Saturday, June 4, 2011

Tip Telefon Bimbit Masuk Air.



Pernahkah Telefon bimbit anda basah terjatuh atau terendam didalam air atau basah kerana hujan? Jangan terburu-buru membawanya ke kedai telefon bimbit.


Sebab, ada cara sederhana yang boleh dilakukan untuk membuatnya kering luar-dalam seperti sediakala, iaitu menggunakan beras.
Jika semasa telefon bimbit anda basah terkena air, segera matikan / suis-off telefon bimbit anda dengan serta merta dan keluarkan bateri beserta Kad SIM-nya. Ambil beras dan tempatkan dalam sebuah mangkuk atau bekas dan benamkan telefon bimbit itu ke dalamnya. Beras akan berfungsi seperti gel silika, yang akan menyedut dan menyerap kelembapan. Biarkan beberapa jam untuk memastikan telefon bimbit itu kering. Jika telefon bimbit telah kering sepenuhnya, pasanglah kembali bateri dan Kad Simnya serta suis-on telefon bimbit anda. InsyAllah.


Jangan sekali-kali mengeringkan telefon bimbit yang basah dengan menggunakan bahan pemanas yang berlebihan, seperti menggunakan pengering rambut (hair dryer), panas lampu, atau dijemur di bawah sinar matahari secara berterusan.
Cara-cara tersebut boleh merosakkan komponen dan connector pada telefon bimbit anda. Cara ideal untuk mengeringkan telefon bimbit adalah menggunakan kompresor udara bertekanan rendah atau vacuum cleaner.


Selamat mencoba!!!











Tuesday, May 31, 2011

Forgot Password!!

As salam semua...

miss my blog....dah 2 week saya terlupa my pasword utk log in blog saya ni. macam2 cara saya buat....godek punye godek ntah camne leh jadik lak....aduii. naya kan?? so, moral of d'story....jgn save macam2 nama @ nombor utk jadikan sebagai pasword anda!!

Thursday, May 19, 2011

PERTANDINGAN FUTSAL WANITA ANTARA PASUKAN 2011

TEMPAT : FERRO FUTSAL CENTRE, USJ
TARIKH : 24 April 2011


Kejohanan Futsal Wanita kali ini mendapat perhatian di kalangan wanita2 yg bekerja di PROTON ni. Mana taknyer...futsal juga dah sinonim sebagai salah satu aktiviti riadah kepada wanita selain dari aerobik @ poco-poco. Tahun ni team aku (Wallabies) tetap memakai gelaran yg sama (2009). Tetapi untuk gelaran JUARA akhirnya bertukar tangan kepada team baru iaitu SML team. Congrats pd diorg sebab selama 3 tahun jugak diorg develop team ni. Memang tak sia-sia turun training selalu.


Aku pulak tak pernah2 kena krem kaki...teruk jugak waktu tu. Kejap2 kena kluar sbbkan kakiku ni krem...esoknya MC. ha, amik ko!!
Apa pon pd team Wallabies (Laila,Zainur,Miah,Harizah, (A'a & Ema - muka baru join futsal) , u oals memang mantap walau tak turun training skalipon. mabeleslah korang:)


Keputusan:-
1.SML - Johan
2.Angelina Ballerina - Naib Johan
3.Wallabies Team
4.Red Velvet
5.Dibo & Friends
6.KPUFC
7.Special Agent OSO
8.Wonderball United
9.HR Team




tempat k-3....Wallabies team


terbaek wok:))


my team


Lan pet-pet yg buat kacau bilau:)

enjoy!!! next year main lagi....



KEJOHANAN BADMINTON BERGU WANITA TERTUTUP 2011

TARIKH : 2 April 2011
TEMPAT : SUPER COURTS, USJ 19


tahun ni champion milik kami...


Naib Johan


tempat k-3


Salwa,Afida,me and K.Tun...mabelessslah!!


K.Ani and me....ada gaya model raket tak?


tetap posing!!


yg penting kita happy:)


gaya para pemain wanita olimpik 2030...hehe


posing kena mantop ye akak2..


antara kenangan manis


waduh....gaya seorang pemain estate!


kita enjoy:)  jumpa lagi tahun depan....



Wednesday, May 4, 2011

Off to Kuching

Saya dan rakan-rakan akan ke Sarawak untuk ativiti 'PROTON:WomenWalk hunt' bermula pd 5 ~ 7 Mei 2011. Segala cerita mengenai walk hunt Kenyalang Sarawak ini akan saya update kemudian. entah bila la N3 ni nk kluar ek:) huhuhu.......

Saturday, April 30, 2011


Percutian ke mana-mana yg anda suka jika ada budget!!


Kat mana lagi tempat2 yang menarik di Malaysia ni utk dilawati?? ermmm......
Dah masuk bulan Mei...cuti sekolah akan bermula x lagi....
saya tengah survey tempat2 yg menarik & yg belum pernah kami pergi....agak2 ada duit ke?? mampu ke? hihihi...


*saje nk share dgn u oals....
mana tau oals ada nk pergi tempat2 ni...
Hotel-hotel dan tempat2 menarik yg telah saya pegi dlm Mesia je tau:)
(ni kira time saya single mingle + dah berkeluarga ni laa) ada yg gambar tiada lg dlm simpanan saya.so, saya curik2 dr internet laaa....lalalala


 Langkasuka Beach & Resort , Langkawi Kedah


Langkasuka Beach & Resort  dah 2 kali saya stay di sini. Kali pertama saya sampai ke sini pd tahun 2004. 
1st time dtg mmg best tempat ni. Makanan pon sedap2 belaka .....
2nd time dtg pd tahun 2008, dah nampak sket keuzuran pd tempat ni...
makanan pon dah out!!
last year dtg lg ke Langkawi nengok tempat ni .....cam dah tutup.


bila survey dlm internet ...ha, ni la jawapan nye..


Note :Langkasuka Beach Resort Temporary close for renovation mmg dh tutup bro!!






beach 

room

pool


PNB ILHAM RESORT, PD N9

2 kali jugak saya jejak kaki ke ILHAM Resort ini. Tempatnya best!!...sesuai utk menenangkan jiwa kacau...hihihi. Ada mini pawagam untuk di tonton pd mlm hari...tp bukan movie yg terkini ye tuan2 & puan2...






beach

EAGLE RANCH, PD N9


kunjungan ke sini pada tahun 2010 sewaktu family day my usbend punya office. to me, tempat ni teramatlah boringnya...pool utk kanak2 kecik bebenor org Perak kata.
Hanya sesuai utk yg berjiwa 'mat kuda' je kot...ada ke org jiwa gitu?? tapi kalau u oals nk try jengah jugak....x kisah.itu duit korang kan??

website: http://www.eagleranch.com.my/





room

activities

pool




SWISS COURT HOLIDAY APARTMENTS, PERAK 

Family day my office @ Swiss Garden Damai Laut Lumut Perak @ 2007. tempatnya jauhhhhhhhhhhhhhh masuk ke dalam. tidak sesuai jika membawa baby sbb perjalanan nk ke sini hutan je. Saya rasa semacam je sewaktu tidur pd waktu mlm coz anak saya yg sulung (4 thn) waktu tu menangis tak boleh tidur. Esok paginya sewaktu keluar merentasi pondok pengawal saya terperasan ada kubur lama di belakang tu. opsss!! taknak citer lebih:)

Website: http://www.damailaut.net/









PUTERI RESORT, MELAKA

Family day my office @ July 2010. Best tempat ni coz pool dia yang besar.Tidak silap saya hotel yg mempunyai pool paling besarlah di negeri Melaka ni. Pool utk kanak2 juga besar.memang puas anak-anak saya mandi.




LEGEND CHERATING, KUANTAN PAHANG

Kunjungan kami ke sini sewaktu menyertai Tresure Hunt bersama keluarga yg diuruskan oleh pihak Kelab Proton pada tahun 2005. Kenangan paling best sbb pastu 1 family kena penyakit 'sakit mata'.
*Ranking 15 daripa 30 family yang bertanding....





tgk la mataku...dh mula sepet









STAWBERRY PARK, CAMERON HIGHLAND

Percutian saya ke sini bersama-sama rakan serumah sewaktu zaman bujang dolu-dolu.
Tak silap saya pada tahun 2001. Kat sini pon ada kisah seram saya jugak....eiiii. Nak citer ke tak nak????







DYNASTY HOTEL, KUALA LUMPUR

2 kali kunjungan kami ke Dynasty Hotel ni sewaktu majlis perkahwinan adik ipar pada tahun 2003 & 2010. Anak-anak memang best laaa.....siap cakap taknak balik lg bila dah jumpa pool kan??






MAYA Hotel, Kuala Lumpur

2 kali juga saya ke http://www.hotelmaya.com.my ni. Itu pon sebab kerja. kalau nk pergi sendiri rasanya belum tentu. tak mampu den:) Kali pertama sewaktu pelancaran kereta Juara di perkarangan KLCC pd tahun 2002.
Yang kali ke-2 saya tak ingat apa event waktu tu...

*(saya dh malas nk upload gambar) kalau saya rajin nanti saya akan scankan gambar & upload kemudian.

Wednesday, April 27, 2011

Petanda Bahagia dan sengsara dalam hidup kita

Ada ketikanya hati berasa tak bahagia dan tenang. Bila lihat kebahagiaan orang lain, kita berasa gusar. Berasa serba tak cukup. Mungkin kita tidak kaya. Mungkin pasangan kita tidak cukup membahagiakan. Mungkin keluarga kita tidak bahagia.

Apakah sebenarnya kecukupan itu yang membawa kebahagiaan?
Ada orang kaya harta berjuta2, tapi hatinya tak bahagia.
Ada orang punya isteri tiga, tapi hati tak bahagia.
Ada orang ada suami yang hebat, tapi tak bahagia.
Ada orang ada keluarga ternama, tapi tak bahagia.
Jadi, apa sebenarnya dan di mana letaknya bahagia tu?

Berkata al-Ghazali “Bahagia dan kenikmatan sejati ialah bila dapat mengingati Allah. Ketahuilah bahawa kebahagiaan setiap sesuatu ialah bila kita merasakan nikmatnya kesenangan dan kenikmatannya, dan kenikmatan itu ialah menurut sifat kejadiaannya masing-masing. Kenikmatan mata ialah bila melihat apa yang indah, kenikmatan telinga ialah bila mendengar suaru merdu dan demikian pula anggota lainnya. Sedangkan kenikmatan hati ialah keteguhan ma’rifat kepada Allah karena hati itu dijadikan adalah untuk mengenal Tuhan.”

Surah ke-13 ayat ke-28 Allah berfirman “Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenang.”.

Tanda-tanda Bahagia

1. Menjauhkan diri dari urusan dunia dan senang kepada urusan akhirat


2. Kemahuan kuat terhadap ibadah dan membaca al-Quran


3. Sedikit bicara terhadap apa yang tidak diperlukan


4. Sangat memelihara sholat lima waktu


5. Menjaga diri dari yang haram dan syubhat, sedikit atau banyak


6. Bersahabat dengan orang-orang soleh dan baik


 7. Rendah diri


 8. Bersifat dermawan yang ikhlas


9. Belas kasihan terhadap makhluk-makhluk Allah yang lain


10. Bermanfaat kepada orang lain


11. Selalu ingat mati dan bersiap sedia menghadapinya

Tanda-tanda Sengsara

1. Rakus terhadap harta dunia



2. Kemahuan nafsu yang kuat dan cenderung pada kelazatan dunia


3. Perkataan yang kotor dan banyak ghibah (menceritakan cela orang lain)


4. Menganggap enteng sholat 5 waktu.



5. Bersahabat dengan orang-orang fasik



6. Buruk prilakunya



7. Sombong dan tinggi hati


8. Enggan memberi kebaikan kepada orang lain


9. Sedikit kasih sayang terhadap orang yang beriman


10. Pengecut dan tidak memberi manfaat kepada orang lain


11. Lupa terhadap mati