Thursday, April 14, 2011

Pulau Pinang??



Penang Bridge..

keja tau....


sampai hajat saya untuk berjalan ke Pulau Pinang.itulah satu-satunya negeri yg x pernah saya jejak.impossble kan?? tumpang lalu h/way nk ke Kedah & Perlis dh byk kali...tp tak pernah berkesempatan nk singgah.Plan bersama-sama usband nk ke pulau tu pon dah banyak kali...tp ada je halangannya. Sebenarnya nk merasa lalu kat Penang Bridge tu....So, pd 11 & 12 April aritu saya ke sana bersama-sama office mate & sorang  lg designer (opkos le urusan keja) kan....apa org tua2 kata? 'sambil meyelam minum air'...tp jgn sampai kembung.opsssssssssssss....bahaya tu.hehehe


sempat lagi nyinggah depan Hard Rock Penang...singgah je tau:)

baju t-shirt & beg sek ben10

saya sempat ke area Batu Feringhi pd waktu mlm tu....sesaje jln2 nengok area hotel2 kat situ.waktu malam cantik & terdapat ala2 uptown la kat situ. Jalan punya jalan, sempat lagi saya merembat beg skul Ben-10 utk si Abg.Beg Skul yg lama tu dah rosak pon.Baru je skul 4 bulan kan? tu belum citer lagi pasal kasut skul lak...punyalah jauh saya beli beg skul si abg Haziq ni...hehehe.Sampai kat Penang...Harganya nk tahu berapa??


ni lah harganya....melampau kan?? tp saya dpt kecek amoi tu..So reganya RM65.bolehlah coz sbb ada 3 roda...kalu x, setakat 2 roda pon rega beg tu leh cecah RM50 jugak...

T-shirt Hard Rock Penang pon sempat lagi rembat beli...

ni le beg skul Ben10 abg Haziq and beg yyg kecik tu for Adik Rafiq

Wednesday, March 30, 2011


Kepada yg berkongsi bulan (Oktober) kelahiran sewaktu dgn saya.....inilah Rahsianya.

Tuesday, March 29, 2011

Anak-Anak itu Kupu-Kupu Syurga

ANAK-ANAK ITU KUPU-KUPU SYURGA.


Keistimewaan yang bakal diperoleh apabila anak-anak anda boleh digelar kanak-kanak atau kupu-kupu syurga. Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya.

Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak.

Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali kerumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak.

Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama.Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut di perolehinya.

Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata;
"Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium." Sabda Nabi SAW; "Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan disayangi."

Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganyadan dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah- olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

Seorang lelaki bertanya; "Ya Rasulullah, kepada siapakah harus akuberbakti?"Jawab baginda; "Berbaktilah kepada ibu bapamu."Kata lelaki itu lagi; "Ibu bapaku sudah tiada lagi."
Sabda Nabi SAW; "Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu."

Friday, March 25, 2011

ACARA : Pencarian Bakat Tom Tom Bak
Tarikh : 12 dan 13 Febuary 2011



Ermmmmmmmm.....macam-macam yg nk saya citekan dlm blog saya ni.....sampai terlupa nk update cite yg saya bawa hero-hero saya tu ke SACC Mall, Shah Alam.Selama 2 hari berturut2 pencarian bakat untuk anak2 dlm rancangan Tom Tom Bak iaitu pada 12 Febuary 2011 yg lepas. Hero-hero saya ni sebenarnya  nak tgk Uncle Aznil dgn lebih dekat. Bila Pak Nil sampai je, masing2 terdiam dan tak terkata apa bila dah berada depan mata...dasat sungguh penangan Pak Nil dgn kanak-kanak kan? 

mood boring...menunggu lama sebelum bermulanya acara tersebut.

x sabar nk tgk P.Nil sebenarnya...hehe


P.Nil jadi juri waktu tu...

yeayyy...abg dpt b'gambar ngan P.Nil:)
Tapi sayang...gambar blur sket sbb org ramai berebut himpit nk bergambar ngan P.Nil.

ramai gak yg dtg:)


tgk la...P.Nil menjadi rebutan!!

Wednesday, March 23, 2011

Minumlah Air Suam/Panas Selepas Makan


Serangan Jantung dan Minum Air Suam




Fakta ini sangat bagus. Bukan semata-mata berkenaan air suam, tetapi berkenaan Serangan Jantung ... Masyarakat Cina dan Jepun minum teh panas untuk ketika bersarapan, bukannya air sejuk, mungkin inilah masanya kita perlu mengubah tabiat minum semasa makan .


Kepada sesiapa yang gemar minum air sejuk, fakta ini sangat bermakna buat anda. Memanglah sesuatu yang nikmat untuk minum segelas air sejuk selepas makan. Walaubagaimanapun, air sejuk akan melikatkan minyak yang kita makan bersama hidangan. Sudah tentu ia melambatkan lagi proses pencernaan. Sekali gumpalan minyak ini bertindakbalas dengan asid di dalam perut, ia akan memecah dan diserap oleh enzim intestine lebih cepat berbanding makanan pejal. Ia akan selari dengan enzim intestine. Dalam masa terdekat, ia berpotensi bertukar menjadi lemak dan mendorong kepada kanser. Adalah penting untuk minum sup panas atau air suam selepas makan.


Petanda Lazim Serangan Jantung


Amaran berkenaan serangan jantung – Anda seharusnya mengambil tahu yang petanda serangan jantung bukan sahaja pedih pada sebelah kiri dada. Awasi jika terasa sakit yang menyesakkan pada dada kiri . Mungkin anda belum pernah merasa sakit dada semasa terkena serangan jantung. Muntah-muntah dan berpeluh berlebihan juga antara tanda-tanda lazim. 60% pesakit yang terkena serangan jantung adalah ketika sedang tidur dan tidak boleh bangun dari tidur. Sakit pada dada boleh menyebabkan tidak sedarkan diri. Berhati-hati dan berjaga-jagalah sentiasa. Lebih banyak yang anda ketahui berkenaan serangan jantung, maka lebih peluang untuk anda terselamat.





Monday, March 21, 2011

Bandar Saujana Putra


Nak citer sket Asal usul terjebaknya saya and en.usben dgn Bandar Saujana Putra ni bermula sewaktu kami berdating ke Sunway Piramid and t'nampak ada pameran jualan rumah under company LBS.  http://www.lbs.com.my/


Pada sesiapa yg x tahu dimana letaknya Bandar Saujana Putra, bolehlah mula men'google' ek..hehe



Actually, kami xde plan untuk membeli rumah pon sewaktu masih di alam pertunangan.Masa tu langsung tak tahu location rumah kat mana itu 'Bandar Saujana Putra'. Pastu xde pikir banyak terus je plan book 1 rumah apartment low cost di Bandar Saujana Putra tu. Hasilnya, terbelilah kami dgn rumah ini pada tahun 2003...


ini la dia rumah pertama yg kami beli di BSP....
 
Bila pikir2 kan balik waktu tu rasanya cam org x abis pikir nak beli rumah.Patutnya kena buat plan dulu.
Ye la...sepatutnya mestila kena buat survey nk beli rumah kat mana?kos brapa ? nk rumah design camne? huh....ingat nk beli rumah ni cam nak beli sayur je ke? cam nk beli buah Doyan je ke? tp waktu tu mmg kami x abis pikir panjang pon...sangap sket le waktu tu.Maklum tgh mabuk berchinta....huhu.


Pada tahun 2007, kami telah berpindah ke Bandar Saujana Putra.Boleh dikatakan kamilah antara orang2 yg t'awal pindah ke situ tanpa kemudahan jalan yg sempurna.(Waktu tu tol untuk ke Saujana Putra) pon tiada lagi....terpaksa tempoh jln jauh melalui Puchong Batu 13.
Sadis sungguh waktu tu....

Semua tu jadi pengajaran buat saya and usben...so, lps dah beranak pinak ni mula la terpikir utk mencari umah lain. Kami sepakat untuk cari rumah yg lebih selesa untuk masa depan kami,anak2 and family yg lain..jadi, pada tahun 2009 kami sepakat utk melepaskan rumah apartment tersebut kpd pasangan En.Naza & Pn.Fiza yg kebetulan menyewa di situ.
Rumah baru yg kami cari masih lagi di area Bandar Saujana Putra.
Bukan apa....setelah survey area Shah Alam,Subang Jaya & Putra Heights ...kami akur yg harga rumah di Bandar Saujana Putra ni masih lagi berpatutan dan memenuhi kouta poket kecik kami....hasilnya,inilah dia rumah baru yg dibeli dari seorang owner Cina yg tidak pon menduduki rumah t'sebut.Kira umah baru gak kan...walau beli dr tgn org.

 

inilah rumah baru kami....bkn gambar sebenar ye tuan-puan semua.tp design rumah memang sebijik:)

ini dlm rumah baru saya ye tuan-puan....saje nk nunjuk:P

Kesimpulannya,sebelum berhajat untuk memiliki sesuatu tu...kenalah betul2 survey. itu pesanan untuk diri saya and en.usben supaya lepas ni sentiasa berpikir dgn sebijak-bijaknya.



Monday, March 14, 2011

MAWAR PUTIH BUAT MAMA


Untuk semua IBU,MAMA,UMMI dan bakal bergelar ibu suatu hari nanti....
 
Sebenarnya saya rasa tersentuh bila dgr lagu ni sewaktu rancangan Mentor last week yg K.Pah ada berduet dgn seorang peminat beliau.Airmata saya pon sibuk jugak nk kluar ...sedih pulak saya rasakan sbb peminat k.pah tu memang t'lampau minat kerana setiap album k.pah dia beli dan masih lagi simpan dari dulu sampailah skrg.Yg paling t'haru bila makcik tu buat permintaan t'akhir andai sebelum tutup mata nk jumpa @
dpt berduat ngan K.Pah. Akhirnya permintaan peminat K.Pah tu TV3 penuhi....

Kau Sinaran Bulan...
Menyerikan Bintang-Bintang
Kaulah Fajar yang menerbitkan pagi..

Kau sirami embun
Menyegarkan Pepohonan
Kau Bukakan Tabir siang untukku

Kau Berikan Mama..
Kasih Sayang yang MAHA Suci
Betapa AgungNya tiada ternilaikan..

Oh Mama,Oh Mamaku
Tiada Cinta yang murni
Setulus Cintamu

Ku suntingkan Mama
Sekuntum Mawar Putih
Sebagai Lambang Kesucian cintaku