Tuesday, November 16, 2010

Salam Eidul Adha

Salam Eidul Adha pada seluruh Umat Islam di dunia terutama kepada para jemaah Haji di Mekah. Setiap tahun menjadikan perhimpunan yg paling terbesar di dunia iaitu kira-kira 2.5 juta berkumpul di sana untuk mengerjakan Haji.

Mood Happy dh tiba....kenapa? kerana company saya OFF bermula dari 17 Nov until 21 Nov 2010 sempena Hari Raya Qurban ni.So, kami plan balik ke Kampung usband di Trolak,Perak.Pastu xde plan nk kemana-mana pon coz kena budget sikit sebab nk menghadapi persediaan utk anak2 masuk sekolah Rendah & Tadika for next year. sian kan utk anak kami??huhuhu....tp xpe,InsyaAllah ada rezeki lebih kita boleh jalan2 cuti2 Mesia ke?

Cuti Sekolah pon baru je bermula...last weekend hari Sabtu 13 Nov 2010, si Abg Haziq ada Graduation Day Tadika Tunas Bestari @ Bukit Jelutong. Jauh betul cikgunya mencari dewan sampai ke sana...Last year Dewan dekat sebelah Muzium Shah Alam tu aje. gambar2 akan di upload kemudian:)


Ptg selepas abis event tu, kami plan utk bawa 2 hero tu tgk movie....sibuk sgt tanye bila nk bawa tgk wayang...kan dh cuti school ni; kata si abg....so, Pilihan movie utk diorg opkos la tgk cartoon je...Megamind yg tgh top carta box office skrg ni....adusss, image x leh upload plak skrg ni. tgh brsabor ni:) Sebelum Movie start, kami membawa 2 org hero tu melepaskan hajat utk berKaraoke.hehehe...Sebab 2 orang hero tu memang sukaaaaaaaaaaa sangat menyanyi . X kira la lagu apa pon...Nasyid? Justin Bibior(org perak sebut),MUH pn depa tau...Aduii anak2 zaman skrg:)

So, itulah aktiviti pertama utk cuti persekolahan ni...

Friday, November 5, 2010

PROTON Inspira janji kelainan

Lagi artikel menarik mengenai PROTON INSPIRA:)

Oleh Ahmad Farizal Hajat
ahmadfarizal@bharian.com.my
2010/11/04


PROTON Inspira yang bakal dilancarkan 10 November ini, menawarkan pengalaman pemanduan berbeza berbanding Mitsubishi Lancer yang ada dalam pasaran ketika ini, terutama aspek keselesaan pengendalian berikutan sentuhan teknologi Lotus pada model itu. Pengurus Projek PROTON Inspira PROTON Holdings Bhd (PROTON), Zulkiflee Bidin, berkata sentuhan teknologi Lotus itu mempertingkatkan ciri pemanduan dan pengendalian model berkenaan, sekali gus memberikan pemandu serta penumpang Inspira pengalaman memandu lebih menarik dan selesa. “Mitsubishi Lancer yang ada di pasaran ketika ini adalah model yang dipasarkan untuk segmen tertentu, khususnya golongan muda yang sukakan kenderaan yang tegar dan sporty.




“Bagi Inspira, selain mengekalkan ciri tegar serta sporty, ia turut dibangunkan bagi memenuhi keperluan keluarga yang mahukan kereta selesa tetapi kualiti pemanduan kelas terbaik.
“Dengan menerapkan teknologi Lotus dalam pemanduan dan pengendalian, model sedan baru PROTON ini dijangka mampu memikat dan menarik perhatian semua golongan termasuk mereka yang berkeluarga,” katanya pada taklimat media ketika lawatan ke kilang pemasangan Inspira di Shah Alam, semalam.


PROTON Inspira dibangunkan bersama oleh PROTON dengan Mitsubishi Motor Corporation (MMC) dari Jepun menerusi kerjasama strategik baru antara syarikat berkenaan.


Menerusi kerjasama itu, MMC menawarkan model Lancer versi terkininya kepada PROTON untuk diubah suai dan dikeluarkan sebagai model PROTON.
Syarikat Jepun itu juga sebelum ini mengadakan kerjasama hampir sama dengan Peugeot yang mana model Outlander diubahsuai serta dikeluarkan sebagai model SUV syarikat Perancis itu.
Zulkiflee berkata, peningkatan pengendalian dan keselesaan pemanduan yang dilaksanakan PROTON itu mendapat pujian MMC apabila tiga juruteranya yang ditugaskan memantau pembangunan model itu, memberikan maklum balas positif selepas memandu uji Inspira.




“Meskipun hasrat PROTON untuk membuat beberapa perubahan kepada Inspira ditentang, namun selepas beberapa sesi penerangan dan ujian, mereka terkejut dengan peningkatan dibuat, sekali gus memuji usaha PROTON itu,” katanya.
Inspira yang setakat 3 Oktober lalu sudah menerima 1,500 unit tempahan, akan ditawarkan pada harga permulaan RM79,888 seunit.


Sebanyak 300 unit model Inspira yang ditawarkan dengan dua kapasiti enjin iaitu 1.8 liter dan 2.0 liter dan didatangkan dalam empat warna iaitu merah, hitam, perak dan putih itu, kini sedia untuk diserahkan kepada pembeli, manakala hampir 500 unit dalam peringkat pengeluaran akhir.

Thursday, November 4, 2010

KaKi NOVEL

Saya pengemar @ dikenali sebagai ulat Novel a.k.a buku cerita.Semestinya NOVEL yang saya baca ialah Novel Melayu...saya kan orang Melayu:) Dari saya sekolah Menengah,bekerja sehinggalah saya dah berumah tangga ni minat saya kepada membaca Novel tak pernah hilang.Rasanya dah beratus-ratus NOVEL yang saya dah baca.Setiap kali ada jualan murah utk Novel/Buku cerita saya akan membelinya....Sampaikan En.usband saya sendiri dh x tahu nk cakap apa, bila setiap kali saya bawa balik 1 novel baru ke rumah utk membacanya.Kepada my usband, terima kasih Sayang:) Dia memang seorang yg memahami dari kami berkawan hinggalah sekarang ni.hehehe...kisah waktu kami berkawan & bertunang dulu pon saya paksa En.Usband saya baca Novel.Waktu tu dia ikut la terjebak...tapi sekarang bila saya hulur je Novel dia akan geleng kepala.Xde masa katanya...karang kalau abang baca jugak, siapa yg nk layan anak2...hehehe.


Tapi sebelum tu saya akan pastikan segala keperluan makan minum usband,anak2 perlu dibereskan dulu.Termasuklah keperluan rumah...ha,lepas selesai segalanya, saya akan memulakan operasi membaca novel hinggalah mata saya mampu bertahan.paling kurang pon saya akan baca novel sampai jam 2-3 pagi.Sanggup saya semata2 utk mentelaah Novel2 yg saya beli tu...hehe.


Tapi, jgn ingat saya hanya membaca Novel2 sahaja.Kita kenalah juga tanamkan minat membaca ni tak kiralah apa jua bahan bacaan sekalipon...Paling penting kena baca AL-Quran.Walau 1 hari sehelai muka surat pon jadilah.Hadis sendiri ada menyebut 'bacalah walau dgn 1 ayat pon':)


Macam2 bentuk bahan bacaan yg ada kat rumah saya tu; Majalah Harmoni (setiap bulan), Novel-Novel Melayu Alaf 21, Buku2 Soal Jawap Agama dan buku2 cerita anak2 saya.Pernah saya terdetik a.k.a berangan je lebey sebenarnya nk jadi seorang penulis NOVEL CINTA yg berjaya...hehehe.Dapat royalti sket dr hasil titil peluh yg kita karang tu...


Sebenarnya saya nk berkongsi antara Novel2 yang pernah saya baca.Saya pon dh buat listing senarai tajuk Novel yg pernah saya baca beserta dgn Sinopsisnya...bukan apa, Tajuk Novel hampir sama.Takut jalan cerita tak ingat pulak....so, ini adalah antara koleksi Novel yg saya pernah baca...


Tajuk : Kenangan Terindah
Pengarang : Hezzy Azra
Penerbit : Alaf 21
ISBN : 978-983-124-395-4
Muka Surat : 528 Halaman
Status Stok : ADA
SANGGUP berkorban tanda cinta, tetapi Marisa tidak rela mempersiakan usia muda untuk berkahwin dengan Ridzwan. Apatah lagi selepas itu terpaksa berpisah kerana Ridzwan ingin melanjutkan pelajaran di luar negara.
Bukan bermakna cintanya tiada harga. Dia tahu, Ridzwan keliru dalam mengukur sejauh mana cintanya. Mustahil Ridzwan tergamak membiarkan diri berpaut pada yang lain, menabur duri pada cintanya. Namun, hati lelaki sememangnya sukar dijaga. Kesetiaannya pedih dicalar luka.
Kemudian, dugaan membadai lagi. Ayah tercinta pula pergi buat selamanya. Tanggungjawab pada keluarga dan syarikat digalas di usia muda. Kesabarannya berbalas, TUHAN hadirkan seorang insan untuk menghapuskan air mata, merawat lukanya dan berada di sisi... ketika suka atau duka.
Masa berlalu... Ridzwan kembali menagih cinta. Hati Marisa tidak pernah keliru, cintanya terhadap si dia semakin menebal. Namun, dirahsiakan nama si dia daripada pengetahuan Ridzwan, tidak mahu lelaki itu tersalah anggap.




Tajuk : Camar Yang Pergi
Pengarang : Iris Ixora
Penerbit : Alaf 21 Sdn Bhd
ISBN : 978-983-124-374-9
Mukasurat : 500 Halaman
Status Stok : ADA

DILARA seorang gadis miskin yang tidak habis sekolah, sering berkhayal untuk berdampingan dengan pemuda yang kaya-raya. Namun, bila difi kirkan, mana mungkin dia dapat duduk setaraf dengan golongan elit? Apatah lagi berkahwin dengan jejaka idaman kalbu yang digilai oleh ramai gadis.
Khayalannya hampir menjadi realiti bila dia menjadi tukang cuci di rumah orang kaya bagi menggantikan ibunya yang sakit. Dalam diam, dia dapat mendampingi Orhan, anak majikannya dan sering berkhayal mereka bersama. Bila tidak memandang wajah lelaki itu, dia diamuk resah dan rindu yang membara.
Namun, apakan daya, Orhan sah menjadi milik Nesye. Akhirnya, Dilara membuang khayalannya dan dia terpaksa menanggung kesedihan seorang diri. Bagi Orhan pula, perkahwinannya dengan Nesye dianggap satu kesilapan kerana dia benar-benar belum bersedia. Dalam diam, dia terpaut pada Dilara kerana sejak pertama kali mata mereka bertemu, dia sebenarnya sudah jatuh hati.
Bahtera perkahwinan Orhan dan Nesye tidak bertahan lama. Akhirnya, perceraian pun berlaku. Takdir memekarkan kembali hubungan Orhan dan Dilara. Namun, bersediakah Dilara menghidupkan kembali khayalan yang telah dibuangnya itu?

Untuk pengetahuan, saya berkawan dgn Pengarang Novel 'Camar Yang Pergi' iaitu K.Iris Ixora yang sekarang ni menetap di Turki.Saya berjumpa dgn beliau semasa Jualan Alaf 21 di Sec.16 Shah Alam.Waktu tu saya sendiri tidak tahu yang Penulis Camar yang Pergi ni ada datang. Dari situ kami berhubung melalui email.Saya juga tengah menantikan keluaran Novel k-3 dari K.Iris...errrmmm.



Tuesday, November 2, 2010

Penama Takaful/Insurans

Lagi INFO yg menarik boleh dikongsi:)
Saya menerima satu maklumat yang agak mengejutkan ketika saya menghadiri


satu kursuslatihan baru-baru ini.



”Kira-kira 80% suami akan meletakkan nama isteri mereka
sebagai penama polisi takaful mereka, namun hanya kira-kira
30% isteri meletakkan nama suami mereka sebagai penama”,
kata pegawai latihan tersebut kepada para peserta.


Ia disambut dengan hilai tawa para peserta porgram.
Baik lelaki mahupun wanita. Ada yang tersenyum-senyum,
terutama wanita. Bagi peserta lelaki pula, nampak senyuman sinis di bibir
mereka.

Saya pun agak sedikit terkejut dengan pendedahan tersebut.
Apabila diimbas sekali polisi-polisi klien-klien saya sebelum ini,
memang tidak dapat dinafikan kaum wanita akan cenderung
untuk tidak meletakkan nama suami mereka sebagai
penama takaful mereka.


Malah, sebenarnya perkara ini bukan saya berlaku di dalam
memilih penama polisi takaful, ia juga melibatkan penama
di dalam perkara-perkara lain. Sebagai contoh, penama
Kumpulan Wang Simpanan Nasional (KWSP),
selalunya wanita meletakkan nama ibu atau bapa mereka.


Berdasarkan maklumat yang saya perolehi,
selalunya wanita akan meletakkan nama anak-anak
mereka sebagai penama. Dalam kes KWSP pula,
nama ibu selalunya diletakkan kerana selalunya
mereka bekerja terlebih dahulu dan kemudian baru berkahwin.
Selepas berkahwin, penama tersebut tidak diubah.


Penama Hanya Pemegang Amanah, Bukan Penerima
Namun, sebenarnya tindakan meletakkan nama anak sebagai
penama tidak menyelesaikan masalah. Kerana, penama
hanyalah bertindak sebagai wasi atau pemegang amanah.
Penama bukanlah pemegang hak tersebut.
Ia sebenarnya telah diputuskan di dalam
mesyuarat Majlis Fatwa Kebangsaan pada tahun 1978 lagi.
Rujuk http://www.e-fatwa.gov.my/jakim/keputusan_view.asp?keyID=103

 
Secara umumnya, penama hanyalah bertindak sebagai pemegang amanah sahaja.
Penama hanyalah sebagai pemegang amanah bagi harta bagi si mati
sama ada pampasan takaful/insurans, wang KWSP dan lain-lain.
Penama tadi bertanggung jawab untuk mengagih-agihkan harta-harta
tadi kepada pewaris si mati mengikut hukum faraid.

Apabila penama yang diletakkan adalah anak di bawah umur 18 tahun,
ini akan menimbulkan masalah, kerana harta tersebut akan dibekukan
sehinggalah anak tersebut mencapai usia 18 tahun.

Saya pernah mendengar satu kes, apabila seorang lelaki meninggal dunia
dan meninggalkan seorang balu dan beberapa orang anak.
Beruntung bale berkenaan kerana suaminya mengambil polisi takaful.
Namun apabila dibuat tuntutan, didapati penama yang
diletakkan adalah nama anak-anak mereka.
Maka, wang pampasan tersebut terpaksa dibekukan sehingga penama mencapai
usia 18 tahun.

 

Lebih malang lagi, anak sulung mereka baru mencecah usia sekolah rendah.
Maka, balu tadi terpaksa menunggu kira-kira sepuluh tahun selepas itu
untuk membuat tuntutan sepenuhnya terhadap harta peninggalan si mati.
Justeru, berhati-hati sekiranya Tuan-tuan dan Puan-puan ingin meletakkan
nama anak sebagai penama. Pastikan mereka sudah cukup umurnya 18 tahun.

 
Sebaiknya, letaklah nama orang yang kita terima ijab dan qabulnya
sebagai pemegang amanah harta kita sesudah kita tiada.
Nota: Sekiranya tuan-puan masih mampu membaca tulisan ini,
bermakna tuan-puan masih berpeluang untuk menukar
nama penama tuan-puan sebelum tuan-puan pergi terlebih dahulu.