Monday, December 12, 2011

FB untuk Orang PERAK!!

FB untuk Orang Perak aje..............smile:-)

Filem Ombak Rindu vs Novel






Antara Filem Melayu yg paling hot dipawagam sekarang ini opkoz le Filem Ombak Rindu yg diadaptasikan dr Novel Ombak Rindu. Saya dh menonton filem Ombak Rindu ni.ermmm...antara Filem & Novel dah tentu le saya memilih Novel yg lg feel, Stim untuk saya menghayatinya. Siapa yg kaki Novel tu memang akan cakap benda yg sama cam saya kut?? Boleh la kasi kreadit 4 bintang untuk Filem Ombak Rindu tersebut. Sebab ada Aaron Azizyg melakonkan babak tut!! so, kalau korang pergi bawa anak2 tu pandai2 le cover bijik mata diorg tu ek!! hehe...



ok, selamat menonton Filem Ombak Rindu!!

NotaCintaMukaBuku : Lisa Suriani x best plak saya rasa bawa watak Mila tu.....x cukup feel!!


Wednesday, December 7, 2011

Something AWESOME is coming -AirAsia


wow....terujanya!!! esok AirAsia akan buat sales besar besaran punya! harga RM0.10!! saya dh pecah lobang ni....so,cepat-cepat le book tiket anda utk ke destini dalam @ over the sea. kalau banyak duit laa...
Saya sendiri tak tau plan nk kemana kali ni....next year Febuari 2012 dh plan nk ke Vietnam together2 ngan netball members!! Jom....ramai2 kita terjah tiket murah kali ni!!!

Tuesday, December 6, 2011

Pesta Buku & Novel



Pesta Jualan Buku serta Novel bertempat di Karangkraf sec 15 Shah Alam dah lepas!! Giler tak terjah kan??saya yg memang seorang kakinobel ni tak lepas peluang tersebut. Jumaat lepas hari pertama sales je dah terjah ke Karangkraf. Sales sampai 70% ko...



lelong....murah aje!!

baru 2 buah je rembat novel:-)

with my BFF ...kYUS juga kaki nobel!!

Kyus & KAtun ...

Hasilnya.....9 buah novel + 2 buah buku cerita kisah Nabi utk anak2 telah saya rembat! Not bad...total semua baru RM110.Janji boleh claim balik ngan LHDN kan??
 

ok...abis suda!!

Thursday, December 1, 2011

Family Day



Hanya tinggal 2 hari saja lagi 'PROTON Family and Inovation Day 2011' yg akan diadakan di Sunway Lagoon!! Seramai 32,000 ahli keluarga PROTON termasuk Holdings,Shah Alam, Tg.Malim, Proton Edar, Miyazu & Lotus akan berkumpul disini....adusssss, bayangkan kepadatannya!!

Yeeeehaaa......debaran kembali lagi siapakah yg bakal membawa pulang Hadiah Cabutan bertuah iaitu KERETA PROTON! Dengar2nya kali ni 5units kereta jenis PROTON yg akan dijadikan sebagai Hadiah Utama!! Sama mcm sambutan Family Day 2010 @ Stadium Shah Alam ....Savvy, 2unit Saga, Persona & Exora. Tahun ini khabarnya Model terbaru Inspira juga tersenarai!! OMG!!!



NotaMukaCintaBuku :- Ya ALLAH, adakah itu salah satu rezeki untuk hambaMu ini?? Perkenankanlah Ya Allah..... Amin Ya Rabbal'alamin.





Tuesday, November 29, 2011

NEGARA PALING SELAMAT

Congrats..Malaysia still in the list!


 GPI atau Global Peace Index 2011 mengumumkan bahawa Malaysia tersenarai diantara negara paling selamat di dunia. Tak tau la pulak selamat tu dari segi keselamatan atau kewangan atau bencana. Tapi ianya tetap merupakan berita baik untuk rakyat Malaysia yang cintakan keamanan kerana kajian Global Peace Index (GPI) 2011 mendapati Malaysia adalah negara ke-19 paling selamat daripada 153 negara di seluruh dunia. Ini membolehkan negara kita Malaysia tersenarai dalam ranking dunia yang diiktiraf.

Malaysia juga diletakkan sebagai negara paling aman di Asia Tenggara dan keempat di Asia Pasifik selepas New Zealand, Jepun dan Australia. Ini adalah julung kalinya Malaysia diberi ranking setinggi itu sejak 2007 dan negara ini adalah antara enam negara bukan Eropah yang menduduki 20 tempat teratas dalam senarai berkenaan, di samping Iceland, New Zealand, Jepun, Qatar dan Australia.
Penemuan edisi kelima kaji selidik oleh Institute for Economics and Peace yang berpejabat di Sydney itu diumumkan pada hujung Mei. Pada 2007, Malaysia menduduki tangga ke-37 dan jatuh ke tangga ke-38 pada 2008, sebelum memperbaiki kedudukannya daripada tempat ke-26 pada 2009 kepada tempat ke-22 pada 2010 dan tempat ke-19 pada 2011.
Indeks berkenaan mengandungi 23 petunjuk kualitatif dan kuantitatif oleh sumber yang dihormati, yang menggabungkan faktor dalaman dan luaran — daripada perbelanjaan ketenteraan di peringkat nasional hinggalah kepada hubungan sesebuah negara dengan jirannya serta tahap pematuhan hak asasi manusia.




Friday, November 25, 2011

Selamat Tahun Baru 1433H



Bacaan Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun Hijrah


Menjelang petang sebelum berakhirnya waktu Asar, Sabtu 26hb November 2011, menandakan tahun Hijrah 1432 akan melabuhkan tirainya. Dengan itu Sabtu ini tahun baru Hijrah 1433 akan muncul selepas waktu maghrib. Di sini dikongsikan Doa Akhir tahun dan Doa Awal Tahun Hijrah untuk dibaca pada petang (Sabtu, 26 November 2011). Semoga semua amalan yang kita lakukan diterima dan semua dosa-dosa diampunkan oleh-Nya.


Semoga kita menjadi insan lebih mulia, lebih bertakwa dan berhijrah menjadi lebih baik dari sebelum ini.


Amin…


Marilah kita sama-sama membaca doa Akhir Tahun Hijrah 1432 pada penghujung waktu Asar, kemudian disusuli dengan membaca doa Awal Tahun Hijrah 1433 selepas waktu maghrib. Doa-doa tersebut adalah seperti berikut:




Doa Akhir Tahun.
Dibaca pada penghujung waktu Asar, sebelum masuk waktu Maghrib.

Doa Akhir Tahun Hijrah 1432

Doa Awal Tahun.

                                               Dibaca sebanyak selepas azan solat Maghrib.
Doa Awal Tahun 1433