Tuesday, November 29, 2011

NEGARA PALING SELAMAT

Congrats..Malaysia still in the list!


 GPI atau Global Peace Index 2011 mengumumkan bahawa Malaysia tersenarai diantara negara paling selamat di dunia. Tak tau la pulak selamat tu dari segi keselamatan atau kewangan atau bencana. Tapi ianya tetap merupakan berita baik untuk rakyat Malaysia yang cintakan keamanan kerana kajian Global Peace Index (GPI) 2011 mendapati Malaysia adalah negara ke-19 paling selamat daripada 153 negara di seluruh dunia. Ini membolehkan negara kita Malaysia tersenarai dalam ranking dunia yang diiktiraf.

Malaysia juga diletakkan sebagai negara paling aman di Asia Tenggara dan keempat di Asia Pasifik selepas New Zealand, Jepun dan Australia. Ini adalah julung kalinya Malaysia diberi ranking setinggi itu sejak 2007 dan negara ini adalah antara enam negara bukan Eropah yang menduduki 20 tempat teratas dalam senarai berkenaan, di samping Iceland, New Zealand, Jepun, Qatar dan Australia.
Penemuan edisi kelima kaji selidik oleh Institute for Economics and Peace yang berpejabat di Sydney itu diumumkan pada hujung Mei. Pada 2007, Malaysia menduduki tangga ke-37 dan jatuh ke tangga ke-38 pada 2008, sebelum memperbaiki kedudukannya daripada tempat ke-26 pada 2009 kepada tempat ke-22 pada 2010 dan tempat ke-19 pada 2011.
Indeks berkenaan mengandungi 23 petunjuk kualitatif dan kuantitatif oleh sumber yang dihormati, yang menggabungkan faktor dalaman dan luaran — daripada perbelanjaan ketenteraan di peringkat nasional hinggalah kepada hubungan sesebuah negara dengan jirannya serta tahap pematuhan hak asasi manusia.




Friday, November 25, 2011

Selamat Tahun Baru 1433H



Bacaan Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun Hijrah


Menjelang petang sebelum berakhirnya waktu Asar, Sabtu 26hb November 2011, menandakan tahun Hijrah 1432 akan melabuhkan tirainya. Dengan itu Sabtu ini tahun baru Hijrah 1433 akan muncul selepas waktu maghrib. Di sini dikongsikan Doa Akhir tahun dan Doa Awal Tahun Hijrah untuk dibaca pada petang (Sabtu, 26 November 2011). Semoga semua amalan yang kita lakukan diterima dan semua dosa-dosa diampunkan oleh-Nya.


Semoga kita menjadi insan lebih mulia, lebih bertakwa dan berhijrah menjadi lebih baik dari sebelum ini.


Amin…


Marilah kita sama-sama membaca doa Akhir Tahun Hijrah 1432 pada penghujung waktu Asar, kemudian disusuli dengan membaca doa Awal Tahun Hijrah 1433 selepas waktu maghrib. Doa-doa tersebut adalah seperti berikut:




Doa Akhir Tahun.
Dibaca pada penghujung waktu Asar, sebelum masuk waktu Maghrib.

Doa Akhir Tahun Hijrah 1432

Doa Awal Tahun.

                                               Dibaca sebanyak selepas azan solat Maghrib.
Doa Awal Tahun 1433




Monday, November 21, 2011

Harimau vs Garuda

As salam & selamat pagi Senen semuanya:-)

Auuuuuuuuuummmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm.......hari ni saya penuh bersemangat dgn laungan harimau betina sbb skuad bola sepak Malaysia Bawah 23 tahun telah berjaya melangkah ke FINAL utk mempertahankan pingat EMAS sukan SEA yg dimenangi 2 tahun lepas di LAOS. Pertemuan pada malam ini menetang musuh tradisi yg tidak bertamadun iaitu Indonesia. Ayuh....malam ni beramai2 kita menyokong team pasukan Negara kita!! Semoga EMAS Sea games kali ini masih kekal utk pasukan Bola Sepak kita!! caiyokk......caiyokkk!!!!


Harimau vs Garuda
NotaKaki: Org Indon!!!Pleaseeeeeeeeeeee..... tolong respect lagu kebangsaan negara orang lain! sebab korang nampak sgt macam tak bertamadunnya!!

Thursday, November 17, 2011

Pemilik Nama MaZni



Antara hasil Novel nukilan MAZNI AZNITA.......

Wahhhh...tentu sekarang ni org yg bernama Mazni tgh glammer gitu!! alaaa lately ni kan nama MAZNI betul2 melonjak! baik dlm drama, teater & orang2 tertentu!! syukerrrnya saya!! 

Apa ada pada 'MAZNI' ?  
MAZNI
M -Mesra
A - Amanah
Z - Zingy
N - Naif
I - Ihklas
Ni salah satu contoh gara2 nama penulis novel 'Mazni Aznita' ni terus melonjakkan nama saya di opis.Kebetulan seorang opis mate saya ni membaca Novel MazniAznita ni  & kebetulan juga seorang lagi opismate saya yg bernama Aznita.Semuanya secara KEBETULAN!! Sampai diorg ingatkan yg saya kini dah jadi seorang penulis Novel....Jangan tertipu ye semua! saya belum sampai ke tahap utk menjadi seorang PENULIS NOVEL. Nak update blog ni pon merangkak2 lagi....

Tak sangka juga yg Penulis Novel MAZNI AZNITA ni dah byk menerbitkan novel. Saya sebagai seorang KAKI NOVEL ni juga belum pernah terserempak dgn Novel Penulis Mazni Aznita ni! ermmm....pasni nk terjah cari segala novel MazniAznita@Anita Aruszi  utk dibaca!!




Jom ke Beijing!!



Hanya RM288-5D4N-Best-of-Beijing-Scenery-4N-3Star-Hotel-Return-Airport-Transfers-3Full-Day-Beijing-Tour ? Biar BETIK?? saya pon x percaya sebenarnya...tapi setelah diselidik RM288 tu hanya bayaran utk aktiviti di sana sahaja. Tidak termasuk pakej ticket pergi/ balik, hanya dibawa ke tempat2 yg telah dipilih oleh Package tour ni sahaja.Tidak termasuk juga tempat2 menarik utk shopping di Beijing tu! harap maklum!!


Pada mereka2 yg merancang nk bercuti ke Beijing sewaktu musin cuti sekolah yg akan bermula minggu depan....ha,bolehlah visit this http://www.mydeal.com.my/deals/kuala-lumpur/RM288-5D4N-Best-of-Beijing-Scenery-4N-3Star-Hotel-Return-Airport-Transfers-3Full-Day-Beijing-Tour ni. Saya pon menyimpan hasrat utk sampai ke Beijing satu hari nanti....ntah bila le tu gamaknya! Yg pasti kalo naik tongkang memang sampe....muhahahaha!!


Wednesday, November 16, 2011

Teater Badai Semalam

  

Teater Badai Semalam ni akan bersiar pada 11-20 November 2011 di Istana Budaya, Kuala Lumpur. Teater yang diilhamkan dari novel karya Khadijah Hashim terbitan sekitar 1970-an. Novel ini pernah menjadi rujukan sastera sekolah-sekolah di Malaysia. Gara-gara watak utamanya 'Mazni' lakonan Erra Fazira membuatkan saya yg bernama Mazni juga teruja utk menonton teater ni. Agak2 dapat ke tiket? huhuhu.....

Pelakon: Erra Fazira
              Aaron Aziz
              Fizz Fairuz

Tenaga Produksi:
Pengarah: Khairunazwan Rodzi
Penulis Skrip: Rahimidin Zahari
Pengarah Artistik: Irwan Ismadi Shahrim

Sinopsis:-


Mazni anak seorang pembantu rumah membesar bersama ibunya yang tua dan uzur di sebuah banglo milik Encik Haris dan Puan Rohana. Mazni membesar di dalam rumah tersebut dengan penuh kesederhanaan kerana menyedari diri dan ibunya hanya menumpang berteduh di situ.

Walaupun majikan ibunya amat berbesar hati membenarkan mereka tinggal disitu, tetapi pandangan jiran tetangga amat buruk dan negatif terhadap mereka. Mereka berasa irihati dan cemburu dengan kecantikan dan kebijaksanaan Mazni apatah lagi apabila Karim, anak Encik Haris dan Puan Rohana mula jatuh hati kepada gadis tersebut. Pada mulanya Mazni hanya menganggap Karim sebagai abangnya sahaja.

Dari perasaan kasih jatuh kepada cinta. Karim berjaya menambat hati Mazni untuk bercinta dengannya. Walaupun Mazni tahu latar belakang Karim yang suka berfoya-foya dan tidak mempunyai komitmen dalam menjalinkan hubungan, telah mula berubah laku selepas di timpa musibah kemalangan yang berjaya menginsafkan dirinya. Layanan mesra oleh Mazni membuatkan Karim beria ingin memperisterikan Mazni. Walau banyak tentangan dan fitnah yang dilemparkan, tetapi Karim nekad memperisterikan Mazni. Puan Rohana, ibu Karim tidak bersetuju jika anaknya ingin menyunting Mazni, anak bekas orang gaji mereka. Malu kerana orang luar mula memperkatakan maruah keluarga nanti.

Mazni sedar akan dirinya itu yang tidak mempunyai apa-apa. Dia nekad untuk berkahwin dengan Karim lantaran kasihnya mula bersemi pada lelaki itu. Walaupun Mazni diminati oleh Zaki, tetapi hatinya terlebih dahulu diserahkan kepada Karim. Ibu Mazni amat kecewa apabila mendengar tohmahan dan fitnah tentang Mazni yang berkelakuan tidak senonoh itu. Di saat Mazni memerlukan sokongan, ibunya meninggal dunia. Tinggallah Mazni berdua dengan Karim sebagai suami isteri.


Mazni anak seorang pembantu rumah membesar bersama ibunya yang tua dan uzur di sebuah banglo milik Encik Haris dan Puan Rohana. Mazni membesar di dalam rumah tersebut dengan penuh kesederhanaan kerana menyedari diri dan ibunya hanya menumpang berteduh di situ.

Walaupun majikan ibunya amat berbesar hati membenarkan mereka tinggal disitu, tetapi pandangan jiran tetangga amat buruk dan negatif terhadap mereka. Mereka berasa irihati dan cemburu dengan kecantikan dan kebijaksanaan Mazni apatah lagi apabila Karim, anak Encik Haris dan Puan Rohana mula jatuh hati kepada gadis tersebut. Pada mulanya Mazni hanya menganggap Karim sebagai abangnya sahaja.

Dari perasaan kasih jatuh kepada cinta. Karim berjaya menambat hati Mazni untuk bercinta dengannya. Walaupun Mazni tahu latar belakang Karim yang suka berfoya-foya dan tidak mempunyai komitmen dalam menjalinkan hubungan, telah mula berubah laku selepas di timpa musibah kemalangan yang berjaya menginsafkan dirinya. Layanan mesra oleh Mazni membuatkan Karim beria ingin memperisterikan Mazni. Walau banyak tentangan dan fitnah yang dilemparkan, tetapi Karim nekad memperisterikan Mazni. Puan Rohana, ibu Karim tidak bersetuju jika anaknya ingin menyunting Mazni, anak bekas orang gaji mereka. Malu kerana orang luar mula memperkatakan maruah keluarga nanti.

Mazni sedar akan dirinya itu yang tidak mempunyai apa-apa. Dia nekad untuk berkahwin dengan Karim lantaran kasihnya mula bersemi pada lelaki itu. Walaupun Mazni diminati oleh Zaki, tetapi hatinya terlebih dahulu diserahkan kepada Karim. Ibu Mazni amat kecewa apabila mendengar tohmahan dan fitnah tentang Mazni yang berkelakuan tidak senonoh itu. Di saat Mazni memerlukan sokongan, ibunya meninggal dunia. Tinggallah Mazni berdua dengan Karim sebagai suami isteri.

Dalam pada masa yang sama Mazni menyambung pelajaran di sebelah malam. Hari berganti hari, terlalu banyak dugaan yang mendatang. Mazni terpaksa membahagikan masa dengan pelajarannya. Sedikit sebanyak, Mazni terpaksa mengenepikan kehendak Karim. Mazni berasa kecewa dengan sikap Karim yang mula berubah laku selepas mendirikan rumahtangga. Karim kembali dengan perangai lamanya yang suka berfoya-foya kerana merasakan Mazni telah mengabaikannya dan sibuk dengan buku-bukunya.

Apakah kesudahan hidup Mazni? Berjayakah Mazni mencapai cita-citanya? Zaki yang tidak pernah jemu-jemu menagih kasih pada Mazni masih belum berputus harap. Siapakah yang setia di sisinya?

Tiket-tiket berharga dari RM30 hingga RM300 untuk menyaksikan Badai Semalam, kini sudah pun mula dijual. Potongan harga sebanyak 20 peratus diberikan kepada golongan kurang upaya, warga emas dan pelajar.

 Bagi mereka yang mahu mendapatkan tiket teater yang turut dibintangi Emelda Rosmila dan Iqbal Taufik itu, bolehlah mendapatkannya dengan melayari laman web, www.ticket2u.biz atau hubungi talian 03-4147 8600.












Sunday, November 13, 2011

SUPER MAK!!

Kerja2 SUPERMAK dirumah tak pernah surut kan? bagi saya yg x menggunakan khidmat maid ni perlulah membuat sendiri kerja rumah ni.Bila tibanya wiken...kerja mengemas rumah dari pagi hingga ke petang tak berenti2 dibuatnya...hadoii! Dah tak perlu nak exercise keluarkan peluh...peluh memercik keluar dgn hasil bantuan mengemop lantai,turun naik tangga berulang2 kali serta meng'iron' baju yg berlambak2 itu!! Boleh dpt musle Iron man pasni....hehehe.

Bayangkan ye tuan/puan semua...bukan mudah kerja2 rumah yg perlu diuruskan orang perempuan ni.Dalam satu masa orang perempuan seperti saya ni boleh buat kerja 4 in 1. Sambil memasak, boleh lagi membasuh kain, sementara lauk masak didapur tu leh lagi mengemop lantai, basuh pinggan, buleh lagi lari p buang sampah, buleh lagi jeling2 TV....Kehkehkehkehkeh!! Orang laki leh buat tak kerja2 umah cam orang pompuan ni?? Rasanya kalo org laki ni dia akan buat 1 kerja je....kalo minta tolong buang sampah, buang sampah jelah jawapnya! tak sehebat org pompuan ni kan?? Sapa setuju kasi hangguk itu kapla...hehehe!! Betapa hebatnya penangan kuasa seorang "Super Duper Mak" ni kan???

Senarai kerja2 umah org pompuan:- Basuh Kain, Jemur Kain,Lipat Kain...malam singkap kain opss 18sx!! Memasak,basuh pinggan, mop lantai, sapu lantai,mop tingkap pintu segala, iron baju sedozen,tanam bunga,siram pokok bunga.Jaga anak, buat susu anak, bagi makan & mandi anak (untuk yg ada anak kecik & baby). banyak tol kerja umah org pompuan ni ek!! rasa2 cam ada lg kot yg tak masuk list.

SEKIAN TERIMA KASIH....saje petang wiken ni merapu sket:-)

Friday, November 11, 2011

Kembang Tekak!!

Topik lepas geram:-) Kadang-kadang saya rasa nak marah pada peniaga yg ingin mencari rezeki dgn hasil meniaga makanan.ni. Apa yg saya perhatikan...peniaga2 ni tak pentingkan kebersihan diri.Bukan setakat rambut diorg je karat, muka,kuku kaki tangan semua habis berkarat! Selera untuk singgah membeli makanan terbantut! eiiiiiiiiiiiiiiii...yekk! tolong le pada peniaga2 semua, janganlah hanya nak cari keuntungan semata2.Kebersihan diri juga penting tau!! karang kalo tak laku...mulalah kata ada org dengki tabur garam bagai kan?? padahal...sendiri mau henggat!!

Kisahnya petang tadi ........lepas je balik dr kerja singgah le ke Pasar Malam area berdekatan umah saya tu. Sepanjang2 orang meniaga tu kita dpt lihat berbagai2 jenis makanan yg diorang ni meniaga. Masalahnya ada yg tak pandai menjaga penampilan diri. kebetulan pulak en.usben saya ternampak sorang mamat ni yg tgh menguli tepung utk buat kueh pau goreng bagai tu...Ya Rabbi katanya, naik kembang tekak bila tgk keadaan mamat sedang menguli tepung tu. Haa, korang paham2 jelah ye..maksudnya berlemoih (Loghat Kedah). 

Tapi saya lagi surrender kalo makan roti canai @ apa juga makanan kat kedai mamak. Tak boleh masuk beb!Bukan kembang tekak je...abis kembang kempis idung saya ni bila nak makan makanan kat kedai buatan mamak.Hanya 2 buah kedai mamak je kat area Shah Alam ni yg leh masuk tekak saya. Lain2 dah kena reject!! buekkkk....geli:-) Memang ada sejarah...masa baru kawen ada kawan usben nak belanja kat kedai mamak ni. So, Kitaorg pon g lah...area PJ kat FAM sana tu.Ntah apa nama kedai Mamak tu pon saya dh tak henggat! elok duduk je, bukan sorang 2 tau...tapi kat 5 orang dah keliling kita nk serve kan makanan. Sorang tukang letak daun pisang atas meja, sorang tukang bubuh nasi, sorang lagi tukang senduk kari, senduk lauk, tuang air...waktu tu je tetiba tekak saya rasa loya. Loya bukan dah pregnant....Loya tgk keadaan diorg waktu tu yg saya rasakan tetiba je berada di India!! Ayooo....ammmmaaaa, tak leh terima tekak saya. Nak tak nak kena la amik hati kawan usben yg belanja tu.Makan jugaklah sikit walau tekak saya ni memang dh tak leh telan. Saya perati keaadan sekeliling yg tak berubah sebijik ala2 restoran India...eiiii! geli...geli!! 

Sejak dari haritu, saya terus reject segala jenis kedai mamak! Lately ni je yg saya leh accept 2 restoran mamak tu...Ater, camne kalo nk g ober de sea?? Restoran mamak je yg banyak kat sana kan?huhu.........





Moral of d'story :- kenalah rajin masak. Jangan nk asik beli di luar sahaja Cik Puan Mazni oiii!!

Thursday, November 3, 2011

CiTa-CiTa

Cita-cita korang masa kecik dulu nak jadi apa? kalau kat sekolah dulu cikgu kan selalu tanya ''Murid-murid, apa cita-cita kamu bila dah dewasa nanti? wah...memasing dah ada jawapan kan! Ada yg nk jadi Cikgu, Polis, Askar,Misi (kecik2 x reti nk sebut Jururawat!) dan sebagainya. Sampai je turn saya..."Saya nak jadi Peguam Cikgu!". Clussssss ko punya cita-cita:-) konon petah le bercakap!!hikhikhik. Takde pulok jawapan dah besar nanti nak jadi kerani, kerja kilang,Drebar lori, Keja kedai 7 E dan  bla...bla...semua tu.hikhikhik!!  

 Tapi bila dah dewasa ni....Polis, Askar, Misi, Lawyer semua tu ntah kemana.Yg hado Lawyer buruk jek! Pengakhiranya hanyalah seorang PEON sahaja.(ni tadok kena mengena antara yg Hidup@Mati ye) Itu semua imiginasi sewaktu kita kanak2 la kan? Mungkin ada antara kita yg berjaya mencapai cita -cita apa yg disampaikan dulu. Tak mustahilkan??

                                                          

Nota buku lima: Tak suka pada sorang Lawyer ni yg menguruskan urusan Jual/Beli rumah kami pada tahun 2009 sehingga kini masih lagi tertangguh! Lawyer tak Amanah!! Itu hak kami... dushhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!! GERAMnyer!!!

Wednesday, November 2, 2011

XBoboipren

Topik hari ni ialah Xboboipren....saje nak imbas kenangan lama!!
Korang sure pernah ada x boiperen kan? Takkan le sorang je kan? mesti ada 2,3 X boboipren yg lain.Pernah tak korang citer ngan usben korang pasal X korang dulu? Apa...jawapanya 'nak mampus'? kehkehkehkeh...Sabor2!! Tak semua orang berani citer ngan usben masing2 pasal x boiperen lama kan? Tapi usben saya tau citer pasal X boiperen saya.....sbbnya??


Gini citernya, (lain2 XBoboipren tu kita abaikan....sbb x extreme sgt nk ngulas!! hehehe)


X boiperen saya ni dulu satu company jugak ngan saya (sehingga kini).jeng...jeng...jeng. ceteka!! cecari!!Perkenalan terjadi kat padang netball.Waktu tu umur saya baru nk masuk 21thn...Dah hari2 melompat kat padang netball tak sedar lak ada mamat yg usha (sila nk muntah).So, dari situ mulalah perkenalan kami...cewahh! Dlm masa yg sama saya dah mula nk berkawan baik ngan encik usben saya ni. 1st time date ngan X boiperen ni nak g makan kat area Bkt Jalil. HP lak waktu tu (Ericson) mana ada jenis yg automatic lock sendiri kan?
nilah model hp pertama yang saya guna....

Opkos le kita yg kena On Off suis HP tu. Waktu tu dlm keta...ntah camne before nk keluar dating tu saya & usben (kawan waktu tu) call & borak2 biasa la..lupa nk Offkan kut, sepanjang perjalanan ngan X boiperen tu, HP saya tu ter'On' & usben saya dengar segala percakapan kitaorg waktu tu. cehhhhh!!! yg saya tau usben saya dok ejek pastu 'awak, saya'. Maklumlah... hayat baru nk mencinta2 ni kan?? waktu saya berkawan ngan usben tu.. ber KAU & AKU je. X boiperen ni dah siap lamar saya betul2 depan Masjid Shah Alam tu sambil mengeluarkan sebentuk cincin! nasib dia x melutut@sujud ala2 mat salleh melamar tu kan??Waktu tu saya gugup betoi....rasa nk pitam pon hada!! maklum le, kita muda lagi kan.






Tapi dalam masa berkasih ngan X boiperen ni, dlm banyak2 kawan laki lain juge...usben saya ni la yg paling ambil berat pasal kita.Hari2 call...x boiperen pon xde call hari2. Pastu bila jumpa@dating cam xde modal nk borak....diam je. Cam malu2 unta gitu:-) tapi bila jumpa & borak dlm phone ngan usben saya ni cam nk pecah@koyak rabak mulut tu bercerita. Ntah...pelik sgt rasanya!! kitaorang boleh citer apa sahaja.Tapi waktu tu mmg xde sekelumit perasaan pon ngan usben.... sbb mmg anggap dia kawan baik.


Sehinggalah satu pagi (waktu ada tournement Bowling@Sunway) saya dapat call pepagi buta dari usben.Dia cakap dia tgh sakit....pepagi buta dah kejor yob kejor pencuri yg tgh nk buka tayar kereta adik dia. Ngan kasut semua ntah kemana...pepagi masa datang tournement tu dah ngencot2 jalannya. Yg saya plak tetiba ada datang satu perasaan (ntah camne nk kabor ek) rasa nk ambil berat pasal dia. Saya boleh polo (sampai toilet pn nk ikut)je dia masa kat Sunway tu...sampai si usben ni tegur la' eh, yg ko asik ikut aku ni kenapa'.Barulah saya tersedor waktu tu:) yg perasaan Sayang dah mula ada! So, bermulalah episod kami berchenta plak pastu...tapi depan kawan2 still cover baik dok berKAU Aku lagik!!


Usben saya bukan penyebab berakhirnya hubangan saya ngan X saya tu.Saya sendiri jumpa dia & berterung terang yg saya tak berapa selesa nk berkawan@berKASIH Alia dgn dia.Alhamdulillah, dia boleh terima...tapi tak tahulah disebalik hati dia.Dia pon dh selamat berkahwin & dah ada anak. Alhamdulillah saya juga berbahgia dgn kehidupan saya...Yang penting,perkara lepas usah dikenang!! Semua tu dah tertulis Jodoh pertemuan adalah ketentuanNYA.


Inilah Jodoh saya!! Terima kasih padamu Ya Allah...
semoga dipanjangkan usia kami bersama...Amin
 Nota kaki : Sure korang pon ada citer X Boboipren kan? jomlah share...sharing is caring:-)

Mekasih!!

Apa GuNa...............

Tuesday, November 1, 2011

Gara-gara Perokok!


Geram!! gara2 sorang mamat ni merokok sampai terkena kulit muka (bawah hidung) anak saya Si Rafiq.Citernya Hari Ahad petang wiken aritu.... lepas je abis jogging saya & si comel saya tu jalan2 lak pusing2 kawasan perumahan saya tu dgn menaiki kereta. Pastu kami singgah ke gerai (ada orang buka gerai ala-ala kedai runcit gitu) di area perumahan teres yg tak jauh dari rumah saya.Kebetulan waktu saya sampai tu xde orang lain lagi & saya ternampak le sorang mamat berbaju biru (nampak cam budak bujang) ni berjalan dari kawasan Apartment tu menuju ke gerai yg sama. Saya sibuk le melayan si Rafiq sambil tanyakan dia nk beli apa lagi. Tak lama kemudian, si Rafiq ni membelok ke sebelah sana utk membeli air peberet dialah (air teh o kurang manis dlm tin). Tiba2 je dia menjerit nangis...saya ingatkan yg si comel saya ni dah terkena bucu meja ke kan? (kebetulan ada 1 meja disudut tu).Saya pon cepat je dapatkan Rafiq,tapi dia masih lagi menjerit nangis sambil menutup mulut. Saya cuba check....nampak cam ada abuk2 hitam.Bila saya toleh je... saya nampak mamat baju biru tu tgh pegang putung rokok (seperti gambar dibawah).




Automatik je muka saya dah berubah nk marah. Tak sangka pulak saya yg mamat tu dtg ke gerai tu sambil merokok sebenarnya! Tapi memang saya tak nampak yg rokok dia tu terselit kat celah jari dia tu.Dalam masa yg sama dia pon sebok nk sedut asap rokok masuk ke dlm paru2 dia yg dah itam tu kan?  so, terkenalah ke atas mulut anak saya ni yg kebetulan lalu ke situ. Adoi...tak pasal2 dah bertanda atas mulut Si Rafiq!!
Keluarlah ayat spontan dari mulut saya ni kan? "Lain kali ....boleh tak jangan hisap rokok dikawasan camni, anak saya pon tak perasan jugak yg awak merokok kat sini?" sket je ayat saya...sbb saya sabar lagi nk keluarkan perkataan yg x sedap di dgr kan? Mood nk membeli pon dah terbantut! Mamat tu pulak nampak cuak juga....saya ada dgr dia cakap "Kak, minta maaf ye" itu sahaja ayat dari mamat tu!!Kebetulan juga abg gerai tu dapatkan minyak yg mmg dah ada standby dlm keta dia. Dlm sibuk sapu minyak tu ...tgk2 mamat tu dah blah cabut camtu ajer...hadoi!! lagi le saya geram!! rasa nak sumbat je banyak2 putung rokok dalam halkum dia tu!!  


Merokok ni kan tak baik utk kesihatan diri...bukan diri sendiri je yg dpt penyakit, orang2 sekeling pon kena tempias skali. Alhamdullilah en.usben saya dah selamat berenti merokok 7 thn yg lepas.Bila dpt tau yg saya pregnant & dia bermula berazam utk tidak merokok. Taknak jadikan contoh pd anak2 katanya!  saya tambah lak dgn khutubah Jumaat lagi "Syg, kalau abg berenti merokok, kompom kita akan kaya, sbb 1 minggu abg merokok darab dgn sebulan setahun untung bersih tu kita leh beli bangalow tau!! wah....gitulah ayat2 hikmah saya!! Syabas bette:-) katakan taknak pada ROKOK! rokok pembunuh!!  Dah...bawak2 le berenti merokok tu:-)