Wednesday, May 23, 2012

Mood Verangan:-) Umah Cantik!!!

kalau dapat dapur sebegini....kompom le kena selalu masak!! uhuk!!uhuk!!!

Makin berselera gamaknya makan....bila dapat ruang makan sebegini kan??

kena Hall secantik gini....kompom lagi melekat le depan TB! hehehe
Mood verangan eceh kononnya nak dapatkan dapur & ruang tamu secantik gini ....boleh??  InsyaALLAH, we all plan ada duit lebey nanti nak buat renovation umah sket. Tengok pada budget la kan? kalau hada budget ....semua buleh buat!! kalo xde....dok dediam.toksah nk hias umah bagai kan?? hehehehe. Syukurlah dgn hapa yg hada sekarang ni...Alhamdullilah!!! Syukran...

yg hada ni pon dah malas nk mengemas bagai.....huhuhu!!


ok...mekasih:-)

Friday, May 11, 2012

Aku orang FELDA!!


Saje saya nk bukak story pasal FELDA ni.Setiap ahli keluarga FELDA diberikan 10hektar tanah ladang & tanah rumah tau!!Al-maklumlah kan sekarang ni masih hangat orang dok memperkatakan mengenai orang FELDA yg dapat durian runtuh baru-baru ni....tetiba rasa bangga je bila buat statment 'AKU Orang FELDA'!! hehehe.takde kena mengena nak nompang DURIAN GUGUR mak saya punya kekayaan pon!!

Nama FELDA saya ialah FELDA Kemasul. Terletak di Negeri Pahang, Daerah Bentong....kalau korang x tau Pahang tu kat mana....haaa, alamat nk kiok le tu! hehehe.....


OkOkOkOkOK.....nak start citer ni, saya berpindah ke FELDA Kemasul ni masa umur saya 3 tahun.Sebelum tu mak ayah saya menetap di Kampung halaman arwah abah saya di Perak. Apa nama tempat tu pon saya dah lupa daaa.Ni apa yg mak saya citer laa kan...mula-mula sampai tu mak saya kata memang susah sangat la...xde bekalan elektrik, air semua tu. Air untuk mandi, minum semua tu terpaksa menggunakan air paya. Arwah abah saya buat sendiri telaga di belakang rumah (jauh plak) tu utk mandi & mengangkut air tersebut untuk minum....Haa, tu belum citer bab jamban/bilik air juga di luar rumah!!! aduhhh, bayangkanlah waktu tu punya susahnya kehidupan di FELDA!!


Rumah asal orang FELDA

Saya sendiri sempat merasa mandi & mengangkat air naik ke atas sebelum ke sekolah rendah. Subuh2 dah dikejutkan utk terun ke telaga utk mandi...dh le gelap gelita meredah nk ke paya tu.huhu...kalau sekarang ni rasanya 'scary' abis!! Pergi sekolah hanya jalan kaki...sbb waktu tu arwah abah xde kenderaan langsung.Kakak sulung & abang saya bersekolah di kampung. Sebab keadaan susah sangat waktu tu.

Pada tahun 1992 x silap saya barulah ada bekalan elektrik. itu pon sebelah malam je....start kol 6 barulah  LLN (TNB) waktu tu on lampu sampailah ke pukul 7 pagi. Air pon dah start masuk ke FELDA jugak!!


contoh umah FELDA yg dah diubah suai cantik...bukan umah mak saya ye!! hehe

Alhamdullilah.... sekarang ni kebanyakkan semua FELDA dah membangun. Ramai yang dah mengubah rumah peneroka mereka yang asal kepada rumah yang lebih cantik & selesa. Yang kaya tu siap buat banglo lagi!!! Anak2 Peneroka FELDA jugak dah ramai yg berjaya...masing2 membantu ibubapa utk memperbaharui kehidupan!!

ok...abis, dah malas nk cite!!

Wednesday, May 9, 2012

Warga FELDA dapat durian runtuh!!



2012/05/08


JENGKA: Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pemberian "durian runtuh" sebanyak RM1.689 bilion kepada peneroka FELDA berikutan penyenaraian FELDA Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia bulan depan.

 
Perdana Menteri berkata, pengagihan fasa pertama membabitkan RM5,000 kepada peneroka diikuti fasa kedua RM5,000 untuk isteri dan fasa ketiga RM5,000 untuk generasi kedua. Beliau mengumumkan berita gembira itu di depan lebih 30,000 peneroka di padang FELDA Jengka 8, Pahang, sebentar tadi.
 
Alhamdullilah....itu semua rezeki utk mak saya.Sedih rasanya bila arwah abah dah tiada utk sama2 merasai berita gembira tersebut. Penat lelah arwah abah saya dulu mengerjakan tanah ladang sawit seluas 10 hektar tu akhirnya berbalas dgn rezeki yg diberikan oleh Allah...Terima kasih ya Allah!!
 
Next N3 ....Saya nk citer kat korang macamana sedihnya saya sekeluarga mula2 berpindah ke FELDA ni dulu....huhuhhuhu

Thursday, May 3, 2012

18th Week of Pregnancy

Baby saya sedang berkembang dengan pesat. Tulang beliau terus keras dan pad jari tangan dan kaki beliau terbentuk. Dia juga mempunyai satu set cap jari membangun juga sendiri. Baby saya sekarang adalah lebih kurang 5,5 inci dan berat kira-kira 200 gram (7.5 auns).



Baby saya dah mula boleh menendang, menelan, dan tidur. Beliau juga sedang membangunkan perut, usus dan kolon dan usus mengumpul meconium (najis awal bayi akan lulus selepas kelahiran). Jika baby lelaki (tp saya nk baby gegel) prostat akan mula untuk membangunkan minggu ini juga. Kulit masih sedikit merah jambu, telus dan telinganya masih mencacak keluar daripada kepalanya. Jantung empat kamar bermula untuk membina sel-sel otot dan mengepam antara 25 dan 30 kuart darah setiap hari.

warghhhh...skemanya ayat aku!! padahal saya telah mentranslatekan ayat tersebut ke Bahasa Malaysia! wakakakakaka

*Info by en.google....Thank you!!!


Sedikit info utk wanita hamil....


Sakit kepala boleh berlaku sepanjang tempoh kehamilan, walaupun ramai wanita tidak pernah terjejas oleh mereka. Apabila seorang wanita menjadi hamil, jumlah darah beliau meningkat untuk membantu mengekalkan kehamilan. Ini darah tambahan boleh meningkatkan tekanan di kepala dan sakit kepala. Sesetengah wanita, yang tidak pernah mempunyai sakit kepala yang tidak baik sebelum, mula mengalami migrain apabila mereka hamil. Jika anda mula mendapat sakit kepala buruk, pasti untuk memeriksa dengan doktor anda untuk mengetahui apakah jenis ubat yang selamat untuk mengambil semasa anda hamil.

stresssssss...........saya tgh mengalaminya sekarang ini!!uuuuuuwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!

Thursday, April 26, 2012

I Want to be.....


InsyaAllah.....One day will be substituted 'Messi'.

Inilah my Hero Haziq Haiqal yg sekarang ni dok sakan bermain bolasepak!! Aduii....weeken je saya menjadi driver utk hantar Haziq ke scoccer kids Gen Pro ni di Padang Sekolah Alam Megah.

Kisah saya sewaktu darjah 6 dulu....saya terpilih mewakili sekolah untuk mewakili pasukan Bola Jaring & Bola baling. Tapi mak saya siap warning x boleh main kooo!! Nangis2 aku nk main jugak!! Siap cikgu datang ke rumah minta kebenaran drpd mak saya untuk minta pelepasan saya bermain. Tak dapat gak la saya nk wakil sekolah.....alasannya sebab nk ambil UPSR!! waktu tu saya rasa yang mak saya sangat 'kejam' sbb dah halang minat saya...(ampun mak!!) So, saya pon taknak anak saya rasa yg saya pon seorang ibu yg kejam kerana menghalang minatnya!! InsyaAllah saya & usben akan sentiasa support minat Haziq...


Kepada ibubapa sekalian.....jgnlah halang apa yg anak anda minat!! tanamkan bakat tersebut dari sekarang!!! waaa.....gitu mak jemah kasi panduan!! wakakaka.....

pstttt....yg si adik Rafiq dah hint2 nak main badminton. X best katanya main bola....panas! bosan! macam2lah ko dik!!! Janji ko hebat cam Datuk Lee Chong Wei tu ...kira bakal pelapis gak la nanti!!

Tuesday, April 24, 2012

Perubahan Hormon!!!


Nengok gambar laksa ni pon dah kembang-kembang tekak saya ni taw?? Padahal sebelum ni punyalah peberet laksa. pekena laksa hari-hari pon takpa aihhh!! tapi laa ni....dah x lalu nk makan laksa!! sebut  'LAKSA' pon buleh buat kembang tekak oooo....sebab apaaa u oals nk tau?? Sebab hormon saya tengah berubah sekarang ni....MABUK KECUBUNG!! huhuhu

Yang pelik tapi benarnya sekarang ni...saya kemaruk makan ikan keli masak tempoyak.  Hakikat sebenarnya saya ni bukan suka makan tempoyak pon walaupon teman ni asalnya orang Perok!! hehehe.



layannnnnnnnnn jerr:-)

Monday, April 23, 2012

Doa untuk seisi keluarge khusus untuk anak



Ada satu DOA yang mudah dan cepat dan pendek, yang paling senang untuk diamalkan oleh kedua ibu bapa untuk anak-anak mereka, tetapi sering sahaja terlepas pandang.



Doa itu adalah :


ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHIWABARAKATUH YA .... (sebutkan nama penuh anak)


Ya. Itu sahaja baris doanya. Mudah bukan? Tetapi termasuklah saya, sangatlah selalu terlepas pandang akan keistimewaan doa ini. Ok, mari di sini kita catatkan mengapa doa ini terlalu istimewa untuk anak-anak kita :


Pertama sekali, ibu bapa hendaklah menjiwai doa itu sedalam dalamnya semasa ia diucapkan buat si anak. Mengapa? Kerana maksud yang terkandung di dalamnya sangatlah membantu dalam kehidupan seharian anak. Selalu kita hanya sebut Assalamualaikum sahaja kan.. (ini saya). Selepas mendengar penjelasan ustazah itu, saya cuba kalau boleh ingin mengucapkan nya penuh kepada anak saya. ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHIWABARAKATUH dengan cuba menjiwai setiap ungkapan yang diucapkan. Kenapa istimewa? Mari kita tengok maknanya (ini yang saya sempat salin. Kalau ada yang saya tertinggal, minta kawan-kawan tambah ya):


1- ASSALAM : SEJAHTERA.


Awal-awal lagi kita sudah mengucapkan segala kebaikan untuk anak kita pada hari itu. Kita mendoakan segala kesejahteraan buat dirinya pada waktu itu.


2- WARAHMATULLAH : RAHMAT ALLAH.


Kita mengharapkan rahmat Allah menjadi bekalan untuk anak-anak kita dalam kehidupan seharian mereka. Bukankan rahmat Allah itu yang sangat-sangat kita harapkan?


3- WABARAKATUH : BERIKAN BERKAT KEPADANYA WAHAI ALLAH


Kita mendoakan anak-anak kita diberi berkat oleh Allah, dalam setiap amalannya, perbuatannya, dan apa sahaja yang berkaitan dengan dirinya, kita mahukan keberkatan untuknya.


Kata ustazah, waktu paling bagus untuk mengucapkannya buat si anak adalah ketika mengejutkan dia bangun dari tidur. Bayangkan sahaja lah, celik-celik matanya sahaja sudah memperoleh doa dari ibu atau ayah yang cukup bermakna lagi indah untuknya. Selain itu, boleh juga diamalkan mungkin waktu menghantar atau menjemput dia dari sekolah, atau bila-bila masa sahaja ibu dan ayah ingin mengucapkannya untuk anak.


Jiwailah salam dan doa itu. Hayati setiap rangkai maksudnya. Tujukan dengan penuh kasih dan cinta buat si anak. Senyum penuh sayang kepada mereka, ketika kita mengucapkan.


Semoga anak-anak kita sentiasa sejahtera, dalam rahmat Allah dan sentiasa diberi keberkatan dalam hidup mereka oleh ALLAH.