Monday, February 14, 2011

Nikmat itu hanya datang sekali, bersyukurlah!

Nikmat itu hanya datang sekali, bersyukurlah!

Sesetengah nikmat itu hanya datang sekali, tetapi bersyukur kena selalu.
cerita ini amat menyentap jiwa saya sebagai seorang IBU...bersyukurlah.
Mudah2han saya senstiasa mengawal rasa amarah...

Maka ada sebuah kisah buat iqtibar kita semua......
Ada sepasang suami-isteri yang hidup bahagia. Tidak ada kurangnya bagi pasangan yang dilimpahi dengan kemewahan ini kecuali satu, mereka tidak punya anak walaupun telah lama berumah tangga. Sering mereka bercerita tentang betapa indahnya hidup sekiranya punya seorang anak penyejuk mata. Rasa ini bergolak hebat apabila melihat kepada jiran sekeliling yang sentiasa riuh rendah dengan bunyi hilai-ketawa anak-anak, kadang-kadang tangisan nyaring.


Apa yang menarik tentang pasangan Mr. & Mrs. Perfect ini:


Susun atur dalaman rumah mereka yang rapi, kekemasan sentiasa pada tahap maksimum dan semua benda mesti berjalan seperti yang dirancang dan dijadualkan. Rutin hidup mereka semuanya berjalan seperti dalam catatan diari, dalam kerapian tahap tinggi. Nota semakan kerja rumah tergantung pada peti ais, pada white board pula senarai semakan keberkesanan, perancangan pula dalam buku management tersendiri. Dengan tekun semua ini diulang-ulang saban hari, minggu dan tahun.


Pada satu hari yang indah, si isteri bergegas memberitahu jiran tetangga berita gembira yang dikongsi bersama dengan sambutan syukur hampir seluruh kawasan kejiranan berhampiran. Menurut doktor, dia bakal menimang cahaya mata. Allahu Akhbar, syukran, mereka ucapkan. Kegembiraan jelas terpancar pada pasangan ini, ucapan tahniah dating mencurah-curah.


Begitu pantas masa berlalu. Akhirnya sampailah saat yang mendebarkan, anak yang ditunggu dilahirkan dengan selamat. Bayi lelaki comel ini benar-benar memberi sinar pelengkap kasih sayang di dalam rumah itu. Tiga tahun berlalu, anak lelaki ini membesar dengan sihat dan subur, sesubur perhatian dan belaian daripada ayah dan ibu. Namun berlaku sesuatu yang tidak diduga oleh ibunya selama ini. Anak lelaki ini mempunyai perangai yang seratus peratus berbeza dengan sikap ibunya. Kalau ibunya sangat kemas, anak lelaki ini akan mengeromot segalanya. Rumah yang selama ini kemas teratur sering kali bertukar wajah menjadi seperti lepas perang, kena penangan anak ini. Keadaan tidak terkawal, anak ini mungkin telah dimanjakan berlebihan.


Si ibu merintih derita. Apa yang berlaku ini bertentangan sama sekali dengan kanun dirinya. Semua mesti sempurna! Sampai pada tahap ini si ibu selalu terlanjur cakap bahawa mempunyai anak sebenarnya satu kesilapan. Anak bukan penyejuk mata sebaliknya peragut ketenangan.


Bagi mendidik si anak, si ibu terpaksa menggunakan sedikit kekerasan, cubit, rotan dan meminta dia berikrar untuk tidak mengulanginya kembali. “Mama, abang minta maaf. Abang tak akan ulang lagi.” Itulah ungkapan yang diajar setiap kali kesalahan dibuat.


Satu lagi tabiat yang pelik bagi anak ini ialah dia akan mengoyak-goyakkan kertas yang dijumpainya dan dibiarkan bersepah merata-rata. Cubitan dan kemarahan tidak berjaya mengubah tingkah lakunya, dia masih dengan tabiat menyepah-nyepah, kemudian rumah jadi bingit dengan leteran dan bahang kemarahan ibu. Begitulah yang sering berlaku.


Pada suatu hari si ibu bergegas mengemaskan rumah kerana kawan lamanya bakal datang melawat. Dia ke dapur memasak hidangan kepada tetamu yang bakal datang. Bila dia membawa makanan untuk dihidangkan, alangkah terkejutnya apabila dia melihat ruang tamu bersepah, sofa tunggang langgang dan koyakan kertas bertabur di mana-mana.


“Abang. mari sini!!” Jerit si ibu memanggil anaknya lebih kuat daripada biasa. Kemarahannya mencecah siling, kesabaran dan membakar renting ladang hemahnya. Si anak ketakutan lalu lari meluru ke arah pintu. Si ibu mengejar dari belakang. Nafasnya tertahan-tahan menahan marah. Kaki anak melangkah keluar dari rumah dengan larian deras. Sesaat dia telah berada di hadapan pagar. Tiba-tiba terdengar satu bunyi hentaman keras. Larian ibu terhenti. Wajah terasa basah terpercik sesuatu. Dia terpaku. Alangkah terkejutnya apabila melihat anaknya menggelupur kesakitan berhampiran longkang besar di tepi rumahnya. Basah di muka tadi rupanya adalah darah anaknya.


Dia tidak mempedulikan lagi pada kereta yang melanggar, dia meluru mendapatkan anak dan merangkulnya. Darah merah bertaburan di jalanraya, dada anak berombak-ombak, tubuh kekejangan, sejuk, terdengar bunyi rengekan menahan sembilu kesakitan yang amat sangat “ibu, ibu, ibu…ibu….” Tanpa berlengah dia terus memandu keretanya, anak diletakkan ke atas ribanya, tubuhnya kini dibasahi darah merah segar anaknya, dia terus memecut laju ke hospital.


“Ya Allah. tolonglah selamatkan anakku ini.” Doanya dalam raungan kuat sambil memandu laju. Hon dibunyikan bertalu-talu minta laluan daripada pemandu lain.
“Ya Allah. aku tahu aku gagal menjadi seorang ibu yang baik tetapi aku memohon sekali ini. Ya Allah selamatkanlah anakku ini.”
Air matanya bercucuran dengan deras menitis di pipi, tumpah dan bergaul dengan darah merah anaknya. Perjalanan terasa begitu jauh dalam keadaan begini. Nafas anak tercungap-cungap. Dari mulut, hidung juga telinga darah terus mengalir begitu deras. Si anak bergelut dengan kesakitan, dada berombak kuat, setiap kali dia membuka mulutnya darah bercucuran keluar.
Anak seperti ingin menuturkan sesuatu, ibu menangis semahunya. “Mama maafkan abang.” Ungkapannya sukar, tersekat-sekat kerana kesakitan itu.
“Mama. Abang janji tak akan buat lagi.” Ulangi si anak itu perlahan dan tersekat-sekat.
Itulah ucapan yang selalu dituturkan apabila ibunya marah. Ibu memegang mulut anak, hatinya menangis. Bukan ini yang ibu mahu dengar.


Sebaik sampai di hospital, anak dikejarkan ke bahagian kecemasan. Ibu menunggu di luar, dia membuat panggilan kepada suami dan mengurus segala prosedur yang patut. Dengan baju dipenuhi darah tanpa merasa malu pada orang sekeliling yang melihatnya, dia menangis sekuat hati, rasa sesal mengasak kuat segenap ruang hatinya. Jantungnya berdengup kencang bagaikan kuda berlari.


“Ya Allah berilah aku peluang kedua untuk menjadi seorang ibu yang baik, aku sedar akan kesalahanku.”
“Ya Allah selamatkanlah anakku hari ini.”
Doa tidak pernah putus dari bibirnya dengan permohonan setulus-tulusnya kepada Tuhan yang satu. Setelah lama menunggu, tiba-tiba doktor keluar. Bebola matanya merenung penuh pengharapan pada doktor.
“Puan, maafkan….Kami telah cuba melakukan yang terbaik.” Patah bicara doktor satu-satu menyusun kalimah. “Anak puan. Telah meninggal dunia.
Hanya itu yang mampu dituturkan, walaupun selalu tetapi tetap sukar untuk menjelaskannya kepada ibu ini.


Dunia terasa seperti pasir jerlus yang menyedut dengan deras ke dalam, kepingan langit sekeping-sekeping menghempas ubun-ubun kepalanya. Alangkah sakitnya hakikat ini. Dalam tangisan berderai, dia meluru dan merangkul sekujur tubuh anaknya dengan mata tertutup rapat, kesakitan telah tiada bersama nafasnya yang berangkat pergi buat selama-lamanya.


“Anak. Kamu tidak mendapat apa yang sepatutnya ibu berikan di sepanjang perjalanan pendekmu ini.”
Ibu mencium semahu-mahunya. Namun wajah itu hanya kaku, dingin sekali. Jenazahnya kemudian diuruskan sehingga selesai sempurna. Malam itu apabila lampu tidur dimatikan dan kawasan kejiranan sunyi, ibu keluar ke kawasan tong sampah di hadapan rumah. Dia menyelongkar sampah semalam mencari koyakan kertas anaknya. Malam itu di ruang tamu rumahnya penuh koyakan kertas yang ditaburkan. Dengan nada lemah sekali bersama lelehan air mata hangat ibu berkata, “Alangkah indah andainya ini yang ibu lihat pada setiap hari di sepanjang hidup ini.”
“Ibu rindu kepadamu. Ibu rindu kepada nakalmu. Ibu rindu pada koyakan kertas ini, tetapi kenapa ibu buta tentangnya selama ini?”
Tangisan hanya saksi bisu dengan irama tersendiri, namun hakikat yang terpaksa direngguk ialah semua itu tidak boleh diulang lagi. Anak comel itu tidak akan pulang lagi ke rumah sampai bila-bila. Dia telah pergi mengadap Illahi buat selama-lamanya.


Benar, sesetengah nikmat itu hanya datang sekali, kerana itu nikmati dan syukurilah, bersyukurlah sentiasa. Amat malang kerana kita selalu sedar dan menghargai sesuatu, hanya selepas nikmat itu terlerai daripada genggaman.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Lihatlah orang yang lebih bawah daripada kamu, jangan melihat orang yang tinggi daripada kamu, kerana dengan demikian kamu tidak akan lupa segala nikmat Allah kepadamu.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Wednesday, February 2, 2011

Watch Astro in Your Car???

HELLO....HELLO!!!


sebenarnya saya nk tolong promote je.Sbb saya pon berminat utk buat jikaKALAU la saya dan suami pakai MPV.Actualy, benda alah ni boleh di buat di semua jenis MPV yang ada.Bukan hanya pd EXORA sahaja.
So, pd sesiapa yg berminat nk tahu lebih lanjut....bolehlah contact d'no yg tertera. enjoy:)

Monday, January 31, 2011

My Bowling Time!

Location : The Summit,USJ
Date : 29. Jan. 2011, Saturday

yeahhaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....BOWLING Time:)
Every year saya tidak pernah miss utk main bowling anjuran KELAB di tempat saya kerja. Saya bukanlah Pro sgt...setakat PROsak game adalah. Team saya sebenarnya org yg sama je. K.Ana & K.Jati ni ibarat sign kontrak sampai mati/pencen...bkn apa, ktorg ni serasi bersama. Tp this year KJati x dpt join b'sama di sebabkan melahirkan baby yg K-5...tahniah!! so, tempat KJati di gantikan oleh adik Shima.

Shima, me and K.Ana....

memandangkan saya tiada maid di rumah, 2 hero saya pn t'paksalah saya hangkut skali. 1st time tau bawak hero2 tu....bkn apa, bila bawak je....mulalah m'ganggu konsentrasi saya jek nak main bowling tu nanti..hehehe...

saya nk imbas kembali pencapaian kami bertiga;

                       Ini pd tahun 2007, pertama kali kami bergandingan...overall, no 1 grouping..

Ini pulak pd thn 2008, ms ni KJati pencen jap....t'telan bola bowling:) x silap thn ni merosot teruk...x ingat dpt no brapa....


                                                haa...nengok, Kjati hanya jg registration jek!!


                                                 yg ni plak pd thn 2009....ke-4 keseluruhan....

                                                           last year 2010, tempat ke-3               

2011 - tempat k-3 juga.....
kesimpulannya, kira hebat la jugak....ranking kami b-3 belum pernah jatuh lagi walau bukan tahap pemain profesional.Jgn x tahu...setiap kali nk ada tournement, kami b-3 x pernah langsung turun traning.Bkn nk belagak tahap dewa kan:) tp itulah hakikat, kalau kami turun training nanti...ha, alamat kawan2 lain x leh cari makan.Oppppppppppppssssssssssssss, perasannya saya:)hehehe....ermmmmmmmm,rasanya thn depan turn saya plak nk berehat....utk memberi tumpuan kpd bakal pewaris mazni dan khairul...ececece! InsyaAllah,Amin...

Tuesday, January 25, 2011

Blogger Untung RM1 Juta

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Tetiba dtg semangat balik untuk aku menulis!!!! Sbb apa?? korang nk tau?? sbb....newspapers Berita Harian last weekens 23 Jan 2011 ada menyebut tentang 'Blogger untung RM1 Juta'...kita pon nak jugak!!! nak jadi kaya!! hehehe. Tapi biar betik??? Dgn menulis blog je pendapatan boleh cecah 1 juta ke??? tapi apa yg saya nk merepek tulis ye?? ermmmmmmmmmmmmm.....idea!! idea!!!



Sebenarnya,sejak2 anak saya dah masuk ke sekolah standard 1 dan yg sorang ke Tadika ni...bkn main sibuk lagi.Mana nk uruskan hal2 di rumah serta kerja2 yang melambak2 kat opis tuh...penat betul:)
Si Abg rileks je bila nk masuk sekolah,cuma si adik la....hari-hari menangis waktu pagi bila kami dah hantar ke sekolah. Al-Maklum adik bongsu....setakat ni la:)


Gambar Abg Haziq sempat ambil waktu sesi Sek Agama KAFA sblh ptg je...

Bulan ni juga ada majlis perkahwinan kawan sepermainan 'futsal' saya...so, ini pon salah satu dari program majlis yg kena saya hadir memberi sokongan pd dia...Tahniah Syhda!!

  My pren Wedding.... Syhda @ Klang, 9.Jan.2011


@  wedding Syhda with my best pren 'K.Oya' a.k.a ND...Nora Dol!!

                                          


Sunday, December 19, 2010

Persiapan Sekolah

ermmm.....back to school!!!
tinggal lebih kurang 2 minggu je lagi utk Haziq & Rafiq memulakan sesi persekolahan. Haziq akan memasuki alam persekolahan (darjah 1) si adik pula akan memasuki Tadika (5 tahun)...

Segala persiapan seperti baju sekolah,kasut,beg sekolah dan alat tulis telah kami siapkan utk mereka.Yang tinggal sekarang ni hanya utk membayar yuran serta membeli buku tulis dan sbagainya....sebenarnya saya yg terlebih excited utk membeli barang2 keperluan sekolah diorang..hehehe.Bukan nyer apa,waktu zaman saya dulu tak merasa semua ni sbb tidak berapa kemampuan...sian kan:)

Untuk Abg Haziq, beg sekolah SPIDERMAN,kasut Sekolah New Star 2 pasang, Baju Melayu berserta sampin Hijau utk Sekolah KAFA 2 pasang, Baju sekolah brand CANGGIH 3 pasang, singlet dan tali pinggang. Lain -lain alat tulis (byk dpt free) masih tidak di gunakan lagi..
Si Adik Rafiq pula akan memasuki sek tadika seusia 5 tahun...segala keperluan baju sekolah termasuk dlm yuran tahunan....yuran sekolah tadika Rafiq je RM1,2++ ...Si adik pon sibuk juga minta beg sekolah.Tapi si adik suka beg BEN 10. Alhamdulillah setakat ni keperluan sekolah hanya utk 2 orang je, tak dapat bayangkan jika kami mempunyai anak ramai yg kesemuanya bersekolah...persiapan utk persekolahan ni amat memerlukan kos yg tinggi...
Semua ibubapa akan mempersiapkan & memberi yg terbaek utk anak2 mereka. termasuklah kami....kami akan pastikan segala keperluan utk anak-anak akan sempurna.InsyaAllah....

Tuesday, November 16, 2010

Salam Eidul Adha

Salam Eidul Adha pada seluruh Umat Islam di dunia terutama kepada para jemaah Haji di Mekah. Setiap tahun menjadikan perhimpunan yg paling terbesar di dunia iaitu kira-kira 2.5 juta berkumpul di sana untuk mengerjakan Haji.

Mood Happy dh tiba....kenapa? kerana company saya OFF bermula dari 17 Nov until 21 Nov 2010 sempena Hari Raya Qurban ni.So, kami plan balik ke Kampung usband di Trolak,Perak.Pastu xde plan nk kemana-mana pon coz kena budget sikit sebab nk menghadapi persediaan utk anak2 masuk sekolah Rendah & Tadika for next year. sian kan utk anak kami??huhuhu....tp xpe,InsyaAllah ada rezeki lebih kita boleh jalan2 cuti2 Mesia ke?

Cuti Sekolah pon baru je bermula...last weekend hari Sabtu 13 Nov 2010, si Abg Haziq ada Graduation Day Tadika Tunas Bestari @ Bukit Jelutong. Jauh betul cikgunya mencari dewan sampai ke sana...Last year Dewan dekat sebelah Muzium Shah Alam tu aje. gambar2 akan di upload kemudian:)


Ptg selepas abis event tu, kami plan utk bawa 2 hero tu tgk movie....sibuk sgt tanye bila nk bawa tgk wayang...kan dh cuti school ni; kata si abg....so, Pilihan movie utk diorg opkos la tgk cartoon je...Megamind yg tgh top carta box office skrg ni....adusss, image x leh upload plak skrg ni. tgh brsabor ni:) Sebelum Movie start, kami membawa 2 org hero tu melepaskan hajat utk berKaraoke.hehehe...Sebab 2 orang hero tu memang sukaaaaaaaaaaa sangat menyanyi . X kira la lagu apa pon...Nasyid? Justin Bibior(org perak sebut),MUH pn depa tau...Aduii anak2 zaman skrg:)

So, itulah aktiviti pertama utk cuti persekolahan ni...

Friday, November 5, 2010

PROTON Inspira janji kelainan

Lagi artikel menarik mengenai PROTON INSPIRA:)

Oleh Ahmad Farizal Hajat
ahmadfarizal@bharian.com.my
2010/11/04


PROTON Inspira yang bakal dilancarkan 10 November ini, menawarkan pengalaman pemanduan berbeza berbanding Mitsubishi Lancer yang ada dalam pasaran ketika ini, terutama aspek keselesaan pengendalian berikutan sentuhan teknologi Lotus pada model itu. Pengurus Projek PROTON Inspira PROTON Holdings Bhd (PROTON), Zulkiflee Bidin, berkata sentuhan teknologi Lotus itu mempertingkatkan ciri pemanduan dan pengendalian model berkenaan, sekali gus memberikan pemandu serta penumpang Inspira pengalaman memandu lebih menarik dan selesa. “Mitsubishi Lancer yang ada di pasaran ketika ini adalah model yang dipasarkan untuk segmen tertentu, khususnya golongan muda yang sukakan kenderaan yang tegar dan sporty.




“Bagi Inspira, selain mengekalkan ciri tegar serta sporty, ia turut dibangunkan bagi memenuhi keperluan keluarga yang mahukan kereta selesa tetapi kualiti pemanduan kelas terbaik.
“Dengan menerapkan teknologi Lotus dalam pemanduan dan pengendalian, model sedan baru PROTON ini dijangka mampu memikat dan menarik perhatian semua golongan termasuk mereka yang berkeluarga,” katanya pada taklimat media ketika lawatan ke kilang pemasangan Inspira di Shah Alam, semalam.


PROTON Inspira dibangunkan bersama oleh PROTON dengan Mitsubishi Motor Corporation (MMC) dari Jepun menerusi kerjasama strategik baru antara syarikat berkenaan.


Menerusi kerjasama itu, MMC menawarkan model Lancer versi terkininya kepada PROTON untuk diubah suai dan dikeluarkan sebagai model PROTON.
Syarikat Jepun itu juga sebelum ini mengadakan kerjasama hampir sama dengan Peugeot yang mana model Outlander diubahsuai serta dikeluarkan sebagai model SUV syarikat Perancis itu.
Zulkiflee berkata, peningkatan pengendalian dan keselesaan pemanduan yang dilaksanakan PROTON itu mendapat pujian MMC apabila tiga juruteranya yang ditugaskan memantau pembangunan model itu, memberikan maklum balas positif selepas memandu uji Inspira.




“Meskipun hasrat PROTON untuk membuat beberapa perubahan kepada Inspira ditentang, namun selepas beberapa sesi penerangan dan ujian, mereka terkejut dengan peningkatan dibuat, sekali gus memuji usaha PROTON itu,” katanya.
Inspira yang setakat 3 Oktober lalu sudah menerima 1,500 unit tempahan, akan ditawarkan pada harga permulaan RM79,888 seunit.


Sebanyak 300 unit model Inspira yang ditawarkan dengan dua kapasiti enjin iaitu 1.8 liter dan 2.0 liter dan didatangkan dalam empat warna iaitu merah, hitam, perak dan putih itu, kini sedia untuk diserahkan kepada pembeli, manakala hampir 500 unit dalam peringkat pengeluaran akhir.