Journey to Istanbul - Madinah - Mekah
#drama2
Seterusnya kami di bawa ke
#greatmosque
Masjid ini dibina atas arahan Sultan Bayezid I pada tahun 1396- 1399. Senibinanya merupakan senibina awal Kerajaan Bani Uthmaniyyah tetapi lebih mengikut style senibina Turki Seljuk. Mengikut sejarah, Sultan Bayezid telah berjanji akan membina 20 masjid jika mereka menang dalam peperangan. Mereka menang dalam peperangan itu tetapi peruntukan untuk membina 20 masjid tidak mencukupi,oleh itu sultan mengarahkan membina 20 kubah dan 2 menara di Ulu Camii.
Melihat keindahan seni bina masjid tersebut dibahagian dalam, mihrab, mimbar, ruang solatnya luas. Di tengah-tengah dewan solat terdapat pancuran tempat wuduk (gambar kecil atas kanan). Menurut cerita daripada P.Cik Tour Guide kami tu, semasa Sultan Bayezid mengambil tanah untuk membina masjid, tanah ditengah-tengah kawasan untuk membina masjid adalah kepunyaan seorang ibu tua, dan dia tidak membenarkan tanahnya diambil oleh Sultan untuk dijadikan Masjid. Sultan telah rasa bersalah lalu membina pancuran tempat wuduk diatas tanah ibu tua tersebut.Wallaualam!! macam2 versi ada rasanya...
bersebelahan Great Mosque ni ada sebuah Bazaar.
#greentomb
Seterusnya kami ke Green Tomb. Yesil Turbe” (Green Mausoleum = Makam Hijau), merupakan binaan sebuah kubah berbentuk segi lapan yang diliputi dengan jubin berwarna hijau telah dibina dalam tahun 1421. Dalam tahun 1860 replika makam sultan Mehmut I (Sultan ke lima Kerajaan Uthmaniyyah) serta 7 ahli keluarganya termasuk anak-anaknya telah dibina didalam kubah ini (gambar atas kanan) , selepas makam yang asal musnah semasa gempa bumi tahun 1855.
sempat lagi bergambar dengan minah2 cun Turki ni!!
sempat singgah di Silk Bazaar.
#greenmosque
Sebelum kami Check in Hotel pd malam tu...kami pergi ke Masjid Hijau 'Green Mosque'. Yeşil Camii atau Green Mosque=Masjid Hijau juga dikenali sebagai Masjid Sultan Mehmet I, dibina antara tahun 1419~1421, rekabentuknya telah dihasilkan oleh seorang akitek bernama Ivaz Pasha. Masjid ini mengalami kerosakan yang teruk semasa gempa bumi 1855, dan telah diperbaiki oleh akitek Leon Parvilee. Dinamakan Masjid Hijau kerana bahagian dalaman masjid tersebut dikemasi dengan jubin berwarna hijau. Governor Bursa pada ketika itu iaitu Ahmet Vefik Pasha, tidak mempunyai keewangan serta pekerja mahir yang mencukupi untuk membaik-pulih keseluruhan masjid tersebut saperti binaan yang asal.
ok...sekian utk hari k2 cerita di Bursa, Istanbul!!