Sunday, December 25, 2011

AWAK SUKA SAYA TAK??? Novel MelurJelita


Uwaaaaaaaaaa................wa sulah jatuh cinta sama ini novel lorrrrrrr!! Novel 'Awak Suka Saya Tak@ASST 'ni antara Novel terhebat abad kini yg saya pernah baca. Adusssssss! senakkkk....I like!! like!!like!! like!!! trillionsssssssssssss LIKE!! Jangan tak tahu novel setebal 1056 mukasurat ni saya boleh abiskan x sampai 3 hari.Adusss....Al-Quran 1 juzuk pon susah saya nk abiskan utk 1hari.. kuat betul bisikan Syaitonnirajim ni!! huhuhu...

Saya suka sangat Novel ni kerana Kisah Cinta nya yg penuh berunsur KeISLAMan. Kecintaan kepada Agama Islam itu melebihi dari watak percintaan Puteri Intan Zulaikha dan Hilman@Damien Yong Bin Abdullah Kacukan Korea-American-Cina. Kisah Intan yang bertemua Damien Yong ketika dizaman persekolahan.8 Tahun kemudian Intan bertemu semula Hilman di KLCC sewaktu memilih set barangan kemas untuk Majlis Perkahwinan abangnya Nazim.Damien telah memeluk ISLAM atas kerelaan sendiri dan masih mendapat sokongan daripada keluarga. Pertemuan mereka sungguh mengasyikkan....tapi masih lagi bersempadan dengan batas2 dan hukum ajaran islam yang disulami peringatan dan pesanan serta perilaku teruna dan dara. Haaa....yg ni saya setuju sangat sangat utk anak2 muda mudi kita baca Novel ni sebab dalam bercinta tiada istilah berpeganan,bercumbuan & sebagainya!!! Adusss....panjang pulak saya nk menceritakan sinopsis ASST ni....so, korang kena baca novel ni sampai abis atau terjah je ke melur@maznijelita ni....hehehe!!! syoik sendiri nih!!


Hilman hero ASST digambarkan sekacak Daniel Henny...



Watak Intan Zulaikha.....dah tentulah saya!! sila nk pengsan.....hehehe
Aduss......ensem gile hero ni!!!
Lagi sinopis Novel ASST ni.....layan!!

Kisah kasih sayang di antara Hilman Yong kacukan Korea - American - Cina dan Intan Zulaikha. Mereka sangat berbeza tetapi kerana perbezaan itulah mereka berjodoh. Malangnya, kesampaiankah jodoh mereka apabila Hilman Yong seorang yang baru mengenali Islam lebih mencintai Islam dari Intan Zulaikha yang sememangnya dilahirkan Islam dari keturunan lagi berselisih faham kerana ego seorang Intan.

Muncul pula Damien Yong yang sentiasa menyesakkan dada Intan Zulaikha dengan aksinya yang daring, sexy, nakal dan menggoda. Intan terpaksa bersabar dengan Damien semata-mata untuk mendapatkan semula Hilmannya…seorang hamba Allah yang penuh kesabaran dan kesopanan.

Hilmanku…sifuku…kekasihku…Kembalilah…

" Saya tak pernah tinggalkan awak. Walaupun awak jauh, saya dapat melihat awak. Walaupun awak jauh, saya dapat merasa kehadiran awak. Walau pun awak jauh, saya dapat mendengar awak. Saya sentiasa di sisi awak. Awak sentiasa di sisi saya, di sini…"
Hilman Yong

" Don’t worry, I won’t kiss you. Saya tak cium sembarangan gadis. Saya tak ada selera dengan gadis biadab dan sombong seperti awak. Cik Zulaikha….saya nampak kehampaan di wajah awak. You really want me to kiss you. I can feel it. I can see it. From your eyes… your lips. Tetapi seperti saya cakap tadi, saya tak selera dengan orang biadab. Ciuman saya tidak semurah itu. Hanya untuk gadis yang bertuah dan terpilih saja."
Damien Yong

" Saya akui saya gembira bersama Mr Damien..saya tak boleh menyembunyikan perasaan saya……tetapi perasaan saya terhadap Mr Damien sepertimana kita bersentuhan di malam itu. Boleh saling melihat, saling bersentuh, saling bercium…..tetapi hanya di dinding kaca….ada batas dan sekatan. Yang tidak boleh dipecahkan……walau cuba dipecahkan…pasti kita akan cedera..ditusuk atau dihiris . Itulah Islam. Yang menjaga maruah dan kesucian sesuatu hubungan. Hanya hubungan halal yang boleh melenyapkannya."
Intan Zulaikha
 

NotaMukaCintaBukuf@fesbuk:- nk minta cik usben jadi seromantika HILMAN...cik usben, sila take action plssssssssssssssssssssssssssssssssss!!!

2 comments:

Cerita bonda said...

watak utama perempuan tu mcm kenal jek..heheh sarah selalu nampak kat popular buku tu tapi tka pernah rasa nak beli..kena beli nieh..

MaZnie said...

best Sarah....x rugi baca novel ni. Boleh buat tambah Ilmu Agama kita yg x seberapa ni. ce buka blog novelis ni http://melurjelita.com