Wednesday, August 3, 2011

BOWLING TIME




Venue : Ampang Bowl, Summit USJ
Date : 15 July 2011

Kelab VPA kali ini menganjurkan Bowling Tournement bersama-sama dgn LG members. Diaorang ni merangkap Consultant kat opis aku ni...utk project kereta baru akan datang. Rahsia ye tuan2 dan Puan2. oppss....xleh citer ye. nak tau kereta apa....tunggu kemunculannya InsyaAllah 2 tahun lagi.Sekarang ni masih lagi di peringkat FS (feasibility study). eiii....melalut lak. nk citer pasal bowling ke kereta??  hehehe

Nak tau saya dpt ranking  ke berapa?? hehehe...setelah di campur dgn handicap (maklum le pompuan) kalo tournement je mesti bg handicap kan....saya berada di ranking no 12 daripada 40 orang peserta. My usben pon join jugak. Alhamdulillah cik usben kita dpt no.2....dpt le hadiah LG DVD Players. Johan dpt hadiah 'lagi best' iaitu LG microve oven (betui ka aku eja ni) blasah jelah!! hihihi


nasib cik abe menang gak mlm tu:)

turn i kasi hadiah tuk LG members..

i pon dpt hadiah gak tau...rangking no.12. yeyeaahhhh!!


all VPA staff with LG members...

ok...sekian citer utk hari ini!!

Salam Ramadhan 1432H

 Salam Ramadhan kepada semua Umat Islam di dunia ini.
 Selamat Menyambut Ramadhan El-Mubarak 1432H.

ALLAH swt berfirman ;
Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa (2:183)

"Sesiapa yang mendirikan (malam Ramadhan) dengan solat terawih dan Qiyamullail di sepuluh malam akhirnya) dengan keimanan dan berharap ganjaran dari ALLAH maka keluarlah dia dari dosa seperti hari dia dilahirkan oleh ibunya" (hadis).

Semoga 1 bulan  mendatang penuh kesabaran, 4 minggu penuh keimanan, 30 hari dengan keberkhatan, 720 jam kasih sayang dan 43200 saat penuh dengan senyuman...

Friday, July 29, 2011

Mood kembali:)

as salam & salam sejahtera semuanya...

hoooooolaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....rindunya. dh lama x update blog...kali terakhir update story bulan June yg lepas....dgn kesibukkan yg melampau, office plak dilanda tsunami (renovation) jap2 bau cat, ngan habuk nyelah, ada nyamuklah... so, mood utk menghupdated blog xde. nk update story kat umah...line berukband celcom aku lak yg slow mcm tut**** (dh tamat pon riwayat celcom berukband aku tu). Haku dah le ada macam2 story ni:).....jgn tamak Mazni, ce citer satu-satu...hehehe

ok, kita citer pasal netball dulu ek!!

Netball interdepartment 2011 telah berlangsung @ Kompleks Sukan Proton pada 3 July 2011. Tahun ini juga team aku (RND) masih tidak dapat mengekalkan status juara. Entah dimana silapnya, maybe team aku ni  over confident kut...hehehe. jgn mare ye korang....ni analisis aku la!
tp takper, atleast RND dh pegang kejuaraan 3 kali berturut2 dari tahun 2007~2009...
x silap aku laa..rasa cam 4x berturut2...x kesahlah!! janji dah pernah menang!
korang ada....hehehe.

rnd team....


next year kita cuba lagi!!


me, salwa, zara and harizah...

ok, sekian utk hari ini....


Wednesday, June 22, 2011

MaZnie Punye: Difference Between WIFE & GirlFren

MaZnie Punye: Difference Between WIFE & GirlFren: "Some people say: Wife is a HARIMAU ............... Girlfriend is HARI HARI MAHU And some say: Wife is like TV, Girlfriend is l..."

Tuesday, June 21, 2011

Sepi Seorang Perindu





 
Masih lagi mood father days..
Pada saya tiada istilah atau ungkapan istimewa untuk di ungkapan pada hari istimewa tersebut. Ini kerana bagi saya setiap hari adalah sambutan istimewa bersama bapa. Walaupon sekarang ini saya tidak lagi mempunyai insan istimewa bergelar bapa kerana arwah bapa saya iaitu Allahyarham Razali B Mat Nor (telah kembali ke Rahmatullah 3 tahun yang lepas) ingatan kepada beliau sentiasa di hati. Sentiasa menjadikan saya 'sepi seorang perindu'.

kepada suami tersayang Mr.Khairul Azli B.Osman serta bapa Mertua kesayangan, di sini saya ingin mengucapkan 'Selamat Hari Bapa'. Terima kasih di ats segala jasa kalian!! I love u all..muaahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhs!

* Buat anda semua yg tidak pernah mendengar lagu tersebut...saya pastekan di N3 ini berserta lirik lagu tersebut. Sama-samalah kita menghayatinya...

Bilaku rindu padamu
Terasa kuatnya cintaku
Terbangkit resah terpandang wajahmu
Bertambahlah kasih sayangku

Sesaat kau tak ku pandang
Terasa sepinya jiwaku
Tertunggu aku hadirnya dirimu
Walaupun sekelip mata

 
Betapa sepinya hidup seorang perindu
Dihanyut oleh keresahan
Rindu hatiku tak jemu padamu
Selagi kau masih ku cinta

 
Biar apa pun yang memisahkan
Namun ku tetap menyintaimu
Selagi hidup belum berakhir
Selagi itu ku merinduimu

 
Ku seorang perindu sepi
Tak jemu ku terus menanti

Monday, June 20, 2011

Selamat Hari Bapa


Belum terlambat rasanya utk saya mengucapkan Selamat Hari Bapa kepada seluruh bapa-bapa di muka bumi ini & juga my FIL. Terutama kepada en.usban Mr.KhairulAzli B Osman kerana menjadi seorang bapa yg hebat:) wah....hebat giler! hehehe. dah puji tu paham2 jelah ye Sayang. (kut2 boleh dapat gelang sampai ke siku ke, tanah serelung ke, rantai karat mencecah ke lantai ke?) opss....melampau betul. hagak2 le kan. Meterialistik betul bini abg ni. InsyaAllAH,Saya tak perlukan semua itu....segala harta benda & kemewahan itu belum tentu menjamin kebahgiaan kita sekeluarga. Alhamdulillah syukur dgn apa yg dikurniakan sekarang.
Terima kasih juga pd abg yg sanggup bangun setiap malam untuk buatkan susu anak2 walaupon saya sedap je mendengkor. hehehe. terukkan saya?? takper...abg kan sayang bini...kata abg:)
Setiap pagi bila bangun je dari tidur,anak-anak akan minta ayah yg mandikan mereka sebelum ke sekolah. nak buat itupon ayah, nak buat ini pon ayah....serba serbi hero-hero saya tu minta ayah yg buat.
So, pada saya...peranan & pergorbanan seorang ayah ini amatlah dihargai. Terima kasih sayang kerana menjadi seorang SUAMI & AYAH yg hebat dimata saya & anak-anak.

Monday, June 13, 2011

NORA ELENA

Kepada semua peminat2 tegar yg menonton citer Nora Elena setiap Hari Isnin hingga Jumaat bermula jam 7.00~8.00mlm (termasuk le saya ni) Actually citer ni diadaptasikan dari novel yg ditulis oleh Meen Zulaikha. Novel yg bertajuk 'kasih yg suci'. Saya dah 3 kali khatam membaca novel ni.Novel ni saya beli sewaktu krangkraf@Alaf21 buat sales di Sec.16 Shah Alam. Saya sendiri dah lupa bila harinya........waktu ni pon k.meen Zulaikha ada dtg bersama2 K.Iris Ixora penulis novel utk 'Camar yg pulang' sewaktu fiesta buku tersebut.


korang dah baca novel ni?
Sewaktu mood ceria menonton siri Drama Nora Elana ni, saya menerima satu email kelakau  dari member opis....bagi saya org ni amat kreatif....so, silalah baca surat kelakor ni...
saya mohon copy + paste surat kelakor ni utk saluran N3 saya kali ini....jom layanzzssss!!

Nowa,

Kakitangan Kajaan,
Putrajaya




TV3
Sri Pentas,
No 3, Persiaran Bandar Utama
Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya



Tuan,


Per : Bantahan Terhadap Penyiaran Drama Bersiri Nora Elena


Adalah dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas dan drama bersiri Nora Elena adalah berkaitan.

 
2. Dimaklumkan, bahawa saya, Nowa dengan ini membantah penyiaran drama bersiri Nora Elena yang disiarkan setiap hari, jam 7 petang di saluran tuan. Antara sebab sebab pembantahan saya adalah seperti berikut.


i) Membuatkan jiwa isteri isteri terganggu. Mana ada suami gitu sabo dalam dunia ini? Logik tak bila Nora tanya Seth, asal Seth tak penah dengan apa saja perbuatan Nora? Seth jawab, sebab Seth terlalu sayangkan Nora. Jadi kesimpulan, isteri-isteri mula curiga dengan suami mereka yang sepanjang masa marah marah. Ni laki aku sayang ke tak ni?


ii) Jiwa jiwa suami juga turut terganggu. Ini kerana, apa bila tiba scene scene romantik dan tidak dapat diterima akal, seperti Nora terpeleot, Seth siap dukung bawak g sofa, tingkat bawah..(gila gagah..aritu aku nak branak, laki aku gendeng henbek aku, beg kain aku, pastu tunggu aku kat grill depan umah, aku la terkedek-kedek jalan sendiri..pastu pegang lengan aku je tau..bila suh dukung macam biasa drama atau filem buat, laki ckp, "ah gile mung, patoh pinggang!" Pastu sampai sepital, lari lari amik wilca..kalu dukung macam drama melayu kan bagus??) Oh pasal part romantik tu, biasanya isteri akan menjeling kepada suami, disertai dengan kata kata sinis, "dedi mung ni masa dulu geletak nok ke mami, masa mami begetoh je belanar beli bunga, minyok wangi, cekelat bagai..leni doh dapat mami doh haghammmmmm!!! asal besday ke anniversary ke, pakai tektik, hadiah ai pada yu adalah sebuah cinta yang murni dan ikhlas"....itu je?? harharharharam!!


Paling koman, selepas jelingan tajam, cubitan kental di lemak perut pasti akan singgah di bahagian perut suami. Jadi, sebagai lelaki melayu, suami, mereka juga merasa hangat dengan penyiaran drama bersiri ini.


Kebiasaan jugak, malam malam yang sepatutnya diisi dengan aktiviti sukan berair akan berlalu begitu saja, pabila sang isteri makan hati, lelaki melayu dalam drama lagi romantik dari laki sendiri. Saje saje wat merajuk, ingatkan si laki pujuk cam si Seth pujuk Nora, tapi tak tau laki sendiri penat, dah, amik kau, sampai ke pagi tak dapat apa apa..laki tak pujuk satu hal, laki horny dibuat bini gitu pun satu hal..Sian Johnny!


iii) Memberi harapan pelesu kepada gadis gadis yang belum menikah. Apabila pengaruh Seth Tan mula menular, maka ramai gadis gadis mencari pasangan hidup yang romantik nak mampus macam Seth Tan. Selepas menonton siri itu juga, kajian secara rambang mendapati kebanyakan dahi gadis gadis lebam. Ini adalah berikutan dengan tabiat sebelum tido mereka yang gemar meletakkan belakang tapak tangan ke dahi sebelum tido sambil berangankan lelaki seromantik Seth Tan, walau sebenarnya, Non Ada lelaki MELAYU
seromantik itu. Yang romantik cumalah, lelaki Bangladesh, lelaki Lombok, dan Shahrukh Khan sahaja.



iv) Pasangan-pasangan bercinta kerap bergaduh.


Sang aweks memaksa jejaka untuk kerap membelikan bunga. Sedangkan boipren tu keja Kerani je kat Kementerian Kewangan. Gaji pun RM1500 jek. Kau gile sekuntum bunga brape hengget?? Kalu nak 3 kuntum sebulan, takpe jugak. Ni nak 21 roses everiday?? Kau gile, ko nak mamoh kelopak bunga ke? Kau ingat kau cantik macam Nora Elena nak demand-demand? cess



v) Tak logik punya citer..Brape lama kawen baru bole 'bersama'?? Ada ke lelaki sesabar Seth tu.. Ok, takde ke tunjuk scene Seth 'tumbuk sambal'?? eh, kalu betol ada lelaki tak penah sentuh isteri, kira mesti dia 'tumbuk sambal' kan? hahahha...takut awak sakit belakang konon..padahal ajak tido skali..mood cameron suda mari..eh, tetiba teringat Jay....kahkahkahakha


vi ) kari hangus, nasik hangit


Duk sibuk berkejar dari dapur ke hall, pastu ke dapur semula, pastu part ehem ehem, part ada pelangi, dah teralit, tengok sambil berangan, jeling laki, dah lupa kari kat dapur..hangit gitu je..



vii) Mengganggu tumbesaran anak kecil.


Pabila seorang isteri, terpengaruh dengan apa yang dilihat di kaca telebisi, nak perli secara derek kepada laki sendiri takut kena penampo, jadi, anak kecil dijadikan medium untuk menyampaikan isi hati "tengok tu Alya, dulu dedi mung semart gitu ah, nok g dating siap bukak pintu bagai sume? leni? mami terkedek kedek bawok barang dia hon siap siap doh" "owoh Alya ork? napok ngat nipu..mana ada orang kawen doh romantik gitu ork??"


Kesian la budak kecit tu terkebil kebil tak tau ape mak dia bebelkan



3. Sekian dimajukan untuk pertimbangan dan kelulusan pihak tuan. Dan semoga dengan ini, tiada lagi kekeliruan dan kecelaruan minda penonton penonton lagi. Mana ada lelaki romantik gitu dalam dunia..kalu ada pun sebelum kawen, lepas kawen, bagi setahun, atau dah dapat anak sorang, jadi kayu la semuanya..Jadi, dimohon pihak tuan agar tidak mempermainkan perasaan kami, dan memberi harapan pelesu kepada gadis gadis diluar sana.

 
Sekian,



"BERPIJAK DIDUNIA NYATA ADALAH TUNGGAK KEHIDUPAN BAHAGIA"


( NOWA)

Pengerusi,

Kelab Ibu-Ibu Menyusu Badan
Putrajaya