Wednesday, May 9, 2012

Warga FELDA dapat durian runtuh!!



2012/05/08


JENGKA: Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pemberian "durian runtuh" sebanyak RM1.689 bilion kepada peneroka FELDA berikutan penyenaraian FELDA Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia bulan depan.

 
Perdana Menteri berkata, pengagihan fasa pertama membabitkan RM5,000 kepada peneroka diikuti fasa kedua RM5,000 untuk isteri dan fasa ketiga RM5,000 untuk generasi kedua. Beliau mengumumkan berita gembira itu di depan lebih 30,000 peneroka di padang FELDA Jengka 8, Pahang, sebentar tadi.
 
Alhamdullilah....itu semua rezeki utk mak saya.Sedih rasanya bila arwah abah dah tiada utk sama2 merasai berita gembira tersebut. Penat lelah arwah abah saya dulu mengerjakan tanah ladang sawit seluas 10 hektar tu akhirnya berbalas dgn rezeki yg diberikan oleh Allah...Terima kasih ya Allah!!
 
Next N3 ....Saya nk citer kat korang macamana sedihnya saya sekeluarga mula2 berpindah ke FELDA ni dulu....huhuhhuhu

Thursday, May 3, 2012

18th Week of Pregnancy

Baby saya sedang berkembang dengan pesat. Tulang beliau terus keras dan pad jari tangan dan kaki beliau terbentuk. Dia juga mempunyai satu set cap jari membangun juga sendiri. Baby saya sekarang adalah lebih kurang 5,5 inci dan berat kira-kira 200 gram (7.5 auns).



Baby saya dah mula boleh menendang, menelan, dan tidur. Beliau juga sedang membangunkan perut, usus dan kolon dan usus mengumpul meconium (najis awal bayi akan lulus selepas kelahiran). Jika baby lelaki (tp saya nk baby gegel) prostat akan mula untuk membangunkan minggu ini juga. Kulit masih sedikit merah jambu, telus dan telinganya masih mencacak keluar daripada kepalanya. Jantung empat kamar bermula untuk membina sel-sel otot dan mengepam antara 25 dan 30 kuart darah setiap hari.

warghhhh...skemanya ayat aku!! padahal saya telah mentranslatekan ayat tersebut ke Bahasa Malaysia! wakakakakaka

*Info by en.google....Thank you!!!


Sedikit info utk wanita hamil....


Sakit kepala boleh berlaku sepanjang tempoh kehamilan, walaupun ramai wanita tidak pernah terjejas oleh mereka. Apabila seorang wanita menjadi hamil, jumlah darah beliau meningkat untuk membantu mengekalkan kehamilan. Ini darah tambahan boleh meningkatkan tekanan di kepala dan sakit kepala. Sesetengah wanita, yang tidak pernah mempunyai sakit kepala yang tidak baik sebelum, mula mengalami migrain apabila mereka hamil. Jika anda mula mendapat sakit kepala buruk, pasti untuk memeriksa dengan doktor anda untuk mengetahui apakah jenis ubat yang selamat untuk mengambil semasa anda hamil.

stresssssss...........saya tgh mengalaminya sekarang ini!!uuuuuuwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!

Thursday, April 26, 2012

I Want to be.....


InsyaAllah.....One day will be substituted 'Messi'.

Inilah my Hero Haziq Haiqal yg sekarang ni dok sakan bermain bolasepak!! Aduii....weeken je saya menjadi driver utk hantar Haziq ke scoccer kids Gen Pro ni di Padang Sekolah Alam Megah.

Kisah saya sewaktu darjah 6 dulu....saya terpilih mewakili sekolah untuk mewakili pasukan Bola Jaring & Bola baling. Tapi mak saya siap warning x boleh main kooo!! Nangis2 aku nk main jugak!! Siap cikgu datang ke rumah minta kebenaran drpd mak saya untuk minta pelepasan saya bermain. Tak dapat gak la saya nk wakil sekolah.....alasannya sebab nk ambil UPSR!! waktu tu saya rasa yang mak saya sangat 'kejam' sbb dah halang minat saya...(ampun mak!!) So, saya pon taknak anak saya rasa yg saya pon seorang ibu yg kejam kerana menghalang minatnya!! InsyaAllah saya & usben akan sentiasa support minat Haziq...


Kepada ibubapa sekalian.....jgnlah halang apa yg anak anda minat!! tanamkan bakat tersebut dari sekarang!!! waaa.....gitu mak jemah kasi panduan!! wakakaka.....

pstttt....yg si adik Rafiq dah hint2 nak main badminton. X best katanya main bola....panas! bosan! macam2lah ko dik!!! Janji ko hebat cam Datuk Lee Chong Wei tu ...kira bakal pelapis gak la nanti!!

Tuesday, April 24, 2012

Perubahan Hormon!!!


Nengok gambar laksa ni pon dah kembang-kembang tekak saya ni taw?? Padahal sebelum ni punyalah peberet laksa. pekena laksa hari-hari pon takpa aihhh!! tapi laa ni....dah x lalu nk makan laksa!! sebut  'LAKSA' pon buleh buat kembang tekak oooo....sebab apaaa u oals nk tau?? Sebab hormon saya tengah berubah sekarang ni....MABUK KECUBUNG!! huhuhu

Yang pelik tapi benarnya sekarang ni...saya kemaruk makan ikan keli masak tempoyak.  Hakikat sebenarnya saya ni bukan suka makan tempoyak pon walaupon teman ni asalnya orang Perok!! hehehe.



layannnnnnnnnn jerr:-)

Monday, April 23, 2012

Doa untuk seisi keluarge khusus untuk anak



Ada satu DOA yang mudah dan cepat dan pendek, yang paling senang untuk diamalkan oleh kedua ibu bapa untuk anak-anak mereka, tetapi sering sahaja terlepas pandang.



Doa itu adalah :


ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHIWABARAKATUH YA .... (sebutkan nama penuh anak)


Ya. Itu sahaja baris doanya. Mudah bukan? Tetapi termasuklah saya, sangatlah selalu terlepas pandang akan keistimewaan doa ini. Ok, mari di sini kita catatkan mengapa doa ini terlalu istimewa untuk anak-anak kita :


Pertama sekali, ibu bapa hendaklah menjiwai doa itu sedalam dalamnya semasa ia diucapkan buat si anak. Mengapa? Kerana maksud yang terkandung di dalamnya sangatlah membantu dalam kehidupan seharian anak. Selalu kita hanya sebut Assalamualaikum sahaja kan.. (ini saya). Selepas mendengar penjelasan ustazah itu, saya cuba kalau boleh ingin mengucapkan nya penuh kepada anak saya. ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHIWABARAKATUH dengan cuba menjiwai setiap ungkapan yang diucapkan. Kenapa istimewa? Mari kita tengok maknanya (ini yang saya sempat salin. Kalau ada yang saya tertinggal, minta kawan-kawan tambah ya):


1- ASSALAM : SEJAHTERA.


Awal-awal lagi kita sudah mengucapkan segala kebaikan untuk anak kita pada hari itu. Kita mendoakan segala kesejahteraan buat dirinya pada waktu itu.


2- WARAHMATULLAH : RAHMAT ALLAH.


Kita mengharapkan rahmat Allah menjadi bekalan untuk anak-anak kita dalam kehidupan seharian mereka. Bukankan rahmat Allah itu yang sangat-sangat kita harapkan?


3- WABARAKATUH : BERIKAN BERKAT KEPADANYA WAHAI ALLAH


Kita mendoakan anak-anak kita diberi berkat oleh Allah, dalam setiap amalannya, perbuatannya, dan apa sahaja yang berkaitan dengan dirinya, kita mahukan keberkatan untuknya.


Kata ustazah, waktu paling bagus untuk mengucapkannya buat si anak adalah ketika mengejutkan dia bangun dari tidur. Bayangkan sahaja lah, celik-celik matanya sahaja sudah memperoleh doa dari ibu atau ayah yang cukup bermakna lagi indah untuknya. Selain itu, boleh juga diamalkan mungkin waktu menghantar atau menjemput dia dari sekolah, atau bila-bila masa sahaja ibu dan ayah ingin mengucapkannya untuk anak.


Jiwailah salam dan doa itu. Hayati setiap rangkai maksudnya. Tujukan dengan penuh kasih dan cinta buat si anak. Senyum penuh sayang kepada mereka, ketika kita mengucapkan.


Semoga anak-anak kita sentiasa sejahtera, dalam rahmat Allah dan sentiasa diberi keberkatan dalam hidup mereka oleh ALLAH.




Friday, April 20, 2012

KISAH NORMA TALIB

Just to share ngan u oals semua...


Kisah mengenai best pren saya masa di sekolah & kat Kg....Arwah dah meninggal dunia kerana menghidap tumor di kepala. Waktu tu arwah mengandung anak pertama...kandungan baru saje mencecah ke 7 bln. Tiba2 arwah jatuh pengsan & doktor mengesahkan tumar sebesar duit 50 sen sedang membesar. Arwah di transfer dari Hospital Besar Temerloh & terus di bawa ke Hospital Besar Kuala Lumpur.Doktor terpaksa operate kandungan arwah & juga kepala serentak. Alhamdulilah.... anak kandungan arwah selamat.


Saya melawat arwah setelah beberapa hari arwah telah di bedah. Waktu saya sampai melihat keadaan arwah tu....saya sendiri tak dapat nk berkata apa2. Sedih sangat tengok keadaan arwah.Waktu tu tempurung kepala arwah masih tidak dimasukkan lagi. Ya Allah...sungguh berat dugaan untuk kawan saya itu!! Dah lah terpaksa di bedah utk bersalinkan anak (kandungan 7 bln). Bayangkan jika computer kita lose memory....begitulah keadaan kawan saya itu.


Arwah hanya menghidap mirgain. Dari sekolah berasrama lagi arwah memang dah selalu sakit kepala.Arwah sendiri sudah buat pemeriksaan lanjut & doktor memang mengesahkan yg arwah memang hanya ada mirgain biasa. Setelah berkahwin & mengandung (kandungan 7 bln) arwah rebah....Selepas 1 thn lebih arwah membuang ketumbuhan tumur tersebut....arwah pergi juga menghadap Illahi. Saya sendiri x dapat menghadiri pengebumian kawan baik saya itu (waktu tu sarat mengandung anak ke-2). Teresak2 saya dapat berita tersebut dari mak di kampung.


Al-Fatihah utk Arwah Suseela Bt Misran.Semoga arwah tenang disana & ditempatkan bersama-sama orang yg beriman. Kepada anak arwah yg sedang membesar tanpa kasih sayang seorang ibu & suami arwah yang masih tidak mencari pengganti arwah...semoga menemui kebahgiaan di dunia & akhirat!! Amin....


Cerita ini saya kongsikan bersama kerana ketika ini saya selalu mengikuti perkembangan seorang lagi insan (Norma) kerana sama penderitaanya seperti kawan baik saya itu.
 Kisah Norma Talib.Semoga Allah memberi keajaiban kepada Norma utk sembuh seperti biasa & dapat hidup bersama suami & anak tercinta. AMIN YA ALLAH!!

Wednesday, April 18, 2012

PROTON PREVE


Nak Promote kat korang jap!!!

Tempahlah kereta baru buatan PROTON sekarang di cawangan Proton Edar yg berdekatan anda!!
PROTON PREVE yg membawa maksud 'BUKTI'.
Inilah bukti kebanggaan Malaysia!!

Drive it to believe it!!!