Friday, December 30, 2011

Good Bye 2011...............Welcome 2012


Alhamdulillah .....masih dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki, diberikan kebahagiaan serta dilindungi dari perkara-perkara yang tidak diingini! Terima Kasih padaMU ya Allah. Alhamdulillah....Tiada kenangan pahit yang ditinggalkan untuk tahun 2011 ini.



Semoga dengan kehadiran 2012 akan memberi seribu rahmat buat diri saya & juga family....AMIN!!!



thank you....

Thursday, December 29, 2011

Penangan Hilman Yong



Ayakkk!!! saya masih lagi dalam mood Novel 'Awak Suka Saya Tak'? Gara-gara Hilman Yong punya penangan.....kawan2 + saya yang baca Novel ni pon dah mula terguling2 dok gilakan si Hilman Yong ni..... Muhahahaha!! Masih lagi terbuai-buai ayat-ayat dalam Novel tersebut....meresap sehingga ke dasar lubuk hati saya ni. Misi ulang membaca Novel ASST lagi.....huhu!! (Novel yg borong aritu pon belum abis baca lagik...camne ni?) Memang tak pernah selama ni saya mengulang baca Novel.Impak Novel ASST ni memang amat-amat menyentuh hati saya.....pengsan lagik!!! Sedikit sebanyak ianya membantu saya untuk  menambahkan Ilmu Agama dalam diri sendiri....





Saya pastekan sebahagian ayat-ayat & gambar-gambar menarik mengenai Hilman Yong & Puteri Intan Zulaikha watak utama ASST ni ....jom kita pengsan bersama-sama!!








1. Benda yang kita suka, kita sayang, sampai masanya akan diambil kembali.Jadi jangan meletakkan sayang itu melebihi sayang dan cintakan Allah. Barulah kita Redha dan sabar di atas kehilangannya.

2. Islam bukan satu Agama yang asing bagi kami. Dalam Hadis Nabi SAW juga ada meyebut tentang Negara China. Baginda SAW juga menghantar para sahabat untuk berdakwah di China. China terlebih dahulu menerima Islam, ratusan tahun lebih awal. Sebelum Islam tersebar di sini (Malaysia). Malahan penganut Agama Islam di China lebih ramai. Di Malaysia sekarang, kaum Cina juga yang teramai memeluk Islam, medahului kaum lain. Lebih ramai dari kalangan Profesional dan educated.


3. 5 melambangkan 5 rukun Islam, Solat 5 waktu, pacaindera 5, jari kita ada 5 setiap satu tangan, kaki juga, jari kita yang 5 kalau digariskan membentuk Kalimah ALLAH, Rasul yg wajib dipercayai 25, still number 5 at the back…..


4. Tidak perlu menjadi samseng untuk mencapai kehendak di dunia ini. Untuk menguasai dunia. Cukup hanya dengan berusaha semaksima mungkin, azam yang kuat, tahu apa yang dikehendaki, tahu tujuan, ada perancangan, ada visi….seterusnya kekuatan kita datangnya dari pergantungan kepada Allah. Sentiasa berdoa dan tidak berhenti berharap….terakhir sekali, serahkan kepada Allah.


5. Berusaha mendapatkan sesuatu dengan cara yang HALAL, menjadikannya halal lebih bermakna. Lebih bermaruah. Lebih mulia. Diredai ALLAH dan RasulNya, direstui oleh ibu bapa, keluarga dan masyarakat.Lebih indah dan lebih bahagia.



6. “Saya tak pernah tinggalkan awak. Walaupun awak jauh, saya dapat melihat awak.Walaupun awak jauh, saya dapat merasa kehadiran awak. Walaupun awak jauh, saya dapat mendengar awak. Saya sentiasa di sisi awak. Awak sentiasa di sisi saya, di sini….”




7. “ Cinta bagi saya…saya mencintai seseorang kalau ia boleh menghampirkan saya lebih kepada Allah. Cinta itu terlalu suci bagi saya. Cinta ialah memelihara dan menjaga kesucian wanita yang saya suka. Saya tidak akan menyentuhnya selagi dia belum sah menjadi isteri saya. Cinta saya ialah membelai dan menyayangi dia sepenuh hati. Saya tidak akan menyakitinya, apa lagi melukakan hatinya. Saya akan menjaga dan melindunginya. Saya mahu menjadi pendengar setianya. Saya mahu memandangnya dengan penuh kasih sayang. Dia hanya untuk saya dan saya untuk dia. Matanya hanya memandang saya, bukan lelaki lain. Hati hanya untuk saya bukan untuk orang lain.”

8. “Cinta bukan berpegangan tangan, bercumbuan…itu nafsu. Cinta bukan sentiasa berjumpa dan bertemu sampai larut malam membawa ke pagi. Itu juga nafsu. Terlalu banyak nak dijelaskan mengenai cinta. Berbillion manusia di dunia, maka berbillion la rasa cinta dan takrif masing-masing. Bagi saya senang saja, semua cinta ada maknanya tersendiri dan ekslusif untuk setiap orang. Ia tak sama antara satu sama lain. Tidak mengapa, memang Allah ciptakan kita berbeza, sedangkan cap ibu jari pun berbeza, tidak pernah ada yang tersama lagi. Asalkan cinta itu tidak melanggar batas syariat maka bercintalah. Saya tidak mahu cemarkan kesucian cinta saya.”


9     “ Ke mana saja kita pergi, jangan lupa asal usul, keturunan dan Agama kita. Lebih baik, kalau dapat dipelajari dan dihayati. Barulah kita lebih menghargai apa yang kita ada. Bukan senang untuk mempelajari sesuatu bahasa dan mengenali sejarah sesuatu bangsa. Perlukan minat dan kecintaan yang mendalam.”


10.Cinta yang paling teratas adalah cinta kepada Allah swt. Nabi saw sanggup bangun malam berkiamullail kerana cintakan Allah swt sedangkan beliau dah terjamin disyurga. Mengucap shahadah, baca Al Fatihah dan ayat Kursi sebelum tidur.Jangan gunakan perkataan KALAU sebab Allah swt tak suka (bergantung pada ayat).Disebab belum ada sebarang ikatan... Awak suka saya tak? lebih sopan dari ...Do you love me? Jangan sesekali membuktikan cinta dengan menyerahkan diri. Tak perlu nak tunjuk 'aset' untuk memikat lelaki. Lelaki akan lebih terpikat pada yang tertutup.

11.Mengingatkan tetamu kalau menghadirkan diri ke masjid pakaian biarlah menutup aurat...ini bermakna bukan setakat bertudung tapi pakaian tidak jarang dan sendat.

12.Kasut dijadikan hantaran, kemudian diletakkan sebaris dengan Al Quran, sejadah dan telekung. Adakah tidak memberi hantaran akan menampakkan kurang kasih sayang? Kasih sayang bukan untuk ditunjuk atau dipamer.Kasih sayang bukan diukur dengan harga, jenama, buatan atau rekaan.

13.Kuda yang terbaik ialah baka kuda arab jenis pure breed, kalau yang asli ada tanda seolah2 cap ibu jari Rasulullah saw dilehernya.


Buat peminat-peminat Hilman Yong & Puteri Intan Zulaikha.....jika novel ini di adaptasikan pula ke Drama@Filem, sure boleh box office dari 'Ombak Rindu' kan? Agak2 korang la kan? siapakah hero yg layak untuk memegang watak Hilman Yong? Heroin utk watak Intan? Dah tentulah saya memilih Aaron Aziz & Izara Aishah (pelakon baru). mukanya memang sesuai sangat dgn watak si Intan ini....ermmmm!! sapa pengarah yg berani nk buat story ni ek???

Sunday, December 25, 2011

AWAK SUKA SAYA TAK??? Novel MelurJelita


Uwaaaaaaaaaa................wa sulah jatuh cinta sama ini novel lorrrrrrr!! Novel 'Awak Suka Saya Tak@ASST 'ni antara Novel terhebat abad kini yg saya pernah baca. Adusssssss! senakkkk....I like!! like!!like!! like!!! trillionsssssssssssss LIKE!! Jangan tak tahu novel setebal 1056 mukasurat ni saya boleh abiskan x sampai 3 hari.Adusss....Al-Quran 1 juzuk pon susah saya nk abiskan utk 1hari.. kuat betul bisikan Syaitonnirajim ni!! huhuhu...

Saya suka sangat Novel ni kerana Kisah Cinta nya yg penuh berunsur KeISLAMan. Kecintaan kepada Agama Islam itu melebihi dari watak percintaan Puteri Intan Zulaikha dan Hilman@Damien Yong Bin Abdullah Kacukan Korea-American-Cina. Kisah Intan yang bertemua Damien Yong ketika dizaman persekolahan.8 Tahun kemudian Intan bertemu semula Hilman di KLCC sewaktu memilih set barangan kemas untuk Majlis Perkahwinan abangnya Nazim.Damien telah memeluk ISLAM atas kerelaan sendiri dan masih mendapat sokongan daripada keluarga. Pertemuan mereka sungguh mengasyikkan....tapi masih lagi bersempadan dengan batas2 dan hukum ajaran islam yang disulami peringatan dan pesanan serta perilaku teruna dan dara. Haaa....yg ni saya setuju sangat sangat utk anak2 muda mudi kita baca Novel ni sebab dalam bercinta tiada istilah berpeganan,bercumbuan & sebagainya!!! Adusss....panjang pulak saya nk menceritakan sinopsis ASST ni....so, korang kena baca novel ni sampai abis atau terjah je ke melur@maznijelita ni....hehehe!!! syoik sendiri nih!!


Hilman hero ASST digambarkan sekacak Daniel Henny...



Watak Intan Zulaikha.....dah tentulah saya!! sila nk pengsan.....hehehe
Aduss......ensem gile hero ni!!!
Lagi sinopis Novel ASST ni.....layan!!

Kisah kasih sayang di antara Hilman Yong kacukan Korea - American - Cina dan Intan Zulaikha. Mereka sangat berbeza tetapi kerana perbezaan itulah mereka berjodoh. Malangnya, kesampaiankah jodoh mereka apabila Hilman Yong seorang yang baru mengenali Islam lebih mencintai Islam dari Intan Zulaikha yang sememangnya dilahirkan Islam dari keturunan lagi berselisih faham kerana ego seorang Intan.

Muncul pula Damien Yong yang sentiasa menyesakkan dada Intan Zulaikha dengan aksinya yang daring, sexy, nakal dan menggoda. Intan terpaksa bersabar dengan Damien semata-mata untuk mendapatkan semula Hilmannya…seorang hamba Allah yang penuh kesabaran dan kesopanan.

Hilmanku…sifuku…kekasihku…Kembalilah…

" Saya tak pernah tinggalkan awak. Walaupun awak jauh, saya dapat melihat awak. Walaupun awak jauh, saya dapat merasa kehadiran awak. Walau pun awak jauh, saya dapat mendengar awak. Saya sentiasa di sisi awak. Awak sentiasa di sisi saya, di sini…"
Hilman Yong

" Don’t worry, I won’t kiss you. Saya tak cium sembarangan gadis. Saya tak ada selera dengan gadis biadab dan sombong seperti awak. Cik Zulaikha….saya nampak kehampaan di wajah awak. You really want me to kiss you. I can feel it. I can see it. From your eyes… your lips. Tetapi seperti saya cakap tadi, saya tak selera dengan orang biadab. Ciuman saya tidak semurah itu. Hanya untuk gadis yang bertuah dan terpilih saja."
Damien Yong

" Saya akui saya gembira bersama Mr Damien..saya tak boleh menyembunyikan perasaan saya……tetapi perasaan saya terhadap Mr Damien sepertimana kita bersentuhan di malam itu. Boleh saling melihat, saling bersentuh, saling bercium…..tetapi hanya di dinding kaca….ada batas dan sekatan. Yang tidak boleh dipecahkan……walau cuba dipecahkan…pasti kita akan cedera..ditusuk atau dihiris . Itulah Islam. Yang menjaga maruah dan kesucian sesuatu hubungan. Hanya hubungan halal yang boleh melenyapkannya."
Intan Zulaikha
 

NotaMukaCintaBukuf@fesbuk:- nk minta cik usben jadi seromantika HILMAN...cik usben, sila take action plssssssssssssssssssssssssssssssssss!!!

Friday, December 23, 2011

RM20 Lama vs Baru

Bank Negara Malaysia akan memperkenalkan balik duit RM20 version@design baru pada Julai 2012. Mesti masih ramai orang yg menyimpan koleksi duit RM20 version lama ni kan? I like design baru ni....color DiRaja!! sebatu dah tau tu duit baru 20 hengget....hehehe.





Thursday, December 22, 2011

ALHAMDULILLAH!!



Hampir tidak berkesempatan sekarang ni nak ber blogwalking bagai....bukan minat dah semakin menipis tapi keadaan@masa yg tidak mengizinkan. Tuntutan kerja + additional kerja saya sekarang ni iaitu Public Mutual.
Alhamdulillah.....24.Dec.2011 nanti genaplah 1 bulan saya bergelar Unit Trust Consultant. Rezeki saya juga mencurah2...Alhamdulillah...Alhamdulillah Syukur padamu Ya Allah. Saya dapat buat sales x sampai sebulan 50k....x caya? saya pon x percaya jugak!! hehehe...


Saya ingin mengucapkan penghargaan TERIMA KASIH yg tidak terhingga kepada encik usben yang sentiasa memahami serta merestui saya menceburkan diri dalam perkerjaan baru saya ni. Juga buat BFF saya yg sentiasa support serta menjadi runners buat saya iaitu K.Nor Harjati.....tenkiu!!! tunggu upahmu nanti:-) hehehe....

InsyaAllah...saya akan memberikan perkhidmatan servis yg terbaik kepada client-client Public Mutual saya.Doakan semoga saya succes selalu dlm pekerjaan baru ini!! Amin....

Tuesday, December 13, 2011

PECAH RUMAH


Terpanggil lak nk buat citer pecah rumah ni.....Dengar2nya sekarang ni kes pecah rumah dah berulang kembali di area Saujana Putra? Nak tanya...korang ada pengalaman rumah kena pecah? maksudnya rumah korang kena rampok eh bukan, dirompak?? Saya sendiri ada pengalaman tersebut....meh nk citer. Kisahnya 4 tahun lepas....masih lagi dirumah apartment lama Pangsapuri Sri Saujana,Bandar Saujana Putra.

Hari Jumaat selepas pulang dari kerja ...jiran tingkat bawah umah saya tu bagitahu ada seorang lelaki datang cari saya. Katanya kawan lama saya.Confius jap saya....bila tanya nama mamat yg cari saya tu  jiran kata tak ingat.Yg mushkil lagi kawan lelaki lak tu....jiran kata pakaian memang smart abis.Ala2 office attire gitu....cuma xde tie je yg t'gantung!! Kebetulan plan malam tu nk balik ke kampung & ambil 1 hari cuti extra on Monday tu.Saya dah rasa x sedap hati....boleh pulak saya simpan & sorokkan barang kemas yg seciput tu kat belakang kabinet.Yang lg pelik & sengalnya saya waktu tu ...pesal le aku x pakai barang kemas tu kan? lagi boleh sorok...sengal betul!! hehehe

Monday tu memang plan nk balik ke Saujana Putra after Maghrib la kononnya. Petang around pukul 5pm dapat panggilan telefon dari jiran. Katanya rumah saya dah kena pecah masuk. So,apa lagi....Rush Hour la jawapnya kitaorang balik ke rumah. Sampai je depan umah tengok tombol pintu dah dipecahkan.Siap diguntingnya grill utk mangga pintu tu skali...hebat x hebat la org ni buat keja.Dengan kesan tapak kasut merata2 dalam umah. Opkoz le saya terjah dulu tempat saya simpan barang kemas ciput saya tu.Fuh....nasib baik ada.Lain2 kesan biasa la bila orang dh pecah masuk ni mau berselerak dalam almari seperti orang mencari sesuatu la kan....Masa tu ada sket la perasaan trauma. Agak2 camni la kut kalo perompak terjah umah kita time kita ada skali kan??


Rupa2nya bukan rumah saya je yg perompak tu dah masuk. Jiran sebelah umah saya pon kena jugak! Jiran saya tu  Polis lagi tau!! Saya boleh tak perasan yg pintu depan umah jiran sebelah tu pon dh terngaga!! Rumah situ stail 1 tangga 4 buah rumah.Jiran depan masih belum pindah. so, mmg sunyi le area umah saya tu.Hasil yg dirompak dari umah saya ialah Smart Tax without TnGo card,duit-duit tukaran asing (byk negara dah) yg menjadi koleksi simpanan cik usben juga lesap dikebas! Jiran sebelah pulak barang kemas hampir 10K & duit utk insuran & rodtax kereta yg disimpan dalam laci juga abis disonglap! Memang malang sangat kami rasa waktu tu...dh le umah kena pecah, kena plak ganti pintu yg baru & repair grill yg dh kena pecah tu. Tak berhati perut langsung diorg ni! Dasar pencuri kan?? kalau saya dapat le pencuri yg masuk umah saya dulu tu...mau PECAH MUKA dia lak kena!! hehehe.........ganaz sangat le konon! Saya buat kesimpulan.....org yg usha cari saya tu sebenarnya dok usha tgk line clear ke tak umah saya tuh!!siot betul la kan??

Kita doakan jelah balasan org yg suka mencuri ni. Allah akan balas cash didunia & diakhirat nanti lagi teruk la kena.Mau ingat tuh! Kadang2 diorang ni terdesak sangat kut nk pakai duit.Tanpa memikirkan halal haram harta@rezeki yg diorang dapat tu. Kalau kafir skalipon pencuri tu...dasar takde perasaan kan?nak buat camne....dah keja diorg memang ditakdirkan untuk menjadi seorang pencuri dah termaktub.Hanya tunggu pembalasan jelah buat pencuri2 ini.

NotaCintaMukaBuku -:- Jangan mencuri.....haram jadah!!

Monday, December 12, 2011

FB untuk Orang PERAK!!

FB untuk Orang Perak aje..............smile:-)

Filem Ombak Rindu vs Novel






Antara Filem Melayu yg paling hot dipawagam sekarang ini opkoz le Filem Ombak Rindu yg diadaptasikan dr Novel Ombak Rindu. Saya dh menonton filem Ombak Rindu ni.ermmm...antara Filem & Novel dah tentu le saya memilih Novel yg lg feel, Stim untuk saya menghayatinya. Siapa yg kaki Novel tu memang akan cakap benda yg sama cam saya kut?? Boleh la kasi kreadit 4 bintang untuk Filem Ombak Rindu tersebut. Sebab ada Aaron Azizyg melakonkan babak tut!! so, kalau korang pergi bawa anak2 tu pandai2 le cover bijik mata diorg tu ek!! hehe...



ok, selamat menonton Filem Ombak Rindu!!

NotaCintaMukaBuku : Lisa Suriani x best plak saya rasa bawa watak Mila tu.....x cukup feel!!


Wednesday, December 7, 2011

Something AWESOME is coming -AirAsia


wow....terujanya!!! esok AirAsia akan buat sales besar besaran punya! harga RM0.10!! saya dh pecah lobang ni....so,cepat-cepat le book tiket anda utk ke destini dalam @ over the sea. kalau banyak duit laa...
Saya sendiri tak tau plan nk kemana kali ni....next year Febuari 2012 dh plan nk ke Vietnam together2 ngan netball members!! Jom....ramai2 kita terjah tiket murah kali ni!!!

Tuesday, December 6, 2011

Pesta Buku & Novel



Pesta Jualan Buku serta Novel bertempat di Karangkraf sec 15 Shah Alam dah lepas!! Giler tak terjah kan??saya yg memang seorang kakinobel ni tak lepas peluang tersebut. Jumaat lepas hari pertama sales je dah terjah ke Karangkraf. Sales sampai 70% ko...



lelong....murah aje!!

baru 2 buah je rembat novel:-)

with my BFF ...kYUS juga kaki nobel!!

Kyus & KAtun ...

Hasilnya.....9 buah novel + 2 buah buku cerita kisah Nabi utk anak2 telah saya rembat! Not bad...total semua baru RM110.Janji boleh claim balik ngan LHDN kan??
 

ok...abis suda!!

Thursday, December 1, 2011

Family Day



Hanya tinggal 2 hari saja lagi 'PROTON Family and Inovation Day 2011' yg akan diadakan di Sunway Lagoon!! Seramai 32,000 ahli keluarga PROTON termasuk Holdings,Shah Alam, Tg.Malim, Proton Edar, Miyazu & Lotus akan berkumpul disini....adusssss, bayangkan kepadatannya!!

Yeeeehaaa......debaran kembali lagi siapakah yg bakal membawa pulang Hadiah Cabutan bertuah iaitu KERETA PROTON! Dengar2nya kali ni 5units kereta jenis PROTON yg akan dijadikan sebagai Hadiah Utama!! Sama mcm sambutan Family Day 2010 @ Stadium Shah Alam ....Savvy, 2unit Saga, Persona & Exora. Tahun ini khabarnya Model terbaru Inspira juga tersenarai!! OMG!!!



NotaMukaCintaBuku :- Ya ALLAH, adakah itu salah satu rezeki untuk hambaMu ini?? Perkenankanlah Ya Allah..... Amin Ya Rabbal'alamin.





Tuesday, November 29, 2011

NEGARA PALING SELAMAT

Congrats..Malaysia still in the list!


 GPI atau Global Peace Index 2011 mengumumkan bahawa Malaysia tersenarai diantara negara paling selamat di dunia. Tak tau la pulak selamat tu dari segi keselamatan atau kewangan atau bencana. Tapi ianya tetap merupakan berita baik untuk rakyat Malaysia yang cintakan keamanan kerana kajian Global Peace Index (GPI) 2011 mendapati Malaysia adalah negara ke-19 paling selamat daripada 153 negara di seluruh dunia. Ini membolehkan negara kita Malaysia tersenarai dalam ranking dunia yang diiktiraf.

Malaysia juga diletakkan sebagai negara paling aman di Asia Tenggara dan keempat di Asia Pasifik selepas New Zealand, Jepun dan Australia. Ini adalah julung kalinya Malaysia diberi ranking setinggi itu sejak 2007 dan negara ini adalah antara enam negara bukan Eropah yang menduduki 20 tempat teratas dalam senarai berkenaan, di samping Iceland, New Zealand, Jepun, Qatar dan Australia.
Penemuan edisi kelima kaji selidik oleh Institute for Economics and Peace yang berpejabat di Sydney itu diumumkan pada hujung Mei. Pada 2007, Malaysia menduduki tangga ke-37 dan jatuh ke tangga ke-38 pada 2008, sebelum memperbaiki kedudukannya daripada tempat ke-26 pada 2009 kepada tempat ke-22 pada 2010 dan tempat ke-19 pada 2011.
Indeks berkenaan mengandungi 23 petunjuk kualitatif dan kuantitatif oleh sumber yang dihormati, yang menggabungkan faktor dalaman dan luaran — daripada perbelanjaan ketenteraan di peringkat nasional hinggalah kepada hubungan sesebuah negara dengan jirannya serta tahap pematuhan hak asasi manusia.




Friday, November 25, 2011

Selamat Tahun Baru 1433H



Bacaan Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun Hijrah


Menjelang petang sebelum berakhirnya waktu Asar, Sabtu 26hb November 2011, menandakan tahun Hijrah 1432 akan melabuhkan tirainya. Dengan itu Sabtu ini tahun baru Hijrah 1433 akan muncul selepas waktu maghrib. Di sini dikongsikan Doa Akhir tahun dan Doa Awal Tahun Hijrah untuk dibaca pada petang (Sabtu, 26 November 2011). Semoga semua amalan yang kita lakukan diterima dan semua dosa-dosa diampunkan oleh-Nya.


Semoga kita menjadi insan lebih mulia, lebih bertakwa dan berhijrah menjadi lebih baik dari sebelum ini.


Amin…


Marilah kita sama-sama membaca doa Akhir Tahun Hijrah 1432 pada penghujung waktu Asar, kemudian disusuli dengan membaca doa Awal Tahun Hijrah 1433 selepas waktu maghrib. Doa-doa tersebut adalah seperti berikut:




Doa Akhir Tahun.
Dibaca pada penghujung waktu Asar, sebelum masuk waktu Maghrib.

Doa Akhir Tahun Hijrah 1432

Doa Awal Tahun.

                                               Dibaca sebanyak selepas azan solat Maghrib.
Doa Awal Tahun 1433




Monday, November 21, 2011

Harimau vs Garuda

As salam & selamat pagi Senen semuanya:-)

Auuuuuuuuuummmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm.......hari ni saya penuh bersemangat dgn laungan harimau betina sbb skuad bola sepak Malaysia Bawah 23 tahun telah berjaya melangkah ke FINAL utk mempertahankan pingat EMAS sukan SEA yg dimenangi 2 tahun lepas di LAOS. Pertemuan pada malam ini menetang musuh tradisi yg tidak bertamadun iaitu Indonesia. Ayuh....malam ni beramai2 kita menyokong team pasukan Negara kita!! Semoga EMAS Sea games kali ini masih kekal utk pasukan Bola Sepak kita!! caiyokk......caiyokkk!!!!


Harimau vs Garuda
NotaKaki: Org Indon!!!Pleaseeeeeeeeeeee..... tolong respect lagu kebangsaan negara orang lain! sebab korang nampak sgt macam tak bertamadunnya!!

Thursday, November 17, 2011

Pemilik Nama MaZni



Antara hasil Novel nukilan MAZNI AZNITA.......

Wahhhh...tentu sekarang ni org yg bernama Mazni tgh glammer gitu!! alaaa lately ni kan nama MAZNI betul2 melonjak! baik dlm drama, teater & orang2 tertentu!! syukerrrnya saya!! 

Apa ada pada 'MAZNI' ?  
MAZNI
M -Mesra
A - Amanah
Z - Zingy
N - Naif
I - Ihklas
Ni salah satu contoh gara2 nama penulis novel 'Mazni Aznita' ni terus melonjakkan nama saya di opis.Kebetulan seorang opis mate saya ni membaca Novel MazniAznita ni  & kebetulan juga seorang lagi opismate saya yg bernama Aznita.Semuanya secara KEBETULAN!! Sampai diorg ingatkan yg saya kini dah jadi seorang penulis Novel....Jangan tertipu ye semua! saya belum sampai ke tahap utk menjadi seorang PENULIS NOVEL. Nak update blog ni pon merangkak2 lagi....

Tak sangka juga yg Penulis Novel MAZNI AZNITA ni dah byk menerbitkan novel. Saya sebagai seorang KAKI NOVEL ni juga belum pernah terserempak dgn Novel Penulis Mazni Aznita ni! ermmm....pasni nk terjah cari segala novel MazniAznita@Anita Aruszi  utk dibaca!!




Jom ke Beijing!!



Hanya RM288-5D4N-Best-of-Beijing-Scenery-4N-3Star-Hotel-Return-Airport-Transfers-3Full-Day-Beijing-Tour ? Biar BETIK?? saya pon x percaya sebenarnya...tapi setelah diselidik RM288 tu hanya bayaran utk aktiviti di sana sahaja. Tidak termasuk pakej ticket pergi/ balik, hanya dibawa ke tempat2 yg telah dipilih oleh Package tour ni sahaja.Tidak termasuk juga tempat2 menarik utk shopping di Beijing tu! harap maklum!!


Pada mereka2 yg merancang nk bercuti ke Beijing sewaktu musin cuti sekolah yg akan bermula minggu depan....ha,bolehlah visit this http://www.mydeal.com.my/deals/kuala-lumpur/RM288-5D4N-Best-of-Beijing-Scenery-4N-3Star-Hotel-Return-Airport-Transfers-3Full-Day-Beijing-Tour ni. Saya pon menyimpan hasrat utk sampai ke Beijing satu hari nanti....ntah bila le tu gamaknya! Yg pasti kalo naik tongkang memang sampe....muhahahaha!!


Wednesday, November 16, 2011

Teater Badai Semalam

  

Teater Badai Semalam ni akan bersiar pada 11-20 November 2011 di Istana Budaya, Kuala Lumpur. Teater yang diilhamkan dari novel karya Khadijah Hashim terbitan sekitar 1970-an. Novel ini pernah menjadi rujukan sastera sekolah-sekolah di Malaysia. Gara-gara watak utamanya 'Mazni' lakonan Erra Fazira membuatkan saya yg bernama Mazni juga teruja utk menonton teater ni. Agak2 dapat ke tiket? huhuhu.....

Pelakon: Erra Fazira
              Aaron Aziz
              Fizz Fairuz

Tenaga Produksi:
Pengarah: Khairunazwan Rodzi
Penulis Skrip: Rahimidin Zahari
Pengarah Artistik: Irwan Ismadi Shahrim

Sinopsis:-


Mazni anak seorang pembantu rumah membesar bersama ibunya yang tua dan uzur di sebuah banglo milik Encik Haris dan Puan Rohana. Mazni membesar di dalam rumah tersebut dengan penuh kesederhanaan kerana menyedari diri dan ibunya hanya menumpang berteduh di situ.

Walaupun majikan ibunya amat berbesar hati membenarkan mereka tinggal disitu, tetapi pandangan jiran tetangga amat buruk dan negatif terhadap mereka. Mereka berasa irihati dan cemburu dengan kecantikan dan kebijaksanaan Mazni apatah lagi apabila Karim, anak Encik Haris dan Puan Rohana mula jatuh hati kepada gadis tersebut. Pada mulanya Mazni hanya menganggap Karim sebagai abangnya sahaja.

Dari perasaan kasih jatuh kepada cinta. Karim berjaya menambat hati Mazni untuk bercinta dengannya. Walaupun Mazni tahu latar belakang Karim yang suka berfoya-foya dan tidak mempunyai komitmen dalam menjalinkan hubungan, telah mula berubah laku selepas di timpa musibah kemalangan yang berjaya menginsafkan dirinya. Layanan mesra oleh Mazni membuatkan Karim beria ingin memperisterikan Mazni. Walau banyak tentangan dan fitnah yang dilemparkan, tetapi Karim nekad memperisterikan Mazni. Puan Rohana, ibu Karim tidak bersetuju jika anaknya ingin menyunting Mazni, anak bekas orang gaji mereka. Malu kerana orang luar mula memperkatakan maruah keluarga nanti.

Mazni sedar akan dirinya itu yang tidak mempunyai apa-apa. Dia nekad untuk berkahwin dengan Karim lantaran kasihnya mula bersemi pada lelaki itu. Walaupun Mazni diminati oleh Zaki, tetapi hatinya terlebih dahulu diserahkan kepada Karim. Ibu Mazni amat kecewa apabila mendengar tohmahan dan fitnah tentang Mazni yang berkelakuan tidak senonoh itu. Di saat Mazni memerlukan sokongan, ibunya meninggal dunia. Tinggallah Mazni berdua dengan Karim sebagai suami isteri.


Mazni anak seorang pembantu rumah membesar bersama ibunya yang tua dan uzur di sebuah banglo milik Encik Haris dan Puan Rohana. Mazni membesar di dalam rumah tersebut dengan penuh kesederhanaan kerana menyedari diri dan ibunya hanya menumpang berteduh di situ.

Walaupun majikan ibunya amat berbesar hati membenarkan mereka tinggal disitu, tetapi pandangan jiran tetangga amat buruk dan negatif terhadap mereka. Mereka berasa irihati dan cemburu dengan kecantikan dan kebijaksanaan Mazni apatah lagi apabila Karim, anak Encik Haris dan Puan Rohana mula jatuh hati kepada gadis tersebut. Pada mulanya Mazni hanya menganggap Karim sebagai abangnya sahaja.

Dari perasaan kasih jatuh kepada cinta. Karim berjaya menambat hati Mazni untuk bercinta dengannya. Walaupun Mazni tahu latar belakang Karim yang suka berfoya-foya dan tidak mempunyai komitmen dalam menjalinkan hubungan, telah mula berubah laku selepas di timpa musibah kemalangan yang berjaya menginsafkan dirinya. Layanan mesra oleh Mazni membuatkan Karim beria ingin memperisterikan Mazni. Walau banyak tentangan dan fitnah yang dilemparkan, tetapi Karim nekad memperisterikan Mazni. Puan Rohana, ibu Karim tidak bersetuju jika anaknya ingin menyunting Mazni, anak bekas orang gaji mereka. Malu kerana orang luar mula memperkatakan maruah keluarga nanti.

Mazni sedar akan dirinya itu yang tidak mempunyai apa-apa. Dia nekad untuk berkahwin dengan Karim lantaran kasihnya mula bersemi pada lelaki itu. Walaupun Mazni diminati oleh Zaki, tetapi hatinya terlebih dahulu diserahkan kepada Karim. Ibu Mazni amat kecewa apabila mendengar tohmahan dan fitnah tentang Mazni yang berkelakuan tidak senonoh itu. Di saat Mazni memerlukan sokongan, ibunya meninggal dunia. Tinggallah Mazni berdua dengan Karim sebagai suami isteri.

Dalam pada masa yang sama Mazni menyambung pelajaran di sebelah malam. Hari berganti hari, terlalu banyak dugaan yang mendatang. Mazni terpaksa membahagikan masa dengan pelajarannya. Sedikit sebanyak, Mazni terpaksa mengenepikan kehendak Karim. Mazni berasa kecewa dengan sikap Karim yang mula berubah laku selepas mendirikan rumahtangga. Karim kembali dengan perangai lamanya yang suka berfoya-foya kerana merasakan Mazni telah mengabaikannya dan sibuk dengan buku-bukunya.

Apakah kesudahan hidup Mazni? Berjayakah Mazni mencapai cita-citanya? Zaki yang tidak pernah jemu-jemu menagih kasih pada Mazni masih belum berputus harap. Siapakah yang setia di sisinya?

Tiket-tiket berharga dari RM30 hingga RM300 untuk menyaksikan Badai Semalam, kini sudah pun mula dijual. Potongan harga sebanyak 20 peratus diberikan kepada golongan kurang upaya, warga emas dan pelajar.

 Bagi mereka yang mahu mendapatkan tiket teater yang turut dibintangi Emelda Rosmila dan Iqbal Taufik itu, bolehlah mendapatkannya dengan melayari laman web, www.ticket2u.biz atau hubungi talian 03-4147 8600.












Sunday, November 13, 2011

SUPER MAK!!

Kerja2 SUPERMAK dirumah tak pernah surut kan? bagi saya yg x menggunakan khidmat maid ni perlulah membuat sendiri kerja rumah ni.Bila tibanya wiken...kerja mengemas rumah dari pagi hingga ke petang tak berenti2 dibuatnya...hadoii! Dah tak perlu nak exercise keluarkan peluh...peluh memercik keluar dgn hasil bantuan mengemop lantai,turun naik tangga berulang2 kali serta meng'iron' baju yg berlambak2 itu!! Boleh dpt musle Iron man pasni....hehehe.

Bayangkan ye tuan/puan semua...bukan mudah kerja2 rumah yg perlu diuruskan orang perempuan ni.Dalam satu masa orang perempuan seperti saya ni boleh buat kerja 4 in 1. Sambil memasak, boleh lagi membasuh kain, sementara lauk masak didapur tu leh lagi mengemop lantai, basuh pinggan, buleh lagi lari p buang sampah, buleh lagi jeling2 TV....Kehkehkehkehkeh!! Orang laki leh buat tak kerja2 umah cam orang pompuan ni?? Rasanya kalo org laki ni dia akan buat 1 kerja je....kalo minta tolong buang sampah, buang sampah jelah jawapnya! tak sehebat org pompuan ni kan?? Sapa setuju kasi hangguk itu kapla...hehehe!! Betapa hebatnya penangan kuasa seorang "Super Duper Mak" ni kan???

Senarai kerja2 umah org pompuan:- Basuh Kain, Jemur Kain,Lipat Kain...malam singkap kain opss 18sx!! Memasak,basuh pinggan, mop lantai, sapu lantai,mop tingkap pintu segala, iron baju sedozen,tanam bunga,siram pokok bunga.Jaga anak, buat susu anak, bagi makan & mandi anak (untuk yg ada anak kecik & baby). banyak tol kerja umah org pompuan ni ek!! rasa2 cam ada lg kot yg tak masuk list.

SEKIAN TERIMA KASIH....saje petang wiken ni merapu sket:-)