Monday, April 25, 2016

Journey to Istanbul - Madinah - Mekah 

#drama2

Seterusnya kami di bawa ke 

 #greatmosque
Masjid ini dibina atas arahan Sultan Bayezid I pada tahun 1396- 1399. Senibinanya merupakan senibina awal Kerajaan Bani Uthmaniyyah tetapi lebih mengikut style senibina Turki Seljuk. Mengikut sejarah, Sultan Bayezid telah berjanji akan membina 20 masjid jika mereka menang dalam peperangan. Mereka menang dalam peperangan itu tetapi peruntukan untuk membina 20 masjid tidak mencukupi,oleh itu sultan mengarahkan membina 20 kubah dan 2 menara di Ulu Camii.





Melihat keindahan seni bina masjid tersebut dibahagian dalam, mihrab, mimbar, ruang solatnya luas. Di tengah-tengah dewan solat terdapat pancuran tempat wuduk (gambar kecil atas kanan). Menurut cerita daripada P.Cik Tour Guide kami tu, semasa Sultan Bayezid mengambil tanah untuk membina masjid, tanah ditengah-tengah kawasan untuk membina masjid adalah kepunyaan seorang ibu tua, dan dia tidak membenarkan tanahnya diambil oleh Sultan untuk dijadikan Masjid. Sultan telah rasa bersalah lalu membina pancuran tempat wuduk diatas tanah ibu tua tersebut.Wallaualam!! macam2 versi ada rasanya...






bersebelahan Great Mosque ni ada sebuah Bazaar. 



#greentomb
Seterusnya kami ke Green Tomb. Yesil Turbe” (Green Mausoleum = Makam Hijau), merupakan binaan sebuah kubah berbentuk segi lapan yang diliputi dengan jubin berwarna hijau telah dibina dalam tahun 1421. Dalam tahun 1860 replika makam sultan Mehmut I (Sultan ke lima Kerajaan Uthmaniyyah) serta 7 ahli keluarganya termasuk anak-anaknya telah dibina didalam kubah ini (gambar atas kanan) , selepas makam yang asal musnah semasa gempa bumi tahun 1855.





sempat lagi bergambar dengan minah2 cun Turki ni!! 

sempat singgah di Silk Bazaar.

#greenmosque
Sebelum kami Check in Hotel pd malam tu...kami pergi ke Masjid Hijau 'Green Mosque'. Yeşil Camii atau Green Mosque=Masjid Hijau juga dikenali sebagai Masjid Sultan Mehmet I, dibina antara tahun 1419~1421, rekabentuknya telah dihasilkan oleh seorang akitek bernama Ivaz Pasha. Masjid ini mengalami kerosakan yang teruk semasa gempa bumi 1855, dan telah diperbaiki oleh akitek Leon Parvilee. Dinamakan Masjid Hijau kerana bahagian dalaman masjid tersebut dikemasi dengan jubin berwarna hijau. Governor Bursa pada ketika itu iaitu Ahmet Vefik Pasha, tidak mempunyai keewangan serta pekerja mahir yang mencukupi untuk membaik-pulih keseluruhan masjid tersebut saperti binaan yang asal. 



ok...sekian utk hari k2 cerita di Bursa, Istanbul!! 

Thursday, December 31, 2015

Journey to Istanbul-Madinah-Mekah

Tetamu Allah
#Drama1

As salam semua..

Tetiba je nk update blog! tapi nk share jugak pengalaman menjadi Tetamu Allah.
Buat kenangan terindah seumur hidup!!
Alhamdulillah....diusia muda & sihat, kami antara Insan yg terpilih dapat menjejaki kaki di Rumah Allah!


Dugaan besar tahun 2014, bila Pakej Umrah under Agensi di Taiping,Perak yg berkaloberasi dgn pihak Koperasi tempat kami bekerja ada spoil sket. sehingga kini, kes serta duit umrah para jemaah masih lagi sangkut.....kami Redho!

Sebelum kami memilih Agensi ini,  saya terlebih dahulu membuat perbandingan 5 Agensi terbaik di Malaysia yang mengendalikan pakej Umrah + Ziarah ; Rayhar - GemilangTravel - TabungHaji - FeldaTravel - Andalusia. Akhirnya, pilihan Pakej terbaik pada kami ialah Andalusia. Pakej yg kami ambil ialah Umrah + Ziarah ke Turki (Istanbul & Bursa) utk Jenis bilik ber 2 ialah RM8+++ per person. Date pilihan kami setelah disemak melalui online ialah pd 24/12/2015 ~ 07/01/2016. (huhuhu...masalah juga buat kami memandangkn anak2 akan memasuki awal persekolahan).

Pada 30 Oct 2015, kami direct ke cawangan Andalusia Sec.7, Shah Alam.
Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan kami...kebetulan ada 2 tempat kosong pada 2 Dec 2015.Dalam masa 4 hari kami perlu menyediakan segala document berkaitan as soon as possible beb!Alhamdulillah....kami dpt selesaikan termasuk full payment utk pakej tersebut! MasyaAllah!! sangat2 dipermudahkan...
lain2 persiapan seperti kain Ihram, kami dh ready dr last year lagi!


Antara ahli keluarga yg menghantar kami di Airport, KLIA


~KUALA LUMPUR to ISTANBUL~

02 Dec 2015, Maka hari yg dinanti kunjung jua...
Alhamdulillah....dalam hati kami tiada langsung sekelumit rasa perasaan berdebar!
malah....sangat2 Teruja!! Teruja & Teruja!!
Flight kami ialah Turkish Air & penerbangan pd pkl 11.30mlm.


Welcome to Turkish Air!!

before take off


                                                                  menu Turkish Air

Alhamdulillah....kami selamat mendarat di Lapangan Terbang Ataturk Istanbul, Turki (IST) setelah 11jam perjalanan. Waktu di Istanbul ketika itu pkl 5pagi (pkl 11.00pagi waktu M'sia) dan cuaca pulak bawah 10celcius. Setelah selesai urusan pengambilan beg, serta solat Subuh, kami diberi penerangan oleh Tour Guide di Turki ialah Mr.Mustafa Al Kurdu...(xde plak pic si mamat Tapa ni)



keindahan di bumi Turki


~ISTANBUL to BURSA~

Seterusnya...kami semua dibawa menaiki Bas yg disediakan oleh pihak Agensi dari Istanbul ke Bursa dan menaiki ferri melalui Laut Marmara yang mengambil masa lebih kurang 40minit. Sebelum naik ferri tu...ada penjual2 yg menjual Roti. Roti tersebut di panggil 'Simmit'. Keras boleh tahan jugak la nk menguyahnya...akhirnya menjadi makanan burung2 camar yang banyak berterbangan di sekitar laut Marmara tu! Rezeki deme!! hihi


  
Terminal Ferri menuju ke Bursa

                                      
yg tengah2 tu Mutawiff kami...Ust. Khalid! sempoi abiss!!


atas Feri menuju ke Bursa

Simmit!!

En.usben bg burung camar makan simit

awok ngetor sampai tulung sum-sum ni ngasenya.
tapi steady je bila b'gambor kan? 


Sampai je di Bursa kami terus dibawa utk lunch di #KofteciYusuf. Sebelum tu kami dibawa singgah ke sebuah cafe (ater...udah lupa nama cafe tu! cuaca sejuk lambat noo sel2 otak nk berhubung) utk merasai kenikmatan Sup di Turki. Bak kata Si Mutaffa Tour Guide kami tu laa....the best sup in Turkey! Rasanya?? Boleh la....boleh laaa telan! hihi. 

Lunch di Kofteci Yusuf!!

before lunch...meh bergambor dulu ngan kawan2 baru! 

Alhamdulillah...udah kenyang! 

Alhamdulillah...setelah selesai lunch haritu kami terus dibawa ke #greatmosque !!!

to be continue... 

Wednesday, September 3, 2014

Tangkuban Perahu

Next destination is Tangkuban Perahu. 2nd visit for me n pes time utk en.somi...
Malas la nk citer detail pasal Tangkuban Perahu ni...so, ouls minta tolong en.google je la ye kalau nk tau detail pasal Tangkuban Perahu ni. Yang pasti asalnya mmg salah satu kawah gunung berapi yg aktif lg...tp xde la kot smpi meletop! kekeke



Thursday, May 8, 2014

Pasar Baru,Toko 3, FOS n Stone Cafe!!

2nd day @ Bandung, plan for shooping. Tak byk pic coz mmg excited for shooping je! so pagi tu tempat shooping yg di terjah is Pasar Baru n Toko 3. Wah...kali ni en.somi lak soping jeans terlebey noks! After lunch di Kedai Belacan Indonesian Cuisine,  kami g terjah semua FOS @ Jalan Dago je.





Last FOS yg diterjah is Rumah Mode before diner malam tu kami dibawa supir ke Stone Cafe! Wow...tempat ni sangat2 cantik n view malamnya boleh lihat 1 Bandung bercahaya! siap ada live band uoals!! n yg penting sangat2 Romantik tempat ni..i jatuh chenta u oals:-) 






Ok...abis utk episod ini! 

The Victoria Luxurious Guest, Bandung Osem!!!!

As salam uoalss..

Last month percutian saya ke Bandung lg. Kali ni konsep berdua je ngan en.somi..cewah!! Sekali sekala kena gak spend time berdua ngan somi kita ni...barulah OSEM!! Muhahaha....


Ok, kali ni kami stay @ The Victoria Luxurious Guest House. Thru Booking.com je pon...sgt2 murah utk 3d 2 night tu. Around RM200 + breakfast lg. Hotel ni memamg kelesss uoals. Decoration, design hotel ni memang lain dr yg lain. Cantik n clean!!














Pagi tu breakfast di lodge area hotel tu...not bad:-) 



Ok...abis cite pasal The Victoria Luxurious Guest House.