warghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh....shopping raye!
Pada sesiapa yg masih belum buat persiapan Hari Raya....bolehlah ke karnival jualan ''Jom Beli Barang Raya @ Putrajaya yg bermula pada 10 Ogos 2011 ~ 14 Ogos 2011" Dgn tax linenyer " Shoping sampai kering" (ini aku yg reka)....hehehe.
** saya pon nk tumpang 2 kaki ni....nk terjah jugak!!
kalau korang x caya, korang bacalah surat bawah ni. kebetulan lak good news utk orang 'gomen' hari ni kan? Alhamdulillah:)
Cetak . Emel Rakan . Kakitangan awam dapat bonus raya
Oleh Johari Ibrahim dan Magendran Rajagopal
NAJIB berbual bersama timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada majlis berbuka puasa anjuran Perdana Menteri dan isteri serta majlis penyampaian zakat Kumpulan FELDA di Seri Perdana, Putrajaya, malam tadi.PUTRAJAYA: Sebanyak 1.27 juta kakitangan awam akan mendapat duit raya apabila kerajaan mengumumkan bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500 yang dibayar pada pertengahan bulan ini....bla....bla....
Assalamulaikum dan Salam 1 Malaysia,
Y. Bhg. Dato'/Datuk/Datin/Tuan/Puan,
MAKLUMAN PENGANJURAN PROGRAM JOM BELI BARANG RAYA@PUTRAJAYA (JUALAN TERUS DARI KILANG)
Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan menganjurkan Program Jom Beli Barang Raya@Putrajaya (Jualan Terus Dari Kilang) pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut:
Tarikh : 10 Ogos hingga 14 Ogos 2011 (Rabu hingga Ahad)
Masa : 10 pagi hingga 10 malam
Tempat : Presint 2, Putrajaya (Berhadapan Bazaar Ramadhan)
3. Untuk makluman, pelbagai barangan keperluan sempena Hari Raya dan barangan berjenama ada dijual pada harga yang istimewa. Antara jenama-jenama produk yang dijual adalah Snails, Jeep, Bebes Homes, Adidas, Nike, Hamster Kids Wear, Disney Pooh, tenderly, Baby Looney Tunes, Elle, Pierre Cardin, Crocodile, Camel Active, Poney, Modernmum, Larrie, Allain Delon, Bill Keith & Paula Moda, Lumberjacks, Noor Arfa, King Koil, Goodnite, Sri Nona, Adabi, Julie's, Dutch Lady, Pepsi, Nestle, Panasonic, Canon, Nikon, Sony, Samsung, LG, Diesel, Elizabeth Arden, Giorgio Armani, The Body Shop, Tupperware, Akemi dan banyak lagi.
4. Sehubungan dengan itu, dalam usaha menjayakan penganjuran acara ini Y. Bhg. Dato'/Datuk/Datin/Tuan/Puan adalah dijemput untuk berkunjung ke tapak program sepanjang tempoh berlangsungnya acara tersebut.
5. Oleh itu, kami memohon kerjasama Y. Bhg. Tan Sri / Datuk / Dato’ / Datin / Tuan / Puan, untuk menyebarkan maklumat ini kepada seluruh bahagian di Kementerian / Agensi Y. Bhg. Tan Sri / Datuk / Dato’ / Datin / Tuan / Puan.
6. Perhatian dan kerjasama Y.Bhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan dalam perkara ini amatlah dihargai serta didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Jika terdapat sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut boleh berhubung dengan pegawai-pegawai berikut:
i. Encik Asaari bin Zainuddin
No. Tel : 03-8882 5767
Emel : asaari@kpdnkk.gov.my
ii. Puan Noorizati binti Ibrahim
No. Tel : 03-8882 6931
Emel : noorizati@kpdnkk.gov.my
Sekian dimaklumkan.
"Kuasa Pengguna : 1 Pengguna 1 Suara"
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI,
KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN
3 comments:
sediakan duit je ni
aku lom beli baju raya.. sian aku.. huhuhuu
Anie : ye betul....get ready!!
Zira : Alaa....ko dah dekat je ngan tempat ni. leh p soping....hehehe. kan nk dpt bonus tu!
Post a Comment