Saturday, October 30, 2010

ICT Lagi..........................

Kami sekeluarga kembali lagi ke ICT kali ini dgn membawa jeng...jeng...jejengg!!!!...Pada bulan Febuary haritu kami sekeluarga dtg tanpa membawa kamera pon.hanya camera HP yg tidak berapa nk canggih.Oleh kerana ke'jelesan' kami dgn orang ramai yg datang kesana dgn membawa kamera yg canggih....akhirnya kami 'terbeli' Kamera NIKON D5000.

Sempena memenuhi janji pada Haziq yg dh selamat abis Exam akhir tahun persekolahan Tadikanya, So pd 20 Oct 2010 bersamaan dgn hari Sabtu malam minggu lalu kami telah kesana  SEKALI LAGI di ulangi...SEKALI LAGI!!! sambil dikenakan bayaran masuk RM10 termasuk parking.(sbb mass opening bln Feb tu still free lagi)..


Rafiq yg pose ensem gitew!!


aksi karate kid dari Haziq:)

gambar yg d'ambil oleh Abg Haziq. Cun la:)

kalau katak ni hidup....sure x berani nk laning atas badan.hehehe

aksi burung terbang dr Haziq.

Ibu pn nk pose cun gitew:)

auuuummmmmmmmmmmmmmmmmmmmm!!!!!!!!

aksi kungfu kid dari my Hero...

nampak rimau tu cam senyum jerk......

lagi aksi ala2 kungfu kid dr 2 beradik ni...

Friday, October 29, 2010

Rahsia Makan

Lagi topik menarik untuk di kongsi.

RAHSIA MAKAN NABI KITA

Rupanya tanpa kita sedari, dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita tak boleh makan sesuka hati kita saja. Inilah penyebab terjadinya berbagai penyakit antara lain penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain-lain penyakit. Apabila anda telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yang lainnya.
Ustaz Abdullah Mahmood mengungkapkan, Rasulullah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari. InsyaAllah kalau anda ikut diet Rasulullah ini, Anda takkan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan.
Jangan makan SUSU bersama DAGING
Jangan makan DAGING bersama IKAN
Jangan makan IKAN bersama SUSU
Jangan makan AYAM bersama SUSU
Jangan makan IKAN bersama TELUR
Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD
Jangan makan SUSU bersama CUKA
Jangan makan BUAH bersama SUSU (Contoh : KOKTEL)
CARA MAKAN
* Jangan makan buah setelah makan nasi, sebaliknya makanlah buah terlebih dahulu, baru makan nasi.
* Tidur 1 jam setelah makan tengah hari.
*Jangan sesekali tinggal makan malam. Barang siapa yg tinggal makan malam dia akan dimakan usia dan kolesterol dalam badan akan berganda. Nampak memang sulit.. tapi, kalau tak percaya? Kesannya tidak dalam jangka pendek?. Kesannya akan nampak bila kita sudah tua nanti.
* Dalam Al-Quran juga melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah mencegah kita makan ikan bersama susu. kerana akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh ilmuwan yang menemukan bahawa dalam daging ayam mengandung ion+ sedangkan dalam ikan mengandung ion-, jika dalam makanan kita ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merosakkan usus kita.
Al-Quran Juga mengajarkan kita menjaga kesihatan spt membuat amalan antara lain:
1. Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap ke dalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan tidak gemuk.
2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air dalam peti sejuk/ais) setiap pagi. Mujarabnya InsyaAllah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).
3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit setelah membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang tersebut.
4. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari.Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahawa enzim banyak terkandung di celah jari-jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzim sejenis alat percerna makanan).

SAYANGI & BERSYUKURLAH DGN KEHADIRAN SEORANG YANG BERGELAR SUAMI

Salam semua...
pagi ni dpt email dari member office, tajuk takzirah pd pagi ini : SAYANGI & BERSYUKURLAH DGN KEHADIRAN SEORANG YANG BERGELAR SUAMI.


Entry ni dari blog : http://umidanishku.blogspot.com


Walaupon aku copy paste,Cerita ini menarik dan ingin dikongsi bersama dlm blogku ini...
sebagai panduan buat diriku dan juga teman2.


SUATU PERJALANAN
“Tanggungjawab suami selain memberi nafkah dan mencari rezeki, jangan lupa bimbing anak dan isteri. Kalau suatu hari berlaku selisih faham, jangan cepat menuding jari. Duduk berbincang dan cari kata sepakat. Tiada bumi tak ditimpa hujan.”
Teringat pesan ayah di suatu petang...
“Ayah dulu bila arwah mak mula bising bersuara, ayah tak balas dengan kata-kata. Ayah keluar hidupkan motor, pergi ke Behrang cari mee goreng mamak. Bila sampai saja di rumah, ayah hulur pada arwah Mak, muka yang tadi masam terus tersenyum riang. Suami kena tahu kesukaan isteri, supaya mudah memujuk hati,” ayah menambah berkongsi pengalaman selama 41 tahun bersama arwah Mak.

Persefahaman antara suami dan isteri bukan boleh dicapai sehari dua. Ia merupakan satu perjalanan sepanjang usia perkahwinan. Cabaran dan dugaan pastinya tidak sama, di awal, pertengahan dan di hujungnya. Justeru, sikap saling memberi dan menerima sangat perlu dipupuk dan dibaja. Memberi kelebihan diri untuk saling melengkapi. Menerima kekurangan untuk saling menginsafi, suami mahu pun isteri bukanlah manusia sempurna.


SILAP ISTERI
Kesilapan isteri bermula apabila melupakan kebaikan suami kerana benci dengan sikapnya yang tidak menyenangkan hati. Silap menjadi dosa andai keistimewaan suami orang yang sering dibicara. Keburukan suami dijaja, atas alasan minta nasihat rumahtangga. Tapi apa maknanya kalau semua orang bercerita. Rasulullah SAW pernah mengingatkan melalui sabdanya yang bermaksud:

 
“Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka”Seorang wanita lalu bangun bertanya, “Apakah yang menyebabkan yang demikian? Adakah sebab kami ini kufur?”Rasulullah SAW menjawab, “Tidak. Bukan begitu. Tetapi ada dua tabiat kamu yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu kedalam neraka:

1. Kamu banyak mengutuk atau menyumpah
2. Kamu kufurkan kebaikan suami.”




Ada kalanya, isteri merajuk tanpa sepatah kata. Suami yang tak tahu menahu, terus buat biasa. Muka isteri semakin kelat, hilang serinya. Menahan ego diri, ingin dipujuk dengan kata cinta, namun tidak berbicara dan bersemuka. Suami tertanya-tanya sendiri, akhirnya terasa hati. Salah siapa agaknya, bila masing-masing memendam rasa. Kasih mula bertukar marah. Marah marak menyala benci.


YANG LEBIH, YANG KURANG
“Awak beruntung ye, dapat suami yang memahami. Tak seperti saya. Hari-hari menjeruk rasa,” luah seorang teman yang baru beroleh cahaya mata.
“Suami saya juga ada kurangnya. Tapi kelebihannya lebih banyak untuk saya perkatakan. Saya pun isteri yang ada salah dan silap,” jawab saya supaya dia buka mata.
“ Ada suami yang tak pandai urusan rumah tangga, namun dia bijak berjenaka, meriah suasana. Ada suami yang jarang menghadiahkan bunga, tapi selalu membelanja anak dan isteri dengan makanan istimewa. Dan ramai juga suami yang tidak reti memujuk, bermain kata. Tapi mudah bertoleransi bila diminta bantu sini dan sana . Ketepikan kekurangannya dan ambil kelebihan. Pasti awak juga akan rasa bertuah beroleh suami seperti dia.” pujuk saya lagi. Moga-moga dia berubah hati. Kembali ‘memandang tinggi’ kehadiran seorang suami.


ENGKAU TERBAIK UNTUKKU
“Sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri, buang yang keruh, ambil yang jernih. Baru teguh peribadi.”
Wahai teman bergelar isteri, mari kita muhasabah diri. Pohon keampunan dari Ilahi agar cinta Nya bersemi kembali. Banyakkan istighfar dan juga sedekah, kerana janji Allah setiap kebaikan menghapus kejahatan.
Susunkan jemari pintalah kemaafan dari lelaki bernama suami. Jangan bertangguh dan jangan lengah. Bimbang maaf tiada serinya lagi.
Pandang wajahnya, lihat matanya. Bisikkan di sanubari, “Terima kasih, suamiku. Engkau terbaik untuk diri ini.”
Mencari dan terus mencari cinta Ilahi.
Saling berpesan-pesan kpd kebaikan..

Thursday, October 28, 2010

Movie 2010

   Lagi 2 minggu sesi persekolahan akan berakhir...kemana destinasi menarik untuk bawa anak2 berjalan ye?Paling2 cokia pon ingat nk bawa tengok Movie je...pilihan diorg opkos le nk tgk kartun....si abang dh hint2 nk tgk movie cartoon Rapunzel....si Adik tak abis2 dgn movie cartoon Toy Story 3 yg dh lepas tayang pon.hehehe....pening nk layan karenah 2 hero ni...nak layan movie kt panggung je,tak mahu beli CD.

                                     Rapunzel....Coming in November 2010

                                     Shrek yg comel,menarik dan mencuit hati...

                         Citer ni x pasti samada dh dimainkan di wayang @ tidak...

How you train your Dragon...kisah pengembaraan yg hebat

    Movie Toy Story yg ter'miss' ...cite ni yg di tunggu2 sgt oleh si Adik Rafiq.

and the best movie 2010 is The Karate Kid....Anak2 mmg happening tgk citer ni.

Saturday, October 23, 2010

Happy Besday to My Hero - Muhammad Rafiq Hazwan

Eppy Besday to Rafiq yg ke 4...19.Oct.2010 dh lepas pon:)
x sangka next year dh sekolah. Sekolah Tadika 5 thn maaa...
Majlis besday Rafiq just buat di Taska saje coz jatuh hari weekdays...kalau weekend, InsyaAllah boleh ibu  boleh arrange celebrate d'rumah...



lagi gambar utk majlis besday adik Rafiq ni akan diupadte kemudian....

Souvenier from Oversea

Banyak  souvenier yg aku terima dari kawan2 yg outsation ke obersea.Suka jugak aku kumpul2 buat collection sendiri...Antaranya dr China,Holland,New Zealand,Barcelona,Brussels,Torino,Bahrin,Iran dan byk negara lain lagi...Paling byk yg aku terima Brooch from Korea..setiap kali ada kawan2 yg ke sana, mesti akan balik bagi 1 set brooch Korea utk aku.Save, x payah nk beli kt sini dah....
InsyaAllah, kalau ada rezeki sampai le aku ke salah satu negara ....Paling penting sekali biarlah dpt g Mekah tunaikan Haji terus....itu pon kalau di murahkan rezeki serta di panjangkan umur.Amin.....

                                                    Yang ni sebahagian dr collection....




PROTON INSPIRA

PROTON INSPIRA akan menggantikan PROTON WAJA yg akan dilancarkan pada November 2010.Date and Location x confirm lagi...
Tempahan untuk INSPIRA juga telah dibuka kpd orang ramai.Kepada peminat Mitsubishi Lancer a.k.a INSPIRA silalah buat tempahan anda sekarang.Harga dari 79K hingga 95k...jangan kutuk2 PROTON tau, x baikkkk u :P

Friday, October 22, 2010

salam semua...

konon2 nk aktive balik la blog ni...sampai pasword pn hampir lupa!adehhhh....
tp mmg d'takdirkan bukan sebagai penulis...blog aku ni t'bantut a.k.a sarang tebuan la...xde org nk singgah @ baca...lebih kpd syiokkkk sendiri....x kesah lah!! janji x kacau org!!
agak2 kalau aku jadi wartawan paparazi menulis artikel gosip mengenai artis ke, org2 kenamaan ke, dh  tentu meletup Blog aku ni...hehehe.sbb tu Allah x pilih aku jadi seorg wartawan Paparazi...ada gak hikmahnya!!