Tuesday, November 2, 2010

Penama Takaful/Insurans

Lagi INFO yg menarik boleh dikongsi:)
Saya menerima satu maklumat yang agak mengejutkan ketika saya menghadiri


satu kursuslatihan baru-baru ini.



”Kira-kira 80% suami akan meletakkan nama isteri mereka
sebagai penama polisi takaful mereka, namun hanya kira-kira
30% isteri meletakkan nama suami mereka sebagai penama”,
kata pegawai latihan tersebut kepada para peserta.


Ia disambut dengan hilai tawa para peserta porgram.
Baik lelaki mahupun wanita. Ada yang tersenyum-senyum,
terutama wanita. Bagi peserta lelaki pula, nampak senyuman sinis di bibir
mereka.

Saya pun agak sedikit terkejut dengan pendedahan tersebut.
Apabila diimbas sekali polisi-polisi klien-klien saya sebelum ini,
memang tidak dapat dinafikan kaum wanita akan cenderung
untuk tidak meletakkan nama suami mereka sebagai
penama takaful mereka.


Malah, sebenarnya perkara ini bukan saya berlaku di dalam
memilih penama polisi takaful, ia juga melibatkan penama
di dalam perkara-perkara lain. Sebagai contoh, penama
Kumpulan Wang Simpanan Nasional (KWSP),
selalunya wanita meletakkan nama ibu atau bapa mereka.


Berdasarkan maklumat yang saya perolehi,
selalunya wanita akan meletakkan nama anak-anak
mereka sebagai penama. Dalam kes KWSP pula,
nama ibu selalunya diletakkan kerana selalunya
mereka bekerja terlebih dahulu dan kemudian baru berkahwin.
Selepas berkahwin, penama tersebut tidak diubah.


Penama Hanya Pemegang Amanah, Bukan Penerima
Namun, sebenarnya tindakan meletakkan nama anak sebagai
penama tidak menyelesaikan masalah. Kerana, penama
hanyalah bertindak sebagai wasi atau pemegang amanah.
Penama bukanlah pemegang hak tersebut.
Ia sebenarnya telah diputuskan di dalam
mesyuarat Majlis Fatwa Kebangsaan pada tahun 1978 lagi.
Rujuk http://www.e-fatwa.gov.my/jakim/keputusan_view.asp?keyID=103

 
Secara umumnya, penama hanyalah bertindak sebagai pemegang amanah sahaja.
Penama hanyalah sebagai pemegang amanah bagi harta bagi si mati
sama ada pampasan takaful/insurans, wang KWSP dan lain-lain.
Penama tadi bertanggung jawab untuk mengagih-agihkan harta-harta
tadi kepada pewaris si mati mengikut hukum faraid.

Apabila penama yang diletakkan adalah anak di bawah umur 18 tahun,
ini akan menimbulkan masalah, kerana harta tersebut akan dibekukan
sehinggalah anak tersebut mencapai usia 18 tahun.

Saya pernah mendengar satu kes, apabila seorang lelaki meninggal dunia
dan meninggalkan seorang balu dan beberapa orang anak.
Beruntung bale berkenaan kerana suaminya mengambil polisi takaful.
Namun apabila dibuat tuntutan, didapati penama yang
diletakkan adalah nama anak-anak mereka.
Maka, wang pampasan tersebut terpaksa dibekukan sehingga penama mencapai
usia 18 tahun.

 

Lebih malang lagi, anak sulung mereka baru mencecah usia sekolah rendah.
Maka, balu tadi terpaksa menunggu kira-kira sepuluh tahun selepas itu
untuk membuat tuntutan sepenuhnya terhadap harta peninggalan si mati.
Justeru, berhati-hati sekiranya Tuan-tuan dan Puan-puan ingin meletakkan
nama anak sebagai penama. Pastikan mereka sudah cukup umurnya 18 tahun.

 
Sebaiknya, letaklah nama orang yang kita terima ijab dan qabulnya
sebagai pemegang amanah harta kita sesudah kita tiada.
Nota: Sekiranya tuan-puan masih mampu membaca tulisan ini,
bermakna tuan-puan masih berpeluang untuk menukar
nama penama tuan-puan sebelum tuan-puan pergi terlebih dahulu.