Friday, October 28, 2011

Sofiyya vs Cinta Ellysa

Happy Friday!!

Lately ni saya terlebey melayan cerita melayu! Best jugak dari melayan cerita2 hantu seram tuh...merosakkan minda anak2 kita je.Saya sendiri x suka tgk cerita2 seram kat TV tu...bukan penakut, tapi ermmmm?? Terlampau banyak sgt citer seram ni...menci! tak shuker!! tak shuker!!



Sekarang ni saya tgh syiok melayan slot Akasia TV3 Drama Soffiya setiap Hari Isnin sampai Khamis pukul 7.00pm. Pelakon2 hebat seperti Tiz Zakiyah & Azhar Sulaiman. Memang superb la beb! sapa yg layan citer tu tau ler ke'best'sannya camne!! Ha, satu lagi Drama 'Cinta Elysa' setiap hari Selasa kol 9.00 mlm tu I polo gak...walau pon pelakonnya Si Fasha Sandha tu x masuk list peberet saya tp jalan citer mmg best! Class ko Senah!!

Sinopsis : Soffiya (Slot Akasia - TV3)




 Ikuti kisah Soffiya, seorang gadis lincah dan periang yang tinggal di sebuah kampung bersama bapanya, Sulaiman seorang doktor dan ibunya, Aishah, yang sering menghadapi masalah kesihatan. Selepas satu kejadian hitam, rutin kehidupan Soffiya mula berubah termasuklah sikapnya yang lebih suka menyendiri dan sering kelihatan murung.
 Nasib buruk terus mengikuti dirinya ke mana sahaja dia pergi hinggalah dirinya meringkuk di penjara. Baru mula mengenal erti cinta, namun, dia terpaksa merelakan pemergian kekasihnya ke luar negeri. Setelah berkahwin dengan seorang jutawan yang penyayang, ketabahannya diuji sekali lagi apabila cinta pertamanya merupakan anak tirinya sendiri. Bagaimanakah dia mengharungi konflik demi konflik yang melanda dirinya?




Sinopsis Cinta Elysa:




Cinta Elysa mengisahkan dilema yang dialami oleh Aril lakonan (Botak Juvana) yang terpaksa menjalankan tanggungjawab menjaga ibu saudara dan sepupu-sepupunya yang membenci dan memusuhinya. Watak ibu saudara yang benci sangat kat Aril dipegang oleh Zila Bakarin dan sepupunya yang perempuan nama Elysa ( lakonan Fasha Sandha).


Jasman membawa pulang Aril ke rumah kerana Aril ni anak yatim piatu yg membesar tanpa kasih sayang. Selepas disisihkan dari keluraga, dia tinggal dengan Jasman.
Jasman telah menempatkan Aril dan Elysa di satu kolej supaya Aril dapat menjaga keselamatan anaknya di kolej tu dari diganggu lelaki lain..(jd bodyguard le ni).
Jasman (lakonan Jalaluddin Hassan )bapa saudara kpd Aril ni mahu Aril menjaga dan memastikan keselamatan anak anak nya sebelum dia meninggal dunia, dia dah pesan kepada Aril supaya menjaga anak anaknya hingga mereka tamat pengajian. Aril ni seorang yang samseng dan dia dianggap pemuda bermasalah dan dibenci oleh Yasmin (Zila Bakarin) ibu saudara dan sepupunya.
Jadi dalam keadaan dia dibenci dia terpaksa menjalankan tanggungjawab besar tu walaupun terpaksa berdepan dengan ibu saudaranya yg jadi penghalang.
Walaupun Aril ni nampak jahat dan liar tetapi dia dalam diam menaruh hati dan mencintai sepupunya Elysa…(hehehe dalam hati ada taman gitu..seronok kan melihat Botak bercinta pulak kali ni ). Oleh sebab cinta yg kuat kepada Elisa lah Aril masih duduk di rumah tu walaupun dibenci oleh mak saudaranya hari -- hari.
Elysa gugup apabila berdepan dengan Aril bila mendapat tahu cerita buruk mengenai Aril. Mulanya dia tak suka kat Aril, almaklumlah , Aril ni samseng..lagi mau tanya!? ( skrip Johan dalam Cinta Elysa) namun begitu lama kelamaan dia melihat Aril ni baik dan selalu melindungi dia dari diganggu oleh lelaki lain maka berputik la sayang dia kat Aril..
Kisah menjadi panjang lagi, apabila ibu saudaranya menghalau Aril keluar dari rumah, dan waktu itu, Aril nekad membawa bersama Elysa. Aril menjalani kehidupan samseng untuk menyara diri dan Elysa. Elysa tak suka Aril hidup mencari rezeki cara tak elok. Elysa nak Aril cari kerja yang halal dan menjalani kehidupan yang baik. ( Botak botak…ni mesti tak insaf ni buat kerja samseng, kena masuk sekolah budak nakal lagi le ni heheh) . Demi cintakan Elysa, Aril cuba berubah dan mencari rezeki yang halal dan dia menerima segala nasihat dan teguran Elysa.
Aril dan Elysa lari tinggal di sebuah kampung menyamar sebagai suami isteri dan mencari orang yang dapat mengubati kaki Elysa yang cedera. Akhirnya orang yang mengubat kaki Elysa, sedar yang Aril dan Elysa bukan suami isteri, akhirnya mereka disuruh berkahwin.
Aril berjanji akan menceraikan Elysa selepas kaki Elysa sembuh. Kekasih Yasmin, Rashid pula sibuk menjejaki Elysa untuk mengetahui kandungan wasiat Jasman. Apakah yang akan berlaku selepas ini?

Antara Drama Soffiya vs Cinta Elysa ni ........yg manakah paling best?? sila angkat kaki....wakakakaka!!








 






Thursday, October 27, 2011

PROTON GAMES 2011

Jom kita bersukan!! Marilah bersukan utk kesihatan diri sendiri:-)

Saya terlibat dgn PROTON GAMES Subsidaries 2011 @ Proton Sport Complex Tg.Malim, Perak last wiken aritu!Masih tak hilang lagi tanda2 kulit separuh terbakor ni. Ada 6 pasukan yg terlibat ....PROTON HOLDING,PROTON SHAH ALAM, LOTUS/Miyazu, PROTON EDAR, PROTON Tg.Malim & PROTON Part Centre.Johan keseluruhan ialah PROTON Shah Alam.Tahniah u oals!! Dan yg paling memberi kejutan ialah PROTON Part Centre.Bukan main hebat lagi memberi tentangan!!ermmmm, dgrnya ramai players import!! iye ke idok??


 Saya mewakili PROTON Holding dlm acara Netball & Badminton (mix double). kelassss ko Jah!!! mmg supermak betol ko ni:-) jom layan gambar2 gediks ktorg ni....moh ler!!




With K.Tun a.k.a Manager Netball PHB:-)


My team:-)


kita enjoy:-)



classss kasut kitaorg kan?? mak jemah yg sponsor!! opsss...t'labey suda:-)

Wahh...menang bergaya ni: D




sempat lagi 'peace'!!

Napa ko tangkap bola cam 'kepit' gitu ?? hehehehe



Hahkak main 'C' dek....ko hada?? hehehe

Ni bukan kembar saya:-) dlm masa yg sama 2 in 1!!


Gaya seorang 'Super Mak'...wakakakaka!!

Sempat lagik bergambor ngan mamat Ikram ni :-) so sweety!! kihkihkih
 
ok...abis sudah!! dah malas nk upload gambor lain...ini pon dah ok kan??

Tuesday, October 25, 2011

Sekolah @ Bandar Saujana Putra

As salam...hi semua!!!

Seminggu saya tak hupdate citer kan?? sebelum saya cerita mengenai PROTON GAMES Subsidaries 2011 last weekend haritu, saya nk citer dulu pasal area tempat tinggal saya ni...yg tiada kemudahan seperti Sekolah, Masjid,Balai Polis dan lain2 lagi yg disediakan!!Sampai dah masuk Buliten TV3 Segmen 'Aduan Rakyat' haa...hamik ko!! (klik) (maklum la kan, dah dekat nak mengundi, rasanya kalo mintak hapa pon dapat! Tapi malas lah saya nk buka topik politik ni, nyemak kepala lutut je!!)

Ini le dia Balai Polis sementara di Bandar Saujana Putra tu....skrg ni nmpk cam x berapa nk operasi pon?? opssss:-)

Jalan yg pernah kami lalui sebelum h/way Bndr Saujana Putra belum beroperasi lagi...teruk kan??

Saya & Family telah berpindah ke Bandar Saujana Putra pd awal tahun 2008. Dengan keadaan jalan yg tidak sempurna (H/Way belum dibuka lg waktu tu) terpaksa melalui jalan shortcut di Kampung Batu 13, Puchong. Antara orang2 yg terawal juga berpindah di Apartment (Blok A) waktu tu...kamikaze rasanya kami waktu tu..sehinggakan rumah saya & jiran sebelah kena pecah masuk. Time siang hari lak tu buat kerja....hadoi!!! senak ko senah!!! Kena lak buat report nun jauh ke Balai Polis Jenjarom area Banting sana...lagi le Senok mak Jemah!!

Sekolah (Rendah/Menengah) pulak sehingga kini masih tiada lagi bayangan tapak utk dibina.Ntah kat ceruk mana saya pon tak tahu...kejap org kata kat tangki air tepi H/way tu...kejap kat sini. Ntah....mak jemah x amik tau!! tau2 je diaorg dh piket minta sekolah sampai masuk TV3 ko! Nak menunggu sekolah di Bandar Saujana Putra ni siap ntahkan bile!! Anak saya sekarang ni bersekolah di Sekolah Kebangsaan Sek 27(1) Alam Megah. Sekolah ni ada buat sesi petang khas utk Sek Agama KAFA Intergasi As-Sakinah. Memang senang sgtlah sbb saya tak perlu nk transit anak saya ke Nursery @ rumah org. Petang sebelum masuk ke kelas KAFA anak saya ni diberi transit di kantin sekolah tersebut. Siap ambil package mengaji dgn Ustazah Kelas masing2. Malam dah takyah sibuk2 nk mengantor ngaji rumah org dah....buleh concentrate buat homework kan? Rumah makin banyak dibina di Bandar Saujana Putra ni, tp kemudahan infastruktur ni yg kurang. Kalau saya, memang mengharapkan sekolah yg terdekat dgn tempat kerja .Apa2 hal senang nk berurusan.

ermmmm....harapannya cepat2lah bina sekolah di Bandar Saujana Putra tu! Sian pd parents yg terpaksa menghantar anak bersekolah jauh ke Puchong,Shah Alam & lain2 tempat.Kepada pihak yg bertanggungjawap tu....SILA BINA SEKOLAH cepat...kalo x, xmo ngundi!! kehkehkehkeh... apa kes ni??


Tuesday, October 18, 2011

MY BFF


Inilah kawan baik saya from kampung.Dlm bahasa singkatnya org panggil BFF (best pren forever). Actualy ada lagi beberapa org yg takde dlm gambar diatas. Zera,Norrie,Ana,Mazrena,Toy,Leha & saya a.k.a yg diorang panggil Not! (ntah, saya pn x igt camne nama not tu muncul) Kitaorg semua dah menetap di sini (KL area). Start kamcing dari standard 4 lg. Ptg2 lepas sekolah Agama kitaorg akan kayuh beskal g Sekolah Kebangsaan utk join aktiviti sukan lak....paling happening lepas je amik UPSR, plan nk mandi air terjun...sanggup naik&kayuh beskal lalu jalan ladang sawit tu. Kalu skrg nk g...x sanggup rasanya...hehehe.

 Masa sekolah Menengah lak (walaupon kitaorg terpisah masuk sekolah ASRAMA lain2), setiap kali cuti sekolah je mesti jumpa...lepak2 minum ABC kat Taman Selesa kat Kg kitaorg (taman x berapa nk selesa sebenarnya penuh semak samun) kadang2 join makcik2 kat situ main netball...hehehehe.

Setiap kali Hari Raya lak, kitorg x pernah miss dtg umah masing2. Time Sek rendah dulu naik beskal nk p beraya nih...pastu naik sekolah Menengah dah pandai naik motor, bila dah start keja ni dah pandai bawa keta lak...Bila dah ada yg berkawen, ngan usben2 skali terjebak join the group ktaorg ni. best kan?? Cuma, bila masing2 dah berkeluarga ni Perjumpaan Hari Raya tu dah tak cukup korum & meriah sikit dah. Ada yg turn balik umah mak mertua dululah...macam2. Memang dah susah sikit la nk jumpa walaupon sekampung. Alhamdulillah, masing2 dah berjaya dgn kehidaupan family...saya tumpang bangga nengok kawan2 makin maju, maju menambah bilangan ahli keluarga...maju pakai keta besor, umah besor & last skali...badan masing2 pon udah makin besor...kehkekehkehkeh!!

Apa pon, kenangan bersama korang memang d'best:-)

p/s : to  Norrie, boleh ko foward @ email ke aku gambar yg kita menari masa darjah 4 dulu...hehehe.Semua comel waktu tu kan?? thanks:-)

Monday, October 17, 2011

Besday RaFiQ


Majlis Besday Rafiq kali ni simple sahaja....special request by Rafiq 
'' Ibu, tahun ni xnk buat brithday kat sekolah.Afiq nak buat kat rumah...ibu ni paham ke tak?? adoi...anakku, main request je. Ibu yg pening nk uruskan besday Rafiq tau!! Sebabnya??? tahun2 sebelum ni,saya  just hulur kek & goodies ke sekolah@nusery tempat Rafiq & Abg Haziq stay.Memang nk kojo sonang jo kan??

Actualy, besday Rafiq in advance coz tarikh lahir Rafiq sebenarnya on 19 Oct (Wednesday).Majlis amatlah sederhana .... coz budget saya & usben utk besday Rafiq ni amatlah 'kemuted'. (Sorry kengkawan yg lain, x dpt nak jemput semua. Harap maklum)Just invite family terdekat & kawan2 BFF from kampug saya yg x dpt dtg masa hari raya haritu.Thank you to all of you yg sudi membawakan hadiah utk Rafiq...

Kek Indulgance coklat ni order from K.Ros@K.Ha from Klang. Sedap giler kek kakak ni....x rugi order beb.So, korang boleh visit kakak ni punyer blog K.Ros Kek .Kek ni bertemakan 'Agry Bird' yg tgh glemmer skrg ni kan??












                                                                                                                           







Abg Haziq & Rafiq yg dah x sabar sgt nk potong kek Agry Bird ni.....hamper membuatkan I angry le:-)





Bersama2 rakan sekolah Abg Haziq & jiran terdekat....


Hadiah Kezutan yg diterima daripada 'Abah & Mama' @PakLong&MakLong. Tenkiu2 bagi hadiah sepesel ni kat Rafiq.
Semoga murah rejki mereka:-) amin....


ok...abis suda setori  mori about Besday Rafiq!!

Friday, October 14, 2011

Friday!!

Salam Sumaat Semua:-) ceria tak arini??


Hari Sumaat@Friday selalunya time break lama kan? salah satu sebab memberi peluang kepada kaum lelaki untuk menunaikan tanggungjawab Solat Jumaat. So,bagi kita2 kaum wanita yg bekerja di opis2 ni... waktu senggangnya lama kan?? ada la dlm 2 jam gitu:-)


Cam korang (kaum wanita aje ok!!) selalu waktu lunch tghari Sumaat tu buat hapa?? adakah :-


A. Soping
B. Lunch kat Restoran Secret Resepi
C. Layan citer Korea
D. Tiada sangkut paut dgn di atas


Macam saya ikut (3M) mood, masa & money. Kalau ada mood, leh lepak ngan kawan2 makan kat luar. Kalau ada masa barulah best kita nk bergosip lama ngan kawan2 kan? & kalau ada money....barulah best nk sopingnya!! hehehe. Bak kata Mr.Usben, nasib baik le compny korang ni terletak jauh dari SOGO, MidVelly, Pavillion, KLCC semua tu...kalau tak, mau mati kering sbb duit gaji abis ke situ je. Paling dekat dgn company saya ni cuma Mydin Mall USJ,The Summit,PKNS,Alam Sentral,SACC Mall & bla...bla...bla. Nasib baik la urat soping saya belum putus!! kalau urat tu putus....kompom le lebam poket usben saya nk tanggung!! hehehehe. kalau gaji laki besau takpe!! 

kompom poket suami korang lebam kalo camgini le sopingnya!! hehehehe

So, moralnya ....Tagline utk diri saya 'belanjalah secara berhemah....ingatlah orang yg tersayang!! waaaaaa.....cam bagus je kan?? hehehe...

ok...jumpe lagi:-)

Thursday, October 13, 2011

Jom POLLOW me!!!

SEYES!! I jeles nengok kakak redmummy tu dpt duit ribu riban dari  nuffnang tu!! bila la hagaknya saya nk merasa camgitu khan??Itulah rezeki namanya setelah dia penat bertungkus lumus & x jemu utk terus ber'blogging ni. I nak jadi cam dia gak lah!! wah....tetiba semagat berkobar2 ni!!

Sorry K.Red....jgn saman saya!! saya xde duit sebanyak k.red!! saje nk tolong publishkan utk kengkawan tgk.Sebagai bukti pd diorg!!! jgn saman saya tau:-)

Kengkawan2....apa lagi, tolong le klik kan iklan2 kat blog saya tu.Mana tau saya leh kaya cam k.Red! InsyaAllah:-) 

Kalau betul saya boleh dpt check sebanyak ini...InsyaAllah, pada yg selalu jengah blog saya ni, saya akan belanja beli tiket tambang murah AAsia tak kisah le local @ ober the sea sekalipon. saya sanggup belikan. Tp dgn syarat :- kena la sign in jadi follower saya dulu, pastu kenalah rajin mengomen & seterusnya barulah saya boleh taja tiket tu. Dgn syarat juga kalau saya dapat duit RM cam di atas....muhahahaha. (baikkkk punye marketing strategi saya kan?? ) Sedara mara, waris terdekat tidak boleh menyertai program ini....harap maklum!!

Tapi saya serius sebenarnya. Kalau le saya dapat RM sebanyak itu ...saya sanggup  tunaikan. Doa2kanlah saya semoga tak bangga diri bila saya dpt duit sebanyak itu. Oleh itu, silalah jadi kawan saya:) promote lagik!!!

ok ....gud nite:-)