Saturday, April 30, 2011


Percutian ke mana-mana yg anda suka jika ada budget!!


Kat mana lagi tempat2 yang menarik di Malaysia ni utk dilawati?? ermmm......
Dah masuk bulan Mei...cuti sekolah akan bermula x lagi....
saya tengah survey tempat2 yg menarik & yg belum pernah kami pergi....agak2 ada duit ke?? mampu ke? hihihi...


*saje nk share dgn u oals....
mana tau oals ada nk pergi tempat2 ni...
Hotel-hotel dan tempat2 menarik yg telah saya pegi dlm Mesia je tau:)
(ni kira time saya single mingle + dah berkeluarga ni laa) ada yg gambar tiada lg dlm simpanan saya.so, saya curik2 dr internet laaa....lalalala


 Langkasuka Beach & Resort , Langkawi Kedah


Langkasuka Beach & Resort  dah 2 kali saya stay di sini. Kali pertama saya sampai ke sini pd tahun 2004. 
1st time dtg mmg best tempat ni. Makanan pon sedap2 belaka .....
2nd time dtg pd tahun 2008, dah nampak sket keuzuran pd tempat ni...
makanan pon dah out!!
last year dtg lg ke Langkawi nengok tempat ni .....cam dah tutup.


bila survey dlm internet ...ha, ni la jawapan nye..


Note :Langkasuka Beach Resort Temporary close for renovation mmg dh tutup bro!!






beach 

room

pool


PNB ILHAM RESORT, PD N9

2 kali jugak saya jejak kaki ke ILHAM Resort ini. Tempatnya best!!...sesuai utk menenangkan jiwa kacau...hihihi. Ada mini pawagam untuk di tonton pd mlm hari...tp bukan movie yg terkini ye tuan2 & puan2...






beach

EAGLE RANCH, PD N9


kunjungan ke sini pada tahun 2010 sewaktu family day my usbend punya office. to me, tempat ni teramatlah boringnya...pool utk kanak2 kecik bebenor org Perak kata.
Hanya sesuai utk yg berjiwa 'mat kuda' je kot...ada ke org jiwa gitu?? tapi kalau u oals nk try jengah jugak....x kisah.itu duit korang kan??

website: http://www.eagleranch.com.my/





room

activities

pool




SWISS COURT HOLIDAY APARTMENTS, PERAK 

Family day my office @ Swiss Garden Damai Laut Lumut Perak @ 2007. tempatnya jauhhhhhhhhhhhhhh masuk ke dalam. tidak sesuai jika membawa baby sbb perjalanan nk ke sini hutan je. Saya rasa semacam je sewaktu tidur pd waktu mlm coz anak saya yg sulung (4 thn) waktu tu menangis tak boleh tidur. Esok paginya sewaktu keluar merentasi pondok pengawal saya terperasan ada kubur lama di belakang tu. opsss!! taknak citer lebih:)

Website: http://www.damailaut.net/









PUTERI RESORT, MELAKA

Family day my office @ July 2010. Best tempat ni coz pool dia yang besar.Tidak silap saya hotel yg mempunyai pool paling besarlah di negeri Melaka ni. Pool utk kanak2 juga besar.memang puas anak-anak saya mandi.




LEGEND CHERATING, KUANTAN PAHANG

Kunjungan kami ke sini sewaktu menyertai Tresure Hunt bersama keluarga yg diuruskan oleh pihak Kelab Proton pada tahun 2005. Kenangan paling best sbb pastu 1 family kena penyakit 'sakit mata'.
*Ranking 15 daripa 30 family yang bertanding....





tgk la mataku...dh mula sepet









STAWBERRY PARK, CAMERON HIGHLAND

Percutian saya ke sini bersama-sama rakan serumah sewaktu zaman bujang dolu-dolu.
Tak silap saya pada tahun 2001. Kat sini pon ada kisah seram saya jugak....eiiii. Nak citer ke tak nak????







DYNASTY HOTEL, KUALA LUMPUR

2 kali kunjungan kami ke Dynasty Hotel ni sewaktu majlis perkahwinan adik ipar pada tahun 2003 & 2010. Anak-anak memang best laaa.....siap cakap taknak balik lg bila dah jumpa pool kan??






MAYA Hotel, Kuala Lumpur

2 kali juga saya ke http://www.hotelmaya.com.my ni. Itu pon sebab kerja. kalau nk pergi sendiri rasanya belum tentu. tak mampu den:) Kali pertama sewaktu pelancaran kereta Juara di perkarangan KLCC pd tahun 2002.
Yang kali ke-2 saya tak ingat apa event waktu tu...

*(saya dh malas nk upload gambar) kalau saya rajin nanti saya akan scankan gambar & upload kemudian.

Wednesday, April 27, 2011

Petanda Bahagia dan sengsara dalam hidup kita

Ada ketikanya hati berasa tak bahagia dan tenang. Bila lihat kebahagiaan orang lain, kita berasa gusar. Berasa serba tak cukup. Mungkin kita tidak kaya. Mungkin pasangan kita tidak cukup membahagiakan. Mungkin keluarga kita tidak bahagia.

Apakah sebenarnya kecukupan itu yang membawa kebahagiaan?
Ada orang kaya harta berjuta2, tapi hatinya tak bahagia.
Ada orang punya isteri tiga, tapi hati tak bahagia.
Ada orang ada suami yang hebat, tapi tak bahagia.
Ada orang ada keluarga ternama, tapi tak bahagia.
Jadi, apa sebenarnya dan di mana letaknya bahagia tu?

Berkata al-Ghazali “Bahagia dan kenikmatan sejati ialah bila dapat mengingati Allah. Ketahuilah bahawa kebahagiaan setiap sesuatu ialah bila kita merasakan nikmatnya kesenangan dan kenikmatannya, dan kenikmatan itu ialah menurut sifat kejadiaannya masing-masing. Kenikmatan mata ialah bila melihat apa yang indah, kenikmatan telinga ialah bila mendengar suaru merdu dan demikian pula anggota lainnya. Sedangkan kenikmatan hati ialah keteguhan ma’rifat kepada Allah karena hati itu dijadikan adalah untuk mengenal Tuhan.”

Surah ke-13 ayat ke-28 Allah berfirman “Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenang.”.

Tanda-tanda Bahagia

1. Menjauhkan diri dari urusan dunia dan senang kepada urusan akhirat


2. Kemahuan kuat terhadap ibadah dan membaca al-Quran


3. Sedikit bicara terhadap apa yang tidak diperlukan


4. Sangat memelihara sholat lima waktu


5. Menjaga diri dari yang haram dan syubhat, sedikit atau banyak


6. Bersahabat dengan orang-orang soleh dan baik


 7. Rendah diri


 8. Bersifat dermawan yang ikhlas


9. Belas kasihan terhadap makhluk-makhluk Allah yang lain


10. Bermanfaat kepada orang lain


11. Selalu ingat mati dan bersiap sedia menghadapinya

Tanda-tanda Sengsara

1. Rakus terhadap harta dunia



2. Kemahuan nafsu yang kuat dan cenderung pada kelazatan dunia


3. Perkataan yang kotor dan banyak ghibah (menceritakan cela orang lain)


4. Menganggap enteng sholat 5 waktu.



5. Bersahabat dengan orang-orang fasik



6. Buruk prilakunya



7. Sombong dan tinggi hati


8. Enggan memberi kebaikan kepada orang lain


9. Sedikit kasih sayang terhadap orang yang beriman


10. Pengecut dan tidak memberi manfaat kepada orang lain


11. Lupa terhadap mati


Friday, April 15, 2011

3 Juta Kenderaan Di Kuala Lumpur

3 Juta Kenderaan Di Kuala Lumpur



Mengakibatkan Kesan Serius Terhadap Kemudahan Parkir






Oleh IWAN SHU-ASWAD SHUAIB (iwan@thestar.com.my)


PERCAYA atau tidak, pada masa ini dianggarkan sebanyak tiga juta kenderaan yang melalui Kuala Lumpur pada setiap hari.


Hakikatnya, begitulah senario yang berlaku di ibu negara sekali gus dilihat sebagai antara penyumbang kepada masalah kesesakan lalu lintas.
Perkara itu didedahkan oleh Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Datuk Salleh Yusup berhubung kajian berkaitan dengan pergerakan keluar masuk kenderaan termasuk kenderaan sedia ada di ibu negara.
“Berdasarkan kajian juga adalah didapati nisbah pengguna pengangkutan awam kurang daripada 30 peratus berbanding lebih 70 peratus pengguna kenderaan persendirian.
“Nisbah itu bukan sahaja mewujudkan kesesakan lalu lintas tetapi turut menyebabkan kemudahan letak kereta tidak mencukupi,” katanya kepada Mingguan mStar, baru-baru ini.



Saya tertarik artikel ni sewaktu membaca di MStar online.....
Mana tidaknya....buatan kereta PROTON for March 2011- Highest sales registered tu (lebih kurang 17k) satu perkembangan yg bagus la utk company saya dan effectnya nanti Bonus utk saya..hehehe.


Boleh dikatakan setiap orang srkg dah berkemampuan untuk membeli kereta. Di kampung saya misalnya setiap rumah dah ada kenderaan @ kereta sendiri. itu belum tiba time raya, bila setiap seorang anak-anak bawa balik kereta je dah penuh di halaman rumah....itu pon sampai xde space juga.Bayangkan jika ada 8 org adik beradik...ada 8 buah kereta termasuk keta ayah.


Conculsionnya....belilah keta buatan Malaysia, jenama PROTON ek!!





Melantak Durian

Tema : Moh Makan Doyan
Tarikh : 9.April.2011
Tempat: Dewan Bkt Lanchong
Lain-lain Menu :  Nasi putih,Ayam Rendang,Sambal Belacan,Ulam2,Ikan masak asam Pedas,sambal belacan, Puding Jagung, Agar-agar, Bubur Kacang + durian, Pulut dan Santan.


Activity pertama Kelab VPA for this year iaitu makan-makan doyan...
Doyan-doyan ni saya ambil di kampung my usben Trolak, Perak.Thanks to Usben,FIL and MIL coz sudi tolong carikan doyan-doyan tersebut. Also Thanks to all VPA staff & family coz sudi hadirkan diri memeriahkan acara majlis ini. Saya juga selaku presiden CLUB VPA 2011 cuba memastikan yg terbaek utk kelab ini.....InsyaAllah.

Durian sebelum di makan...


Durian yg telah di 'kekah'kan...


nasi jugak yg di cari....lapor beb!!


dah selesai ngupas durian...kenalah kemas pulok!

Thursday, April 14, 2011

Pulau Pinang??



Penang Bridge..

keja tau....


sampai hajat saya untuk berjalan ke Pulau Pinang.itulah satu-satunya negeri yg x pernah saya jejak.impossble kan?? tumpang lalu h/way nk ke Kedah & Perlis dh byk kali...tp tak pernah berkesempatan nk singgah.Plan bersama-sama usband nk ke pulau tu pon dah banyak kali...tp ada je halangannya. Sebenarnya nk merasa lalu kat Penang Bridge tu....So, pd 11 & 12 April aritu saya ke sana bersama-sama office mate & sorang  lg designer (opkos le urusan keja) kan....apa org tua2 kata? 'sambil meyelam minum air'...tp jgn sampai kembung.opsssssssssssss....bahaya tu.hehehe


sempat lagi nyinggah depan Hard Rock Penang...singgah je tau:)

baju t-shirt & beg sek ben10

saya sempat ke area Batu Feringhi pd waktu mlm tu....sesaje jln2 nengok area hotel2 kat situ.waktu malam cantik & terdapat ala2 uptown la kat situ. Jalan punya jalan, sempat lagi saya merembat beg skul Ben-10 utk si Abg.Beg Skul yg lama tu dah rosak pon.Baru je skul 4 bulan kan? tu belum citer lagi pasal kasut skul lak...punyalah jauh saya beli beg skul si abg Haziq ni...hehehe.Sampai kat Penang...Harganya nk tahu berapa??


ni lah harganya....melampau kan?? tp saya dpt kecek amoi tu..So reganya RM65.bolehlah coz sbb ada 3 roda...kalu x, setakat 2 roda pon rega beg tu leh cecah RM50 jugak...

T-shirt Hard Rock Penang pon sempat lagi rembat beli...

ni le beg skul Ben10 abg Haziq and beg yyg kecik tu for Adik Rafiq