Sunday, December 19, 2010

Persiapan Sekolah

ermmm.....back to school!!!
tinggal lebih kurang 2 minggu je lagi utk Haziq & Rafiq memulakan sesi persekolahan. Haziq akan memasuki alam persekolahan (darjah 1) si adik pula akan memasuki Tadika (5 tahun)...

Segala persiapan seperti baju sekolah,kasut,beg sekolah dan alat tulis telah kami siapkan utk mereka.Yang tinggal sekarang ni hanya utk membayar yuran serta membeli buku tulis dan sbagainya....sebenarnya saya yg terlebih excited utk membeli barang2 keperluan sekolah diorang..hehehe.Bukan nyer apa,waktu zaman saya dulu tak merasa semua ni sbb tidak berapa kemampuan...sian kan:)

Untuk Abg Haziq, beg sekolah SPIDERMAN,kasut Sekolah New Star 2 pasang, Baju Melayu berserta sampin Hijau utk Sekolah KAFA 2 pasang, Baju sekolah brand CANGGIH 3 pasang, singlet dan tali pinggang. Lain -lain alat tulis (byk dpt free) masih tidak di gunakan lagi..
Si Adik Rafiq pula akan memasuki sek tadika seusia 5 tahun...segala keperluan baju sekolah termasuk dlm yuran tahunan....yuran sekolah tadika Rafiq je RM1,2++ ...Si adik pon sibuk juga minta beg sekolah.Tapi si adik suka beg BEN 10. Alhamdulillah setakat ni keperluan sekolah hanya utk 2 orang je, tak dapat bayangkan jika kami mempunyai anak ramai yg kesemuanya bersekolah...persiapan utk persekolahan ni amat memerlukan kos yg tinggi...
Semua ibubapa akan mempersiapkan & memberi yg terbaek utk anak2 mereka. termasuklah kami....kami akan pastikan segala keperluan utk anak-anak akan sempurna.InsyaAllah....

Tuesday, November 16, 2010

Salam Eidul Adha

Salam Eidul Adha pada seluruh Umat Islam di dunia terutama kepada para jemaah Haji di Mekah. Setiap tahun menjadikan perhimpunan yg paling terbesar di dunia iaitu kira-kira 2.5 juta berkumpul di sana untuk mengerjakan Haji.

Mood Happy dh tiba....kenapa? kerana company saya OFF bermula dari 17 Nov until 21 Nov 2010 sempena Hari Raya Qurban ni.So, kami plan balik ke Kampung usband di Trolak,Perak.Pastu xde plan nk kemana-mana pon coz kena budget sikit sebab nk menghadapi persediaan utk anak2 masuk sekolah Rendah & Tadika for next year. sian kan utk anak kami??huhuhu....tp xpe,InsyaAllah ada rezeki lebih kita boleh jalan2 cuti2 Mesia ke?

Cuti Sekolah pon baru je bermula...last weekend hari Sabtu 13 Nov 2010, si Abg Haziq ada Graduation Day Tadika Tunas Bestari @ Bukit Jelutong. Jauh betul cikgunya mencari dewan sampai ke sana...Last year Dewan dekat sebelah Muzium Shah Alam tu aje. gambar2 akan di upload kemudian:)


Ptg selepas abis event tu, kami plan utk bawa 2 hero tu tgk movie....sibuk sgt tanye bila nk bawa tgk wayang...kan dh cuti school ni; kata si abg....so, Pilihan movie utk diorg opkos la tgk cartoon je...Megamind yg tgh top carta box office skrg ni....adusss, image x leh upload plak skrg ni. tgh brsabor ni:) Sebelum Movie start, kami membawa 2 org hero tu melepaskan hajat utk berKaraoke.hehehe...Sebab 2 orang hero tu memang sukaaaaaaaaaaa sangat menyanyi . X kira la lagu apa pon...Nasyid? Justin Bibior(org perak sebut),MUH pn depa tau...Aduii anak2 zaman skrg:)

So, itulah aktiviti pertama utk cuti persekolahan ni...

Friday, November 5, 2010

PROTON Inspira janji kelainan

Lagi artikel menarik mengenai PROTON INSPIRA:)

Oleh Ahmad Farizal Hajat
ahmadfarizal@bharian.com.my
2010/11/04


PROTON Inspira yang bakal dilancarkan 10 November ini, menawarkan pengalaman pemanduan berbeza berbanding Mitsubishi Lancer yang ada dalam pasaran ketika ini, terutama aspek keselesaan pengendalian berikutan sentuhan teknologi Lotus pada model itu. Pengurus Projek PROTON Inspira PROTON Holdings Bhd (PROTON), Zulkiflee Bidin, berkata sentuhan teknologi Lotus itu mempertingkatkan ciri pemanduan dan pengendalian model berkenaan, sekali gus memberikan pemandu serta penumpang Inspira pengalaman memandu lebih menarik dan selesa. “Mitsubishi Lancer yang ada di pasaran ketika ini adalah model yang dipasarkan untuk segmen tertentu, khususnya golongan muda yang sukakan kenderaan yang tegar dan sporty.




“Bagi Inspira, selain mengekalkan ciri tegar serta sporty, ia turut dibangunkan bagi memenuhi keperluan keluarga yang mahukan kereta selesa tetapi kualiti pemanduan kelas terbaik.
“Dengan menerapkan teknologi Lotus dalam pemanduan dan pengendalian, model sedan baru PROTON ini dijangka mampu memikat dan menarik perhatian semua golongan termasuk mereka yang berkeluarga,” katanya pada taklimat media ketika lawatan ke kilang pemasangan Inspira di Shah Alam, semalam.


PROTON Inspira dibangunkan bersama oleh PROTON dengan Mitsubishi Motor Corporation (MMC) dari Jepun menerusi kerjasama strategik baru antara syarikat berkenaan.


Menerusi kerjasama itu, MMC menawarkan model Lancer versi terkininya kepada PROTON untuk diubah suai dan dikeluarkan sebagai model PROTON.
Syarikat Jepun itu juga sebelum ini mengadakan kerjasama hampir sama dengan Peugeot yang mana model Outlander diubahsuai serta dikeluarkan sebagai model SUV syarikat Perancis itu.
Zulkiflee berkata, peningkatan pengendalian dan keselesaan pemanduan yang dilaksanakan PROTON itu mendapat pujian MMC apabila tiga juruteranya yang ditugaskan memantau pembangunan model itu, memberikan maklum balas positif selepas memandu uji Inspira.




“Meskipun hasrat PROTON untuk membuat beberapa perubahan kepada Inspira ditentang, namun selepas beberapa sesi penerangan dan ujian, mereka terkejut dengan peningkatan dibuat, sekali gus memuji usaha PROTON itu,” katanya.
Inspira yang setakat 3 Oktober lalu sudah menerima 1,500 unit tempahan, akan ditawarkan pada harga permulaan RM79,888 seunit.


Sebanyak 300 unit model Inspira yang ditawarkan dengan dua kapasiti enjin iaitu 1.8 liter dan 2.0 liter dan didatangkan dalam empat warna iaitu merah, hitam, perak dan putih itu, kini sedia untuk diserahkan kepada pembeli, manakala hampir 500 unit dalam peringkat pengeluaran akhir.

Thursday, November 4, 2010

KaKi NOVEL

Saya pengemar @ dikenali sebagai ulat Novel a.k.a buku cerita.Semestinya NOVEL yang saya baca ialah Novel Melayu...saya kan orang Melayu:) Dari saya sekolah Menengah,bekerja sehinggalah saya dah berumah tangga ni minat saya kepada membaca Novel tak pernah hilang.Rasanya dah beratus-ratus NOVEL yang saya dah baca.Setiap kali ada jualan murah utk Novel/Buku cerita saya akan membelinya....Sampaikan En.usband saya sendiri dh x tahu nk cakap apa, bila setiap kali saya bawa balik 1 novel baru ke rumah utk membacanya.Kepada my usband, terima kasih Sayang:) Dia memang seorang yg memahami dari kami berkawan hinggalah sekarang ni.hehehe...kisah waktu kami berkawan & bertunang dulu pon saya paksa En.Usband saya baca Novel.Waktu tu dia ikut la terjebak...tapi sekarang bila saya hulur je Novel dia akan geleng kepala.Xde masa katanya...karang kalau abang baca jugak, siapa yg nk layan anak2...hehehe.


Tapi sebelum tu saya akan pastikan segala keperluan makan minum usband,anak2 perlu dibereskan dulu.Termasuklah keperluan rumah...ha,lepas selesai segalanya, saya akan memulakan operasi membaca novel hinggalah mata saya mampu bertahan.paling kurang pon saya akan baca novel sampai jam 2-3 pagi.Sanggup saya semata2 utk mentelaah Novel2 yg saya beli tu...hehe.


Tapi, jgn ingat saya hanya membaca Novel2 sahaja.Kita kenalah juga tanamkan minat membaca ni tak kiralah apa jua bahan bacaan sekalipon...Paling penting kena baca AL-Quran.Walau 1 hari sehelai muka surat pon jadilah.Hadis sendiri ada menyebut 'bacalah walau dgn 1 ayat pon':)


Macam2 bentuk bahan bacaan yg ada kat rumah saya tu; Majalah Harmoni (setiap bulan), Novel-Novel Melayu Alaf 21, Buku2 Soal Jawap Agama dan buku2 cerita anak2 saya.Pernah saya terdetik a.k.a berangan je lebey sebenarnya nk jadi seorang penulis NOVEL CINTA yg berjaya...hehehe.Dapat royalti sket dr hasil titil peluh yg kita karang tu...


Sebenarnya saya nk berkongsi antara Novel2 yang pernah saya baca.Saya pon dh buat listing senarai tajuk Novel yg pernah saya baca beserta dgn Sinopsisnya...bukan apa, Tajuk Novel hampir sama.Takut jalan cerita tak ingat pulak....so, ini adalah antara koleksi Novel yg saya pernah baca...


Tajuk : Kenangan Terindah
Pengarang : Hezzy Azra
Penerbit : Alaf 21
ISBN : 978-983-124-395-4
Muka Surat : 528 Halaman
Status Stok : ADA
SANGGUP berkorban tanda cinta, tetapi Marisa tidak rela mempersiakan usia muda untuk berkahwin dengan Ridzwan. Apatah lagi selepas itu terpaksa berpisah kerana Ridzwan ingin melanjutkan pelajaran di luar negara.
Bukan bermakna cintanya tiada harga. Dia tahu, Ridzwan keliru dalam mengukur sejauh mana cintanya. Mustahil Ridzwan tergamak membiarkan diri berpaut pada yang lain, menabur duri pada cintanya. Namun, hati lelaki sememangnya sukar dijaga. Kesetiaannya pedih dicalar luka.
Kemudian, dugaan membadai lagi. Ayah tercinta pula pergi buat selamanya. Tanggungjawab pada keluarga dan syarikat digalas di usia muda. Kesabarannya berbalas, TUHAN hadirkan seorang insan untuk menghapuskan air mata, merawat lukanya dan berada di sisi... ketika suka atau duka.
Masa berlalu... Ridzwan kembali menagih cinta. Hati Marisa tidak pernah keliru, cintanya terhadap si dia semakin menebal. Namun, dirahsiakan nama si dia daripada pengetahuan Ridzwan, tidak mahu lelaki itu tersalah anggap.




Tajuk : Camar Yang Pergi
Pengarang : Iris Ixora
Penerbit : Alaf 21 Sdn Bhd
ISBN : 978-983-124-374-9
Mukasurat : 500 Halaman
Status Stok : ADA

DILARA seorang gadis miskin yang tidak habis sekolah, sering berkhayal untuk berdampingan dengan pemuda yang kaya-raya. Namun, bila difi kirkan, mana mungkin dia dapat duduk setaraf dengan golongan elit? Apatah lagi berkahwin dengan jejaka idaman kalbu yang digilai oleh ramai gadis.
Khayalannya hampir menjadi realiti bila dia menjadi tukang cuci di rumah orang kaya bagi menggantikan ibunya yang sakit. Dalam diam, dia dapat mendampingi Orhan, anak majikannya dan sering berkhayal mereka bersama. Bila tidak memandang wajah lelaki itu, dia diamuk resah dan rindu yang membara.
Namun, apakan daya, Orhan sah menjadi milik Nesye. Akhirnya, Dilara membuang khayalannya dan dia terpaksa menanggung kesedihan seorang diri. Bagi Orhan pula, perkahwinannya dengan Nesye dianggap satu kesilapan kerana dia benar-benar belum bersedia. Dalam diam, dia terpaut pada Dilara kerana sejak pertama kali mata mereka bertemu, dia sebenarnya sudah jatuh hati.
Bahtera perkahwinan Orhan dan Nesye tidak bertahan lama. Akhirnya, perceraian pun berlaku. Takdir memekarkan kembali hubungan Orhan dan Dilara. Namun, bersediakah Dilara menghidupkan kembali khayalan yang telah dibuangnya itu?

Untuk pengetahuan, saya berkawan dgn Pengarang Novel 'Camar Yang Pergi' iaitu K.Iris Ixora yang sekarang ni menetap di Turki.Saya berjumpa dgn beliau semasa Jualan Alaf 21 di Sec.16 Shah Alam.Waktu tu saya sendiri tidak tahu yang Penulis Camar yang Pergi ni ada datang. Dari situ kami berhubung melalui email.Saya juga tengah menantikan keluaran Novel k-3 dari K.Iris...errrmmm.



Tuesday, November 2, 2010

Penama Takaful/Insurans

Lagi INFO yg menarik boleh dikongsi:)
Saya menerima satu maklumat yang agak mengejutkan ketika saya menghadiri


satu kursuslatihan baru-baru ini.



”Kira-kira 80% suami akan meletakkan nama isteri mereka
sebagai penama polisi takaful mereka, namun hanya kira-kira
30% isteri meletakkan nama suami mereka sebagai penama”,
kata pegawai latihan tersebut kepada para peserta.


Ia disambut dengan hilai tawa para peserta porgram.
Baik lelaki mahupun wanita. Ada yang tersenyum-senyum,
terutama wanita. Bagi peserta lelaki pula, nampak senyuman sinis di bibir
mereka.

Saya pun agak sedikit terkejut dengan pendedahan tersebut.
Apabila diimbas sekali polisi-polisi klien-klien saya sebelum ini,
memang tidak dapat dinafikan kaum wanita akan cenderung
untuk tidak meletakkan nama suami mereka sebagai
penama takaful mereka.


Malah, sebenarnya perkara ini bukan saya berlaku di dalam
memilih penama polisi takaful, ia juga melibatkan penama
di dalam perkara-perkara lain. Sebagai contoh, penama
Kumpulan Wang Simpanan Nasional (KWSP),
selalunya wanita meletakkan nama ibu atau bapa mereka.


Berdasarkan maklumat yang saya perolehi,
selalunya wanita akan meletakkan nama anak-anak
mereka sebagai penama. Dalam kes KWSP pula,
nama ibu selalunya diletakkan kerana selalunya
mereka bekerja terlebih dahulu dan kemudian baru berkahwin.
Selepas berkahwin, penama tersebut tidak diubah.


Penama Hanya Pemegang Amanah, Bukan Penerima
Namun, sebenarnya tindakan meletakkan nama anak sebagai
penama tidak menyelesaikan masalah. Kerana, penama
hanyalah bertindak sebagai wasi atau pemegang amanah.
Penama bukanlah pemegang hak tersebut.
Ia sebenarnya telah diputuskan di dalam
mesyuarat Majlis Fatwa Kebangsaan pada tahun 1978 lagi.
Rujuk http://www.e-fatwa.gov.my/jakim/keputusan_view.asp?keyID=103

 
Secara umumnya, penama hanyalah bertindak sebagai pemegang amanah sahaja.
Penama hanyalah sebagai pemegang amanah bagi harta bagi si mati
sama ada pampasan takaful/insurans, wang KWSP dan lain-lain.
Penama tadi bertanggung jawab untuk mengagih-agihkan harta-harta
tadi kepada pewaris si mati mengikut hukum faraid.

Apabila penama yang diletakkan adalah anak di bawah umur 18 tahun,
ini akan menimbulkan masalah, kerana harta tersebut akan dibekukan
sehinggalah anak tersebut mencapai usia 18 tahun.

Saya pernah mendengar satu kes, apabila seorang lelaki meninggal dunia
dan meninggalkan seorang balu dan beberapa orang anak.
Beruntung bale berkenaan kerana suaminya mengambil polisi takaful.
Namun apabila dibuat tuntutan, didapati penama yang
diletakkan adalah nama anak-anak mereka.
Maka, wang pampasan tersebut terpaksa dibekukan sehingga penama mencapai
usia 18 tahun.

 

Lebih malang lagi, anak sulung mereka baru mencecah usia sekolah rendah.
Maka, balu tadi terpaksa menunggu kira-kira sepuluh tahun selepas itu
untuk membuat tuntutan sepenuhnya terhadap harta peninggalan si mati.
Justeru, berhati-hati sekiranya Tuan-tuan dan Puan-puan ingin meletakkan
nama anak sebagai penama. Pastikan mereka sudah cukup umurnya 18 tahun.

 
Sebaiknya, letaklah nama orang yang kita terima ijab dan qabulnya
sebagai pemegang amanah harta kita sesudah kita tiada.
Nota: Sekiranya tuan-puan masih mampu membaca tulisan ini,
bermakna tuan-puan masih berpeluang untuk menukar
nama penama tuan-puan sebelum tuan-puan pergi terlebih dahulu.

Saturday, October 30, 2010

ICT Lagi..........................

Kami sekeluarga kembali lagi ke ICT kali ini dgn membawa jeng...jeng...jejengg!!!!...Pada bulan Febuary haritu kami sekeluarga dtg tanpa membawa kamera pon.hanya camera HP yg tidak berapa nk canggih.Oleh kerana ke'jelesan' kami dgn orang ramai yg datang kesana dgn membawa kamera yg canggih....akhirnya kami 'terbeli' Kamera NIKON D5000.

Sempena memenuhi janji pada Haziq yg dh selamat abis Exam akhir tahun persekolahan Tadikanya, So pd 20 Oct 2010 bersamaan dgn hari Sabtu malam minggu lalu kami telah kesana  SEKALI LAGI di ulangi...SEKALI LAGI!!! sambil dikenakan bayaran masuk RM10 termasuk parking.(sbb mass opening bln Feb tu still free lagi)..


Rafiq yg pose ensem gitew!!


aksi karate kid dari Haziq:)

gambar yg d'ambil oleh Abg Haziq. Cun la:)

kalau katak ni hidup....sure x berani nk laning atas badan.hehehe

aksi burung terbang dr Haziq.

Ibu pn nk pose cun gitew:)

auuuummmmmmmmmmmmmmmmmmmmm!!!!!!!!

aksi kungfu kid dari my Hero...

nampak rimau tu cam senyum jerk......

lagi aksi ala2 kungfu kid dr 2 beradik ni...

Friday, October 29, 2010

Rahsia Makan

Lagi topik menarik untuk di kongsi.

RAHSIA MAKAN NABI KITA

Rupanya tanpa kita sedari, dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita tak boleh makan sesuka hati kita saja. Inilah penyebab terjadinya berbagai penyakit antara lain penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain-lain penyakit. Apabila anda telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yang lainnya.
Ustaz Abdullah Mahmood mengungkapkan, Rasulullah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari. InsyaAllah kalau anda ikut diet Rasulullah ini, Anda takkan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan.
Jangan makan SUSU bersama DAGING
Jangan makan DAGING bersama IKAN
Jangan makan IKAN bersama SUSU
Jangan makan AYAM bersama SUSU
Jangan makan IKAN bersama TELUR
Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD
Jangan makan SUSU bersama CUKA
Jangan makan BUAH bersama SUSU (Contoh : KOKTEL)
CARA MAKAN
* Jangan makan buah setelah makan nasi, sebaliknya makanlah buah terlebih dahulu, baru makan nasi.
* Tidur 1 jam setelah makan tengah hari.
*Jangan sesekali tinggal makan malam. Barang siapa yg tinggal makan malam dia akan dimakan usia dan kolesterol dalam badan akan berganda. Nampak memang sulit.. tapi, kalau tak percaya? Kesannya tidak dalam jangka pendek?. Kesannya akan nampak bila kita sudah tua nanti.
* Dalam Al-Quran juga melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah mencegah kita makan ikan bersama susu. kerana akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh ilmuwan yang menemukan bahawa dalam daging ayam mengandung ion+ sedangkan dalam ikan mengandung ion-, jika dalam makanan kita ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merosakkan usus kita.
Al-Quran Juga mengajarkan kita menjaga kesihatan spt membuat amalan antara lain:
1. Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap ke dalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan tidak gemuk.
2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air dalam peti sejuk/ais) setiap pagi. Mujarabnya InsyaAllah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).
3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit setelah membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang tersebut.
4. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari.Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahawa enzim banyak terkandung di celah jari-jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzim sejenis alat percerna makanan).

SAYANGI & BERSYUKURLAH DGN KEHADIRAN SEORANG YANG BERGELAR SUAMI

Salam semua...
pagi ni dpt email dari member office, tajuk takzirah pd pagi ini : SAYANGI & BERSYUKURLAH DGN KEHADIRAN SEORANG YANG BERGELAR SUAMI.


Entry ni dari blog : http://umidanishku.blogspot.com


Walaupon aku copy paste,Cerita ini menarik dan ingin dikongsi bersama dlm blogku ini...
sebagai panduan buat diriku dan juga teman2.


SUATU PERJALANAN
“Tanggungjawab suami selain memberi nafkah dan mencari rezeki, jangan lupa bimbing anak dan isteri. Kalau suatu hari berlaku selisih faham, jangan cepat menuding jari. Duduk berbincang dan cari kata sepakat. Tiada bumi tak ditimpa hujan.”
Teringat pesan ayah di suatu petang...
“Ayah dulu bila arwah mak mula bising bersuara, ayah tak balas dengan kata-kata. Ayah keluar hidupkan motor, pergi ke Behrang cari mee goreng mamak. Bila sampai saja di rumah, ayah hulur pada arwah Mak, muka yang tadi masam terus tersenyum riang. Suami kena tahu kesukaan isteri, supaya mudah memujuk hati,” ayah menambah berkongsi pengalaman selama 41 tahun bersama arwah Mak.

Persefahaman antara suami dan isteri bukan boleh dicapai sehari dua. Ia merupakan satu perjalanan sepanjang usia perkahwinan. Cabaran dan dugaan pastinya tidak sama, di awal, pertengahan dan di hujungnya. Justeru, sikap saling memberi dan menerima sangat perlu dipupuk dan dibaja. Memberi kelebihan diri untuk saling melengkapi. Menerima kekurangan untuk saling menginsafi, suami mahu pun isteri bukanlah manusia sempurna.


SILAP ISTERI
Kesilapan isteri bermula apabila melupakan kebaikan suami kerana benci dengan sikapnya yang tidak menyenangkan hati. Silap menjadi dosa andai keistimewaan suami orang yang sering dibicara. Keburukan suami dijaja, atas alasan minta nasihat rumahtangga. Tapi apa maknanya kalau semua orang bercerita. Rasulullah SAW pernah mengingatkan melalui sabdanya yang bermaksud:

 
“Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka”Seorang wanita lalu bangun bertanya, “Apakah yang menyebabkan yang demikian? Adakah sebab kami ini kufur?”Rasulullah SAW menjawab, “Tidak. Bukan begitu. Tetapi ada dua tabiat kamu yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu kedalam neraka:

1. Kamu banyak mengutuk atau menyumpah
2. Kamu kufurkan kebaikan suami.”




Ada kalanya, isteri merajuk tanpa sepatah kata. Suami yang tak tahu menahu, terus buat biasa. Muka isteri semakin kelat, hilang serinya. Menahan ego diri, ingin dipujuk dengan kata cinta, namun tidak berbicara dan bersemuka. Suami tertanya-tanya sendiri, akhirnya terasa hati. Salah siapa agaknya, bila masing-masing memendam rasa. Kasih mula bertukar marah. Marah marak menyala benci.


YANG LEBIH, YANG KURANG
“Awak beruntung ye, dapat suami yang memahami. Tak seperti saya. Hari-hari menjeruk rasa,” luah seorang teman yang baru beroleh cahaya mata.
“Suami saya juga ada kurangnya. Tapi kelebihannya lebih banyak untuk saya perkatakan. Saya pun isteri yang ada salah dan silap,” jawab saya supaya dia buka mata.
“ Ada suami yang tak pandai urusan rumah tangga, namun dia bijak berjenaka, meriah suasana. Ada suami yang jarang menghadiahkan bunga, tapi selalu membelanja anak dan isteri dengan makanan istimewa. Dan ramai juga suami yang tidak reti memujuk, bermain kata. Tapi mudah bertoleransi bila diminta bantu sini dan sana . Ketepikan kekurangannya dan ambil kelebihan. Pasti awak juga akan rasa bertuah beroleh suami seperti dia.” pujuk saya lagi. Moga-moga dia berubah hati. Kembali ‘memandang tinggi’ kehadiran seorang suami.


ENGKAU TERBAIK UNTUKKU
“Sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri, buang yang keruh, ambil yang jernih. Baru teguh peribadi.”
Wahai teman bergelar isteri, mari kita muhasabah diri. Pohon keampunan dari Ilahi agar cinta Nya bersemi kembali. Banyakkan istighfar dan juga sedekah, kerana janji Allah setiap kebaikan menghapus kejahatan.
Susunkan jemari pintalah kemaafan dari lelaki bernama suami. Jangan bertangguh dan jangan lengah. Bimbang maaf tiada serinya lagi.
Pandang wajahnya, lihat matanya. Bisikkan di sanubari, “Terima kasih, suamiku. Engkau terbaik untuk diri ini.”
Mencari dan terus mencari cinta Ilahi.
Saling berpesan-pesan kpd kebaikan..

Thursday, October 28, 2010

Movie 2010

   Lagi 2 minggu sesi persekolahan akan berakhir...kemana destinasi menarik untuk bawa anak2 berjalan ye?Paling2 cokia pon ingat nk bawa tengok Movie je...pilihan diorg opkos le nk tgk kartun....si abang dh hint2 nk tgk movie cartoon Rapunzel....si Adik tak abis2 dgn movie cartoon Toy Story 3 yg dh lepas tayang pon.hehehe....pening nk layan karenah 2 hero ni...nak layan movie kt panggung je,tak mahu beli CD.

                                     Rapunzel....Coming in November 2010

                                     Shrek yg comel,menarik dan mencuit hati...

                         Citer ni x pasti samada dh dimainkan di wayang @ tidak...

How you train your Dragon...kisah pengembaraan yg hebat

    Movie Toy Story yg ter'miss' ...cite ni yg di tunggu2 sgt oleh si Adik Rafiq.

and the best movie 2010 is The Karate Kid....Anak2 mmg happening tgk citer ni.

Saturday, October 23, 2010

Happy Besday to My Hero - Muhammad Rafiq Hazwan

Eppy Besday to Rafiq yg ke 4...19.Oct.2010 dh lepas pon:)
x sangka next year dh sekolah. Sekolah Tadika 5 thn maaa...
Majlis besday Rafiq just buat di Taska saje coz jatuh hari weekdays...kalau weekend, InsyaAllah boleh ibu  boleh arrange celebrate d'rumah...



lagi gambar utk majlis besday adik Rafiq ni akan diupadte kemudian....

Souvenier from Oversea

Banyak  souvenier yg aku terima dari kawan2 yg outsation ke obersea.Suka jugak aku kumpul2 buat collection sendiri...Antaranya dr China,Holland,New Zealand,Barcelona,Brussels,Torino,Bahrin,Iran dan byk negara lain lagi...Paling byk yg aku terima Brooch from Korea..setiap kali ada kawan2 yg ke sana, mesti akan balik bagi 1 set brooch Korea utk aku.Save, x payah nk beli kt sini dah....
InsyaAllah, kalau ada rezeki sampai le aku ke salah satu negara ....Paling penting sekali biarlah dpt g Mekah tunaikan Haji terus....itu pon kalau di murahkan rezeki serta di panjangkan umur.Amin.....

                                                    Yang ni sebahagian dr collection....




PROTON INSPIRA

PROTON INSPIRA akan menggantikan PROTON WAJA yg akan dilancarkan pada November 2010.Date and Location x confirm lagi...
Tempahan untuk INSPIRA juga telah dibuka kpd orang ramai.Kepada peminat Mitsubishi Lancer a.k.a INSPIRA silalah buat tempahan anda sekarang.Harga dari 79K hingga 95k...jangan kutuk2 PROTON tau, x baikkkk u :P

Friday, October 22, 2010

salam semua...

konon2 nk aktive balik la blog ni...sampai pasword pn hampir lupa!adehhhh....
tp mmg d'takdirkan bukan sebagai penulis...blog aku ni t'bantut a.k.a sarang tebuan la...xde org nk singgah @ baca...lebih kpd syiokkkk sendiri....x kesah lah!! janji x kacau org!!
agak2 kalau aku jadi wartawan paparazi menulis artikel gosip mengenai artis ke, org2 kenamaan ke, dh  tentu meletup Blog aku ni...hehehe.sbb tu Allah x pilih aku jadi seorg wartawan Paparazi...ada gak hikmahnya!!

Saturday, June 5, 2010

Ulang Tahun Perkahwinan yg-7


Imran Ajmain – Selamat Ulang Tahun Sayang

Yang tulus ikhlas

Ingin sekali sekala dirinya dibalas

Walau hanya dengan dakapan di angin lalu


Yang selalu memberi

Ingin sekali sekala jadi penerima

Cukup dengan salam dan manis doa


Aku ingin kau merasakan hebatnya cinta

Dan leburkan saja serpihan calar derita


Selamat ulang tahun sayang

Kini kau bersayap, pergilah terbang

Rentaslah langit cita cita mu

Harap nanti kita ‘kan bertemu
Selamat ulang tahun sayang

Janganlah engkau tak terbang pulang

Ku nanti penuh kerinduan

Selamat tinggal, selamat jalan
Aku hanya inginkan engkau setia

Kerana setia yang mencipta bahagiamu

walaupun dh lama berlama lalu tarikh ulang tahun perkahwinan kami...rasanya x terlambat lg utk aku mengucapkan Selamat Ulang Tahun perkahwinan yg ke 7 utk diriku & juga Usband...Semoga perkahwinan kita kekal bahgia bersama anak2 hingga ke akhirnya....Amin!!



Tuesday, April 13, 2010

Walk Hunt + Walk Ping @ LangKaWi.............

 "MINI TRESURE HUNT + WALK PING @ PULAU LANGKAWI"

Untuk pertama kalinya dalam sejarah Kelab Proton (Aktiviti Wanita) telah mengadakan mini tresure hunt d'Langkawi.Ianya lebih kepada shopping sebenarnya...kes!kes! sambil buat tresure sambil shopping. Tu yang d'shortkan "Walk Hunt + Walk Ping".Kali ini aktiviti kena bermalam.3 tahun yg b4 ni punye tresure just for 1 day.Keluar pagi balik petang....kali ni kira gempak le sikit....3 hari 2 malam. Org kuat utk aktiviti kali ini tentulah K.Ani & K.Julia...aku,k.ana,Bj,K.Jati & k.pah just support apa2 yg patut! Plan hanya dlm masa 1 bln 1/2 sj. Akhirnya dptlah date yg di pilih.Tapi terpaksalah korban kan cuti utk siapa yg berminat nk pergi.Ingtkan tiada sambutan langsung....akhirnya 13 team yg hantar nama (5 org for 1 team).Bermacam2 duagaan plak utk book ticket nk ke sana. Maklumlah, kami tidak mahu membebankan peserta. So, perserta hanya perlu membayar RM150 seorg!


so, tahun ni aku tukar plan utk jadi peserta. Dh 3 kali aktiviti hunt ni aku dok join jadi AJK jer, kali ni nak merasa sendiri hunt yg last skali aku join pd 2006 trip bersama family ke Kuantan.1st Hunt dulu gi ke Sg.Petani,Kedah.Aku nyer team geng kaki netball....senang & sekapla la bak kata org! janji happy dan pecah panggung kalu gelak...Aku, Zainur, Zaharah,Laila dan last one (paling Otai) K.Ana. so, tinggallah AJKnyer K.Ani,k.Julia,k.Pah dan muka baru Bjay....(ha, jagalah ko kebajikan kami2 ni) .


Akhirnya hari utk berangkat ke Langkawi 7/4/2010 - dari LCCT ke Langkawi.
flight pertama berlepas pd pukul 6.50pm seramai 29 peserta. Utk flight k'2 pula - 9.15pm seramai 35 org peserta and seterusnya pada 8/4/2010 flight yg k'3 7.10am seramai 7 org je lagi peserta yg tinggal.


1st day @ Langkawi- 7/4/2010 @ 10.15pm
grupe2nyerr si Laila & Zara ni 1st time sampai ke sini....maklumlah, international punyer org!! hehehe.Untuk aku ini adalah kali yg k-3 sampai di Pulau ni...
Mlm tu we all dpt kereta WIRA (  d'tanggung bayar oleh pihak Kelab Proton) Condition keta wira tu ..Ok2  lerr....pastu we all follow Van yg di bawa oleh brother merangkap kawan pd K.ju utk ke 'Hotel Inapan' kami.C Zara yg drive memandangkn aku blur skit kalu nk drive mlm2 ni. So, kejadian pertama...jeng2...jeng....tersalah follow Van.Hampesss....dh le minyak kami belum isi lagi...boleh straight je ke jln pdg Mat Sirat.
setibanya kami di 'hotel' tersebut, letak je beg terus keluar g cari gerai makan memandangkan  perut masing2 lapor walau jam dh kol 12 waktu tu.



2nd day @ Langkawi - 8/4/2010
haa....ini hari aktivity bebas. so, lepas je breakfast we all plan nk ke Cable Car.Pagi tu aku makan nasi lemak & teh tarik (glas besar lagi) pay around RM2.70.Murah s'sgt kalu nk compre kt sini.Nasi lemak menimbun lagi.....
B4 sampai nk ke Cable car, we all berenti kt Park Harbour tmpt landingnya kapal2 mewah mat salleh ni. Cantik pandangan kt situ...so, apa lagi...gambar sakanlah....

To join sekali ngan kita org nk ke Cable car tu is K.Amzie group.(K.Munah,Nadia,Hasni & Aizan) Mmg nasib tidak menyebelahi Laila,Zara & Zainur.Cable Car di tutup pula bermula dari 4/4/2010 ~ 16/4/2010....hehehe sian korang!! x dpt nk merasa kegayatan serta melihat pemandangan seluruh pulau Langkawi yg cantik bila berada di puncak antara 2 gunung Mat Cincang tu. walaupn aku yg dh 2x naik pn masih terasa gayat lagi tau!!apa2 pn tetap layan bergambar dgn kamera c'Laila.



Plan seterusnya bila cable car dh x buleh nk naik we all plan nk ke tempat Beras Terbakar.So, turn ni C'Zainur plak yg drive. Bila nk sampai ke selekoh tempat park harbour tu tetiba plak JPJ buat roadblock...masa dtg tadi xde pon. So, ingatkan buleh jln teruslah.rupa2nya keta we all kena tahan.T'masuklah k.amzie & the geng gak.Mengikut kata mamat JPJ tu, keta yg we all sewa ni xde premit.Pastu setiap dari kami-kami ni  kena bagi IC utk d'ambil pengesahan.Bengang jugak, mana xnyer...kitaorg pn xtau yg keta tu di sewakan tiada permit pd kami.Semua tu dh di uruskan oleh agent keta yg di cari oleh K.Ana....K.Ana pn time tu dh bengang abis ngan mamat JPJ tu.Habis masa kt situ je hampir 1/2 jam...adoiii!! Dugaaan TOL aritu walau tiada TOL d'Langkawi tuh...ngeh!ngeh!ngeh!

Sampai je di Beras Terbakar tu ada la yg kitaorg shopping sket2.... kat sini compare murah sikit segala kain batik,minyak gamat.Destination seterusnya kt'org gi ke Makam Mahsuri. Aku 1st datang ke Makam Mahsuri ni dulu 6 tahun lepas.Masa tu 1st time dtg ke Langkawi ni ngan Husband. Aku rasa dh byk yg x terjaga kt area Makam Mahsuri tu.Byk fasiliti yg dh out..... Tp dulu xde lagi Muzium.Bayaran masuk pn dh meningkat kpd RM5.After tu gi lunch dulu before gi 'Idaman Suri' utk shopping.Masuk idaman suri ni jer kepala terus wenggg....mcm2 nk beli. Segala jenis set pinggan mangkuk,periuk belanga,sudu,senduk bla....bla...(jenuh nk tulih)mcm2 jenama ada jual kt sini & murah semurahnyer...aku dh target set pinggan mangkuk Opal.Tp pikir ada masa lagi esok buleh dtg sini nk beli aku hold dulu.Just beli utk mak & kakak aku kirim set bekas boleh isi nasi lauk segala yg besar utk hari raya pnye je.harganya RM65 jer (plastic tp jenis tebal pnye)....kalau nk compare bekas tu kt sini yg dijual di JJ ke,Tesco dlm RM15o++.

Semua peserta d'minta berkumpul di depan 'hotel Inapan' tersebut utk taklimat tresure hunt yg akan bermula esok.Mlm tu juga dh d'serahkn soalan pembuka utk tresure hunt .aku x jawap pn...sibuk gi cari kek for K.julia utk celebrate mlm tu.hehehe...sorry korang!!
Dinner mlm tu kitorg gi makan kt pantai cenang.Kt Pantai Cenang ni, ble waktu mlm mmg meriah...ala2 hollywood...ble waktu siang cam xde org pn...kedai pn byk yg tutup.

Kek K.ju....


Ni semua geng kaki netball je....Laila xde mlm tu coz magrain! Sian...

Lapar dh beb!!! K.Ani asik lagi ngan video dia...hadoii!!

Menu mlm tu Ikan Jenahak 3 rasa,Sutun Goreng,Ikan parang bakar,Tomyam campur,kailan ikan masin.Semua sekali RM203 makan malam tu utk 10 org!! adoi....kali ni rasanya makan x sedap langsung to compare ngan 2 last years yg aku & K.jati familys dtg sini. Tak ingat aku restoran Haji apa ntah...lain kali mai x mau dtg dah Restoran ni...service pn out....very d'late!!

3rd day @ Langkawi - 9/4/2010
Ok, acara yg d'tunggu dh tiba....mini treasure hunt. So, memandangkan 1 team ada 5 peserta...kali ini treasure d'pecahkan kpd 3 bahagian. Aku ambil treasure yg k'3.Perlu menghantar & mengambil team aku ke destination utk beli barang2 treasure & m'jawap soklan2 treasure.Aku pnye side kena buat Cubic - samakan clourkan ,Dart - Baling belon hingga pecah (ada markah dlm tu) and kena jawap soalan mengenai Pulau Langkawi. So far, ok-Senang gak tp cubic tu susah sebenarnya nk buat hehehe...TQ K.Rahimah tolong aku buatkan cubic...nasib le.Janji cepat siap & buleh support team aku yg lain plak.Ada video K.Imah joget bile dpt pecahkan belon tu...nanti aku attachkan kt sini....hehe.Lawak tol....Acara mini tresure hunt hari tu tamat pd kol 1.00pm...

                     
                                    Sebahagian dari 69 peserta wanita...



Aksi b4 treasure hunt....

Posing ngan Wan,K.Ita,Syhda Kepoh & Yatt

Laaa..K.Nora awat pejam mata...awai pagi lagi!!

masa ni tresure dh bermula.Aku pnye challange pn dh abis...pi Support utk Zara & Zainur.

Masing2 tekun mencari jawapan....

alaa....muka letih cik Yus jawap soklan!!


wah....lepak nampak!! apa pon you all mmg d'best! ni la group JUARA

Sesi utk mengumumkan Jawapan & Juara Mini Walk Treasure Hunt @ Langkawi pd kol 3 petang tu jugak. Apa pn tahniah jugak pd team aku...we all  top 5 from 13 team yg bertanding utk kali ni. Rasanya buleh dpt top 3 kot...hehehe.Just ada miss sket la.Zara & Zainur, korang jgn frust....next year ada lagi....

B4 acara penyampaian hadiah, aku & K.jati to plan sekali lagi gi ke idaman suri tu. Sebanarnya aku & K.jati ada beli 1 lagi tiket utk balik pd hari sabtu kol 8.15pm. Hati kami berdua ni jap nk balik Hari Jumaat mlm (Flight kol 8.15) b'sama2 ngan team yg lain dan jap lagi nk balik hari Sabtu plak bersama ngan geng yg tinggal (K.Ani,Bjay,K.Ju+Hubby,K.Ana)Diorg ni pon dok hasut gk kitaorg suruh balik lewat sambil berpoya2 lagi ngan diorg....huh!! mmg kuat betol dugaan...akhirnya kitaorg b'2 ni pn beli gak tiket nk balik sama ngan diorg.Maklumlah, bila b'kumpul ngan geng2 ni kan besttt...Husband pn mmg supporting abis.x kesah nk balik ble pon...akhirnya aku & k.jati plan balik Sabtu.Tengok2 Idaman Suri tu pn tutup.Nasib le...kalau x,aku dh beli siap set opal tu confirm balik hari jumaat mlm tu gak...coz duit dh ciput!!! Hari sabtu tu pon xplan gk nk gi mana sbnrnya ngan geng2 otai tu...Mlm tu we all yg x balik lg ni, gi hantar kawan2 yg lain kt airport Langkawi.

4th days @ Langkawi - 10/4/2010
Pagi2 lagi aku,K.Jati,K.ju+Abe,K.Ana & Bjay kluar g breakfast.Kali ni K.ju kata nk bawa ktorg breakfast nasi lemak RM0.50.hehehe...ada lagi ke org jual nasi lemak gitu?? Akhirnya sampai di kawasan air hangat x silap aku lepas roundbout nk ke Tg Rhu. Mmg betul....ada lagi org jual nasi lemak RM0.50...Mcm2 plak tu jenis lauknya.Ada ayam masak kicap,ayam pedas,ikan bilis dan daging.Kalau kt Shah Alam sini RM1.00 dpt nasi je la....Aku siap makan 2 bungkus tuh...sambil makan2 tu, baru plan nk kemana...aku cakap nk gi ke pantai Tg Rhu tu coz x pernah sampai kan.K.ju plak dh plan nk naik bot kt Geopark Kilim tu...so, atfer makan je terus we all g kt Pantai Tg.Rhu tu....mmg cantik laut & pemandangan pulau tu...x caya?? nengok ni....
 

                           
Inilah dia Tanjung Rhu....cantik kan??

pastu ingatkan nk teruskan perjalanan ke Geopark utk naik bot dari sana.Kebetulan aku plak gatal g tanye kt brother kt kaunter tu kalau naik bot dari sini brapa? rupanya RM200 + extra 2 pulau lagi.Murah sikit kalau nk compare naik bot dari Geopark RM250 1 bot.So, memandangkan semua org dh byk kali sampai ke Langkawi ni tp x sorang pon pernah naik bot utk pusing2 pulau....we all plan agree to join sama2.haa...mula la lupa laki & anak masing2 kan....teruja & ghairah abis....hihihihi.



Hentian yg pertama...Aksi burung Helang makan kulit ayam yg d'bawa oleh driver bot tu...
waktu ni sebenarnya muka kitaorg tgh cuak...coz bot tu nk masuk dlm gua utk lepas ke seberang punye pulau.Kata driver bot tu lagi, kalau time air paang terowong tenggelam terus. langsung x buleh nk lalu.Kebetulan jln ni one way...kena tunggu bot lain lepas dulu.eiii....gerunzz jap!


                             
Ini hentian yg k-3 sebenarnya.... tempat bela ikan.Dari sekecil2 ikan sehingga sebesar2 aku pon ada...Hentian yg k'2 ialah masa bagi minum pd s'kumpulan geng2 beruk. Demand Beruk2 tu, minum ayaq Coca Cola lagi....Gambar xde plak...

                            
ini plak kt Gua Kelawar...nk masuk kena bayor RM1.Gua Kelawar ni lepas sikit je dari jeti Geopark

.
Aksi ghairah K.ju....hehehehe