kehidupan Soffiya mula berubah termasuklah sikapnya yang lebih suka menyendiri dan sering kelihatan murung.
 Nasib buruk terus mengikuti dirinya ke mana sahaja dia pergi hinggalah dirinya meringkuk di penjara. Baru mula mengenal erti cinta, namun, dia terpaksa merelakan pemergian kekasihnya ke luar negeri. Setelah berkahwin dengan seorang jutawan yang penyayang, ketabahannya diuji sekali lagi apabila cinta pertamanya merupakan anak tirinya sendiri. Bagaimanakah dia mengharungi konflik demi konflik yang melanda dirinya?




Sinopsis Cinta Elysa:




Cinta Elysa mengisahkan dilema yang dialami oleh Aril lakonan (Botak Juvana) yang terpaksa menjalankan tanggungjawab menjaga ibu saudara dan sepupu-sepupunya yang membenci dan memusuhinya. Watak ibu saudara yang benci sangat kat Aril dipegang oleh Zila Bakarin dan sepupunya yang perempuan nama Elysa ( lakonan Fasha Sandha).


Jasman membawa pulang Aril ke rumah kerana Aril ni anak yatim piatu yg membesar tanpa kasih sayang. Selepas disisihkan dari keluraga, dia tinggal dengan Jasman.
Jasman telah menempatkan Aril dan Elysa di satu kolej supaya Aril dapat menjaga keselamatan anaknya di kolej tu dari diganggu lelaki lain..(jd bodyguard le ni).
Jasman (lakonan Jalaluddin Hassan )bapa saudara kpd Aril ni mahu Aril menjaga dan memastikan keselamatan anak anak nya sebelum dia meninggal dunia, dia dah pesan kepada Aril supaya menjaga anak anaknya hingga mereka tamat pengajian. Aril ni seorang yang samseng dan dia dianggap pemuda bermasalah dan dibenci oleh Yasmin (Zila Bakarin) ibu saudara dan sepupunya.
Jadi dalam keadaan dia dibenci dia terpaksa menjalankan tanggungjawab besar tu walaupun terpaksa berdepan dengan ibu saudaranya yg jadi penghalang.
Walaupun Aril ni nampak jahat dan liar tetapi dia dalam diam menaruh hati dan mencintai sepupunya Elysa…(hehehe dalam hati ada taman gitu..seronok kan melihat Botak bercinta pulak kali ni ). Oleh sebab cinta yg kuat kepada Elisa lah Aril masih duduk di rumah tu walaupun dibenci oleh mak saudaranya hari -- hari.
Elysa gugup apabila berdepan dengan Aril bila mendapat tahu cerita buruk mengenai Aril. Mulanya dia tak suka kat Aril, almaklumlah , Aril ni samseng..lagi mau tanya!? ( skrip Johan dalam Cinta Elysa) namun begitu lama kelamaan dia melihat Aril ni baik dan selalu melindungi dia dari diganggu oleh lelaki lain maka berputik la sayang dia kat Aril..
Kisah menjadi panjang lagi, apabila ibu saudaranya menghalau Aril keluar dari rumah, dan waktu itu, Aril nekad membawa bersama Elysa. Aril menjalani kehidupan samseng untuk menyara diri dan Elysa. Elysa tak suka Aril hidup mencari rezeki cara tak elok. Elysa nak Aril cari kerja yang halal dan menjalani kehidupan yang baik. ( Botak botak…ni mesti tak insaf ni buat kerja samseng, kena masuk sekolah budak nakal lagi le ni heheh) . Demi cintakan Elysa, Aril cuba berubah dan mencari rezeki yang halal dan dia menerima segala nasihat dan teguran Elysa.
Aril dan Elysa lari tinggal di sebuah kampung menyamar sebagai suami isteri dan mencari orang yang dapat mengubati kaki Elysa yang cedera. Akhirnya orang yang mengubat kaki Elysa, sedar yang Aril dan Elysa bukan suami isteri, akhirnya mereka disuruh berkahwin.
Aril berjanji akan menceraikan Elysa selepas kaki Elysa sembuh. Kekasih Yasmin, Rashid pula sibuk menjejaki Elysa untuk mengetahui kandungan wasiat Jasman. Apakah yang akan berlaku selepas ini?

Antara Drama Soffiya vs Cinta Elysa ni ........yg manakah paling best?? sila angkat kaki....wakakakaka!!








 






2 comments:

KhaiRin said...

sbnr nyer 2x sy x layan..just amik tau je hehehe

MaZnie said...

Ada byk masa t'luang Khairin....sbb tu leh layan drama tu! hehehe