Thursday, November 4, 2010

KaKi NOVEL

Saya pengemar @ dikenali sebagai ulat Novel a.k.a buku cerita.Semestinya NOVEL yang saya baca ialah Novel Melayu...saya kan orang Melayu:) Dari saya sekolah Menengah,bekerja sehinggalah saya dah berumah tangga ni minat saya kepada membaca Novel tak pernah hilang.Rasanya dah beratus-ratus NOVEL yang saya dah baca.Setiap kali ada jualan murah utk Novel/Buku cerita saya akan membelinya....Sampaikan En.usband saya sendiri dh x tahu nk cakap apa, bila setiap kali saya bawa balik 1 novel baru ke rumah utk membacanya.Kepada my usband, terima kasih Sayang:) Dia memang seorang yg memahami dari kami berkawan hinggalah sekarang ni.hehehe...kisah waktu kami berkawan & bertunang dulu pon saya paksa En.Usband saya baca Novel.Waktu tu dia ikut la terjebak...tapi sekarang bila saya hulur je Novel dia akan geleng kepala.Xde masa katanya...karang kalau abang baca jugak, siapa yg nk layan anak2...hehehe.


Tapi sebelum tu saya akan pastikan segala keperluan makan minum usband,anak2 perlu dibereskan dulu.Termasuklah keperluan rumah...ha,lepas selesai segalanya, saya akan memulakan operasi membaca novel hinggalah mata saya mampu bertahan.paling kurang pon saya akan baca novel sampai jam 2-3 pagi.Sanggup saya semata2 utk mentelaah Novel2 yg saya beli tu...hehe.


Tapi, jgn ingat saya hanya membaca Novel2 sahaja.Kita kenalah juga tanamkan minat membaca ni tak kiralah apa jua bahan bacaan sekalipon...Paling penting kena baca AL-Quran.Walau 1 hari sehelai muka surat pon jadilah.Hadis sendiri ada menyebut 'bacalah walau dgn 1 ayat pon':)


Macam2 bentuk bahan bacaan yg ada kat rumah saya tu; Majalah Harmoni (setiap bulan), Novel-Novel Melayu Alaf 21, Buku2 Soal Jawap Agama dan buku2 cerita anak2 saya.Pernah saya terdetik a.k.a berangan je lebey sebenarnya nk jadi seorang penulis NOVEL CINTA yg berjaya...hehehe.Dapat royalti sket dr hasil titil peluh yg kita karang tu...


Sebenarnya saya nk berkongsi antara Novel2 yang pernah saya baca.Saya pon dh buat listing senarai tajuk Novel yg pernah saya baca beserta dgn Sinopsisnya...bukan apa, Tajuk Novel hampir sama.Takut jalan cerita tak ingat pulak....so, ini adalah antara koleksi Novel yg saya pernah baca...


Tajuk : Kenangan Terindah
Pengarang : Hezzy Azra
Penerbit : Alaf 21
ISBN : 978-983-124-395-4
Muka Surat : 528 Halaman
Status Stok : ADA
SANGGUP berkorban tanda cinta, tetapi Marisa tidak rela mempersiakan usia muda untuk berkahwin dengan Ridzwan. Apatah lagi selepas itu terpaksa berpisah kerana Ridzwan ingin melanjutkan pelajaran di luar negara.
Bukan bermakna cintanya tiada harga. Dia tahu, Ridzwan keliru dalam mengukur sejauh mana cintanya. Mustahil Ridzwan tergamak membiarkan diri berpaut pada yang lain, menabur duri pada cintanya. Namun, hati lelaki sememangnya sukar dijaga. Kesetiaannya pedih dicalar luka.
Kemudian, dugaan membadai lagi. Ayah tercinta pula pergi buat selamanya. Tanggungjawab pada keluarga dan syarikat digalas di usia muda. Kesabarannya berbalas, TUHAN hadirkan seorang insan untuk menghapuskan air mata, merawat lukanya dan berada di sisi... ketika suka atau duka.
Masa berlalu... Ridzwan kembali menagih cinta. Hati Marisa tidak pernah keliru, cintanya terhadap si dia semakin menebal. Namun, dirahsiakan nama si dia daripada pengetahuan Ridzwan, tidak mahu lelaki itu tersalah anggap.




Tajuk : Camar Yang Pergi
Pengarang : Iris Ixora
Penerbit : Alaf 21 Sdn Bhd
ISBN : 978-983-124-374-9
Mukasurat : 500 Halaman
Status Stok : ADA

DILARA seorang gadis miskin yang tidak habis sekolah, sering berkhayal untuk berdampingan dengan pemuda yang kaya-raya. Namun, bila difi kirkan, mana mungkin dia dapat duduk setaraf dengan golongan elit? Apatah lagi berkahwin dengan jejaka idaman kalbu yang digilai oleh ramai gadis.
Khayalannya hampir menjadi realiti bila dia menjadi tukang cuci di rumah orang kaya bagi menggantikan ibunya yang sakit. Dalam diam, dia dapat mendampingi Orhan, anak majikannya dan sering berkhayal mereka bersama. Bila tidak memandang wajah lelaki itu, dia diamuk resah dan rindu yang membara.
Namun, apakan daya, Orhan sah menjadi milik Nesye. Akhirnya, Dilara membuang khayalannya dan dia terpaksa menanggung kesedihan seorang diri. Bagi Orhan pula, perkahwinannya dengan Nesye dianggap satu kesilapan kerana dia benar-benar belum bersedia. Dalam diam, dia terpaut pada Dilara kerana sejak pertama kali mata mereka bertemu, dia sebenarnya sudah jatuh hati.
Bahtera perkahwinan Orhan dan Nesye tidak bertahan lama. Akhirnya, perceraian pun berlaku. Takdir memekarkan kembali hubungan Orhan dan Dilara. Namun, bersediakah Dilara menghidupkan kembali khayalan yang telah dibuangnya itu?

Untuk pengetahuan, saya berkawan dgn Pengarang Novel 'Camar Yang Pergi' iaitu K.Iris Ixora yang sekarang ni menetap di Turki.Saya berjumpa dgn beliau semasa Jualan Alaf 21 di Sec.16 Shah Alam.Waktu tu saya sendiri tidak tahu yang Penulis Camar yang Pergi ni ada datang. Dari situ kami berhubung melalui email.Saya juga tengah menantikan keluaran Novel k-3 dari K.Iris...errrmmm.