Monday, June 6, 2011

WOMEN WALK HUNT KENYALANG

PROTON Women Walk Hunt 2011 kali ini terbang jauh nun ke seberang laut cina selatan iaitu Kuching,Sarawak bermula pada 05 ~ 07 May 2011. Penyertaan seramai 80 org peserta termasuk 4 org AJK. 

Tugas-tugas mem'booking tiket telah dikerahkan kepada saya dan juga K.Ana selaku AJK. Para peserta telah di terbangkan dgn pesawat AirAsia dan juga FireFly....


1st time saya naik Fire Fly from KLIA to Kuching...not bad!!

Ramai kawan2 bagi respon bosan menunggu lama coz A.Asia return from Kuching on 7 may flight 9.50pm to delay until 12.45am....hadoii!!


Untuk urusan penginapan dan juga pengangkutan telah di uruskan oleh k.Ani a.k.a merangkap ketua rombongan Cik Kiah pekasam. Para peserta telah di bawa menginap di Heritage Homestay area Kuching.
Ada 4 buah rumah kesemuanya, siap di lengkapi dgn TV, peti ais, katil, tilam dan aircon (ada juga rumah yg x brapa nk complete) so, redho jelah...

Untuk pengangkutan pula kami telah menyediakan van untuk para peserta melawat ke tempat-tempat yg menarik di sekitar bandar Kuching seperti Waterfront,kedai kek lapis, Pasu Sarawak, Pasar Satok (terkenal dgn ikan Terubuk) dan juga Sarikin.

inilah rumah teres ' Heritage Homestay' tu. Exora tu tu pula utk kegunaan para AJK.



salah sebuah rumah utk penginapan kami...




kek lapis yg sedap & murah kat sana...yum!yum!!




ikan terubuk masin yg mmg amat popular kat Sarawak ni:)



shopping time!! sempat lg masuk kedai sourvenier ...


inilah dia Van yg kami gunakan di sana!! boleh muat 12 org penumpang... 


Di dalam acara Walk Hunt ini, para peserta telah diuji dengan pelbagai soalan walk hunt, soalan cabaran dan juga soalan harta.
inilah dia sebahagian daripada 80 org peserta Women Walk Hunt yg bertuah pd kali ni...



lagi....


and lagi...



haa....cik ton and cik yus ni tgh khusyuk cari jawapan ye?? 



lepas jawap soklan ada game plak yg menanti!!


agak2 kejam sgt ke game yg ktorg buat ni? kena pegang periuk sambil sambut bola dari tembok sebelah...



macam2 aksi:) hehehe..


inilah dia juara baru utk Walk Hunt kali ini...Tahniah:)


sempat lagi naik sampan menyeberang ke seberang utk shoping kek lapis...



di area Waterfront...


kita shopping dulu!!!

Kesimpulannya, para peserta amat berpuas hati dengan acara seumpama ini dengan harapan ia dapat diteruskan di masa hadapan.Malah mereka juga meminta utk ke destinasi yg lebih leboh jauh, lebih menarik dan juga murah.
ermmmm.....nk kemana ye kita next year?? tunggu ye kengkawan.....


statistik walk hunt:-

2012 - ??
2011 - Kuching, Sarawak
2010 - Langkawi, Kedah
2009 - Hot Spring, Sg.Klah Perak
2008 - Genting Highlands, Pahang
2007 - Nilai - Banting - Morib



No comments: